GBS | 01

76.8K 2.2K 35
                                    

BUK ! BUK !

Darah habis terpecik pada baju kemeja putih yang dipakai oleh pelajar lelaki itu . Dia tersandar di dinding apabila badan dia ditolak secara kasar . Tulang belakang dia terasa mahu retak apabila dihempas sekasar itu . Tepi bibir dia pecah , lebam di tepi mata dan terdapat sedikit kesan calar di pipi nya .

Suasana di belakang sekolah itu menjadi sunyi sepi , tiada sesiapa berani mahu meleraikan pergaduhan itu . Jika tidak orang itu akan menjadi mangsa kedua ' dia ' . Paling menakutkan apabila ' mereka ' mengamuk !

" Aku dah kata jangan masuk campur urusan aku ! Sekarang kau dah kena ! Kau nak mengadu sekali pun , aku tak kisah ! Sebab hati aku dah puas ! " bisik Firhad Aqasha keras .

Dia melepaskan badan pengawas yang lunyai dikerjakan oleh dia . Pengawas itu jatuh terduduk dan nampak lemah sekali . Firhad Aqasha membetulkan kemeja putih dia . Mata dia memandang sekumpulan pengawas tidak jauh darinya .

" Kalau kau buat macam dia , korang akan terima nasib yang sama ! Kalau selamat , selamat lah korang ! " habis saja dia berkata , Firhad Aqasha merapati dua adiknya itu .

Farhan Adham tersenyum sinis . Si abang sulung , kalau dah mengamuk habis semua orang jadi kecut . Muka pula bukan main bengis lagi ! Tapi tetap kacak !

" Nah kau punya ! " kot biru gelap milik Firhad Aqasha dibaling kepada si abang .

Mereka memandang sepi sahaja budak yang dibelasah oleh Firhad Aqasha tadi . Dah pesan banyak kali , tapi tetap degil ! Firhad Aqasha sudah lama tidak melepaskan perasaan marah dia .

Mereka bertiga berjalan meninggalkan kawasan belakang sekolah itu . Sekolah elit , peraturan pun tak ketat . Pelajar makin naik lemak , suka bertindak sesuka hati .

" Korang tak rasa kesian ke ? Belasah dia sampai lembik macam tu sekali ? Buatnya dia mengadu pada Sir Zamri , tak ke mampus " Farish Amri memandang dua abang kembar dia itu .

" Ahh kau diam je lah ! Selagi dia tak buka mulut selagi tu Sir Zamri tak akan tahu " Farhan Adham melabuh punggung di kerusinya .

Sekarang mereka berada di dalam kelas . Suasana kelas sunyi sepi kerana kebanyakkan pelajar suka membuatkan hal sendiri . Dan paling penting sedang membaca buku .

" Hmm.. " gumam Farish Amri . Dia membuka buku teks dan diletakkan ke atas meja .

Waktu membaca ! Nakal-nakal mereka pun , duduk kelas depan ! Selalu dapat markah yang tinggi dan keputusan cemerlang . Tapi itulah , perangai mereka bertiga mengalahkan setan yang terlepas .

" Kau memang rajin . Aku bangga ada adik macam kau , kalau Mrs Ratna datang . Kejutkan aku " pesan Farhan Adham .

Kepala dibaringkan ke atas lengan dia . Perlahan-lahan mata ditutup rapat . Sekelip mata saja , dia sudah terlena . Firhad Aqasha pula memandang ke luar tingkap kelas . Kelas mereka yang berhawa dingin itu sedikit sebanyak membuatkan pelajar berasa dingin .

+++

Firhad Aqasha dan Farhan Adham berjalan di belakang Farish Amri yang jauh ke depan . Sejak 2 tahun yang lepas , Farish Amri menjadi pendiam dan takut pada perempuan . Sebab ? Mereka sendiri tak tahu . Sebab Farish Amri seorang yang memendam rasa . Susah untuk mencungkil rahsia dalam dirinya .

Farhan Adham berhenti . Dia memandang ke arah pelajar perempuan yang memandang ke arah Farish Amri . Nampak macam tengah berangan pun ada . Idea nakal datang !

" Oii ! Kau rasa tak apa yang aku rasa ? " dia memandang Firhad Aqasha yang berdiri di sebelah dia . Sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar .

" Kau punya rasa bukan boleh pakai sangat .. " sindir Firhad Aqasha . Bukan boleh percaya sangat si Farhan Adham itu .

Muka dia terus berubah masam apabila disindir oleh Firhad Aqasha . Badan abang dia ditarik dan dia berbisik di telinga Firhad Aqasha . Kemudian mereka sama-sama tersenyum penuh makna .

Farhan Adham berdehem . Dia memulakan misi dia . Pelajar perempuan itu didekati . Muka dingin ditayangkan . Perempuan itu tersentak , kemudian dia tersenyum manis .

" Kau minat Farish ke ? " soal Farhan Adham tanpa nada .

" Minat ? Tak langsung " pelajar itu menjulingkan mata dia ke atas . Kemudian dia tergelak sendiri .

" Oh tak minat ? Aku nak kau buat sesuatu untuk aku .. " tawar Farhan Adham . Dalam hati dia sudah menyumpah perempuan di hadapan dia .

" Untuk kau semuanya boleh .. " perempuan itu tersenyum gatal . Badan dia mula bertindak . Meliuk san sini macam orang patah tulang .

Farhan Adham menahan rasa . Dia berbisik di telinga perempuan itu . Kemudian mereka berpandangan lalu mengangguk .

" Kau nak bagi apa kalau aku berjaya ? " Jari perempuan itu bermain di tali leher Farhan Adham .

" Date with me .. " mata dikenyit dan dia meninggalkan perempuan itu . Muka dia cukup meluat apabila mendengar jeritan gedik dari pelajar itu .

Pelajar perempuan itu membetulkan penampilan dia . Dia memandang Farish Amri yang berdiri tidak jauh dari dia . Dia berjalan menghampiri Farish Amri .

Kemudian badan dia ditolak kasar oleh Farhan Adham dan dia jatuh di atas badan Farish Amri . Membulat mata Farish Amri melihat pelajar perempuan itu . Dengan pantas , dia menolak badan pelajar itu ke tepi dan terus berdiri .

" Kau ni buta ke apa ? Jalan pakai mata ! Bukan pakai lutut ! " marah Farish Amri . Muka dia terus menjadi merah .

Perempuan itu susah payah bangun . Bahu dia terasa sengal . Boleh tahan kuat juga Farhan Adham menolak dirinya . Tapi berbaloi , kerana tidak ada lagi pelajar perempuan berjaya mendekati tiga kembar itu .

" Perempuan ! Semua sama je ! " cebik Farish Amri . Baju dia yang kotor sedikit itu ditepuk kasar .

" Kalau dah gay tu , jangan lah sampai tolak aku ni ! Aku pun tak teringin nak peluk lelaki homo macam kau ni ! Buang masa ! Lebih baik aku layan Fir atau Ad . Dapat juga manfaat .. " kata perempuan itu pedas .

Farish Amri terus berubah serius . Pantang dia kalau orang panggil dia gay ! Dia malas nak dekat-dekat dengan perempuan . Ada sesuatu yang menghalang dia .

GADIS BUDAK SETAN | C | A R S •6•Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin