GBS | 08

26K 1.5K 43
                                    

Aira Kirana merenung papan kenyataan itu umpama mahu menelan saja . Mata dia terpaku pada satu kertas putih yang tertampal kemas pada papan itu . Rakan sekelas dia yang riuh - rendah tidak dihiraukan lagi . Kertas itu lebih menarik daripada segala - galanya .

" Habis lah .. " gumam dia perlahan . Aira Kirana mengeluh sesaat . Peperiksaan penggal pertama bakal bermula . Tapi dia belum buat apa- apa persediaan lagi . Jauh sekali membuat rujukan dengan rakan - rakan dia yang lain .

" Aduh ! Pening kepala aku asyik pikir pasal ni ! " rungut dia sendiri . Rakan - rakan dia yang berada berhampiran di tolak dengan wajah selamba . Bukan ada yang kisah , malah mereka hanya mampu memandang tidak puas hati saja .

Aira Kirana keluar dari kelas . Dia mahu menenangkan fikiran dia . Makin lama makin pening kepala dia . Baru saja dia mahu membelok ke satu lorong , langkah dia terhenti . Telinga dia tertangkap satu suara yang berborak tidak jauu dari tempatnya . Dia menyorok di sebalik pintu yang terbuka sikit itu .

" Arghh ! Bodoh ! Kerja senang pun kau tak buat ke hah ? Aku suruh kau letak benda ni dalam beg budak tu je pun ! Bukan aku suruh kau bunuh dia ! Bodoh ! " kedengaran suara seorang perempuan sedang memarahi seseorang . Aira Kirana menjengah kepalanya sedikit .

Dia tersenyum sinis apabila melihat figura seorang gadis yang sedang memarahi seorang pelajar lelaki . Siapa lagi kalau bukan -- Ilya Fatiha . Musuh dalam selimut dia itu . Depan orang macan malaikat tapi belakang macam setan !

" Tapi benda ni dilarang bawa ke sekolah . Aku tak nak tanggung risiko . Aku tak nak kena buang sekolah . Apa kata kalau kau buat sendiri ? Lebih mudah bukan ? " dengan berani lelaki itu membalas kata - kata gadis itu . Kisah apa ? Lagi pun dia juga anak orang berada .

Ilya Fatiha mengetap gigi . Pelajar lelaki itu dipandang dengan wajah bengang . Tapi lelaki itu tersenyum mengejek kepadanya .

" Daripada kau kisah pasal perempuan .. erm .. apa nama dia ya " pelajar lelaki itu memegang dagunya . Seakan - akan berfikit . Kemudian dia mengetip jarinya . " Haa ! Aira bukan ? " kening dijungkit dengan senyuman penuh makna .

Ilya Fatiha mula berasa hairan . Pelajar itu selamba saja memeluk pinggang Ilya Fatiha . Kini tubuh mereka melekat antara satu sama lain . Pelajar lelaki itu tersenyum sinis .

" Serve me like you always serve your customer . One night stand for me ? How ? "

Dilihat Ilya Fatiha sudah memberikan reaksi . Kini mereka mula melakukan aktiviti tidak senonoh itu di dalam bilik seni lama . Aira Kirana segera mengalihkan pandangan dia . Jijik !

" Astaghfirullah ! Aish ! Tercemar sudah mata aku ! Tak insaf - insaf lagi rupanya si bohsia ni " sempat dia memgutuk Ilya Fatiha . Perempuan itu memang suka menjaja badan dia kepada pelajar lelaki di sekolah ini .

" Mengutuk orang pun berdosa juga " sampuk satu suara yang membuatkan Aira Kirana terus terkaku .

Mata dia tertacap ke arah seorang pelajar lelaki yang elok bersandar di dinding di hadapan dia . Kaki kiri dilipatkan dan diletakkan pada dinding . Dia berpeluk tubuh , bibir menyungging senyuman sinis .

" Budak setan ?! " suara Aira Kirana seakan tidak mahu terkeluar . Terkejut ! Jarang dia bertemu dengan lelaki itu . Malah dalam sekolah ini lelaki itu memang tak pernah wujud .

" It's so rude my dear . How can you call me that ? " lelaki itu mengeleng kepalanya perlahan . Rambutnya yang terjuntai di dahi disebak ke belakang . Kacak ! Tapi tidak pada Aira Kirana .

" Then , what should I call you ? Setan ? Devil ? Monster ? Demon ? " satu - persatu dia senaraikan dan semuanya nama - nama yang sangat menyakitkan . Lelaki itu kelihatan bengang .

GADIS BUDAK SETAN | C | A R S •6•Where stories live. Discover now