GBS | 07

26.3K 1.5K 21
                                    

Firhad Aqasha memandang sang ibu yang sedang memasak di dapur . Mata dia tunak ke arah ibunya . Tidak terkalih walau sedikit pun . Banyak persoalan yang berlegar-legar dalam fikiran dia . Wajah sang ibu di tatap lagi . Iman Aulia yang ingin menuju ke peti ais terus tidak jadi . Sebaliknya dia berpatah balik ke belakang .

PAP !

Dahi Firhad Aqasha ditepuk kasar . Tenung dia macam nak ditelan saja . Anak dengan bapa sama saja . Tenung orang macam nak dimakan saja lagaknya .

" Aduh ! Ibu sakit lah " memgaduh si anak . Dahi dia digosok perlahan . Kalau Firash yang tepuk memang dah lama lebam agaknya .

" Tahu sakit ! Yang kamu tenung ibu macam nak telan tu dah kenapa ? Tiba-tiba tercongok kat dapur harini . Hantu mana rasuk kamu sampai masuk ke dapur ? " Iman mula membebel . Kedua tangan dia mencekak pinggang .

Firhad Aqasha menjuling mata ke atas . Dah bermula bebelan daripada ibu kesayangan dia . " Ibu Fir datang sini secara aman . Bukan nak dengar ibu bebel . Cair tahi telinga Fir dengar ibu membebel tak sudah-sudah "

Mata Iman Aulia membulat . Aii , nasib baik anak kalau tidak memang dia tendang jauh-jauh . Bila bercakap memang menyakitkan hati . Makin besar makin iras macam Firash Aryan . Firhad Aqasha dikira klon suaminya . Tak ada yang beza pun .

" Haa .. kamu nak apa ? Datang menyemak pula kat sini ? " soal Iman kasar . Aish , tenanglah wahai hati . Dia berkata di dalam hati . Boleh meletup dapur ni kalau dia berdebat dengan si anak .

" Amboi ibu , macam nak ajak gaduh je ? " Farhan Adham menyampuk perbualan antara ibunya dan juga abangnya . Gelas dicapai dan dia menuang air .

" Memang nak gaduh pun " bidas Iman Aulia selamba . Dia kembali menyambung aktiviti dia yang tergendala tadi . Jelas kedengaran suara Farhan Adham tergelak .

" Ibu ni kalau tak melawak tak sah kan " gelak Farhan Adham tanpa rasa bersalah . Air diteguk laju bagi menghilangkan rasa dahaga . Mujur tak tersedak saja .

" Ad , kau ni menyemak lah . Dah keluar masuk bilik . Aku ada benda nak cakap dengan ibu " halau Firhad Aqasha dengan riak dingin .

" Alaa .. aku pun nak tahu juga . Boleh laa .. " rengek Farhan Adham . Wajah dia dicomelkan .

Firhad Aqasha buat muka jijik . Iman Aulia menutup api dapur apabila lauk sudah masak . Dia memandang anaknya sambil menjungkit kening .

" Apa perasaan kita bila jatuh cinta ? " soal Firhad Aqasha dengan wajah datar .

Terjatuh rahang Farhan Adham dengan soalan cepumas si abang . Iman Aulia pula ternganga . Selama ini Firhad Aqasha tidak pernah pula bertanya soal cinta . Ini kali pertama .

" Kita akan berasa berdebar-debar . Jantung kita berdegup laju . Kita rasa nak dekat je dengan dia . Entahlah ibu sendiri pun tak pasti " ujar Iman bersahaja .

Farhan Adham terkebil-kebil melihat si abang yang tersenyum sendiri . Senyuman yang tak dapat di tafsirkan . Entah apa yang si abang berfikir sehingga soalan cinta diajukan pada si ibu . Farhan Adham mula dihurung rasa ingin tahu .

+++

Nur Aqira mengemaskan tudung di kepalanya . Tudung hanya dipakai begitu sahaja . Dililit saja ke lehernya tanpa rasa mahu melilit dengan kemas . Dia berjalan berseorangan di tengah malam itu . Lorong-lorong sunyi disusuri tanpa rasa takut .

Sampai saja di hadapan sebuah pub dia berhenti . Dilihat seorang lelaki berbadan tegap dan berbaju serba hitam menuju ke arahnya . Nur Aqira bersandar di dinding . Menanti kehadiran lelaki itu .

" Ni yang kau minta " lelaki itu terus menghulurkan satu fail berwarna merah kepada Nur Aqira . Gadis itu menyambut dengan baik . Dia tersenyum apabila melihat maklumat yang dia minta lengkap .

" Dia kat mana sekarang ni ? " Nur Aqira memandang lelaki itu dengan wajah yang serius . Jelas sekali dia tidak suka main-main .

" Oversea " ringkas lelaki itu membalas . Nur Aqira mengangguk lalu memberikan isyarat kepada lelaki itu supaya pergi .

Nur Aqira tersenyum senget apabila mata dia menangkap figura seorang perempuan yang bermesraan dengan seorang lelaki . Kepala dia disengetkan dengan senyuman penuh makna .

" Aku tak dapat , tapi aku dapat anak kau " gumam dia sendiri . Mata dia tidak terkalih langsung dari gadis itu . Makin melebar senyuman dia melihat betapa murahnya perempuan itu .

" Like your father .. " Nur Aqira berjalan mendekati pasangan itu . Sengaja dia berdiri di sebelah pasangan itu .

Lampu masih lagi merah . Laluan pejalan kaki kini dipenuhi dengan lautan manusia . Nur Aqira berdiri betul - betul di belakang pasangan itu .

" Lepas ni kita ke mana ? " soalnya manja . Tanpa sengan silu dia mencium lelaki berusia di sebelah dia .

" Kit ke hotel . Macam biasa .. " balas lelaki tua itu . Suka dengan kemesraan yang ditonjolkan oleh perempuan yang dilanggan dia itu .

Nur Aqira tersenyum sinis . Memudahkan lagi kerja dia . Isyarat diberikan kepada seseorang yang tidak jauh daripadanya . Lelaki itu mengangguk tanda faham . Dia tidak suka buat kerja secara terburu-buru . Dia mahu melihat orang itu sengsara secara perlahan-lahan .

" Permainan baru saja bermula .. "

+++

Datuk Salleh mengetap gigi kuat . Badan dia menggigil menahan rasa marah . Beberapa kali dia memandang laptop kepunyaan dia . Angka yang terpapar disitu membuatkan dirinya terasa mahu meletup saja .

" Arghh ! Tak guna ! " amuknya kuat . Barang-barang di atas meja disepahnya .

Makin berapi dia apabila dimaklumkan oleh setiausahanya bahawa beberapa klien dia mula menarik diri daripada bekerjasam dengan syarikatnya . Saham dia merundum jatuh .

" Siapa yang sabotaj aku sampai macam ni ? Kalau aku dapat orang tu , aku pastikan dia menyesal seumur hidup dia ! " Datuk Salleh menghempas dirinya di atas kerusi .

Datuk Salleh semakin tertekan . Lagi-lagi desakan isterinya dirumah yang tak habis-habis meminta duit . Begitu juga dengan dua lagi anak dia . Duit dia makin berkurangan . Dia bimbang jika dia muflis .

Tanpa dia sedari , seseorang tersenyum puas melihat Datuk Salleh yang jelas nampak berserabut . Dia berjalan meninggakan syarikat Datuk Salleh . Dia harus mengambil kembali haknya . Haknya yang telah dirampas oleh Datuk Salleh .

" Bagus kerja korang . Aku nak korang teruskan perhatikan orang tua tu . Kina buat dia sengsara secara perlahan-lahan " ujarnya melalui alat di telinga .

Dia masuk ke dalam kereta yang sudah tersedia di ruangan pakir . Beberapa pekerja perempuan menoleh ke arahnya beberapa kali . Dia tersenyum saja . Sudah biasa menjadi perhatian .

" Jalan " arahnya kepada pemandunya . Dia bersandar dengan wajah yang tenang .

Tenang kerana dia berjaya membuat Datuk Salleh tertekan . Dia sendiri akan hancurkan lelaki itu . Lelaki yang telah menghancurkan keluarganya . Sehingga kini dia masih belum bertemu dengan seseorang yang begitu dekat dengan dirinya .

" Aku akan kembali lagi Datuk Salleh . Kali ini kita akan berdepan " .

GADIS BUDAK SETAN | C | A R S •6•Where stories live. Discover now