GBS | 51

19.6K 1.1K 32
                                    

" Makan ! " tegas dia mengeluarkan suara. Dulang yang terisi air dan makanan di letakkan di hadapan gadis itu. Dia kembali menuju ke arah sofa.

Menghadap kembali laptop yang terpapar terang skrin . Dia hanya mengenakan baju t dan seluar pendek paras lutut . Nampak santai . Pakaian rasmi dia di rumah .

Roman kembali menaip . Menyiapkan beberapa tugasan dan menyediakan laporan baru untuk syarikatnya . Setelah berbulan dia meninggalkan syarikat nya kembali setiausahanya.

Tidak mengendahkan langsung kewujudan gadis itu . Seolah-olah Haena tidak wujud langsung dalam bilik itu . Walaupun selama ini mereka sebilik . Tetapi tidak sekatil . Roman banyak menghabiskan masa di bilik kerjanya yang terletak di dalam bilik tidur itu . Hanya dinding kaca yang memisahkan mereka.

" Kau termenung apa lagi ? Dah kuat sangat ke perut kau tu nak tahan lapar ? " cukup sinis kata-kata lelaki itu .

Haena diam . Masih membisukan diri . Sudah 3 minggu dia dikurung . Dia masih tidak tahu motif lelaki itu mengurung dirinya . Dia rindukan keluarga . Rindu sekolah . Rindu kawan-kawan di sekolah . Dia merasa bosan duduk terkurung . Hanya dibenarkan keluar jika Roman ada sahaja .

Kawalan di luar rumah cukup ketat . Membuatkan Haena mati akal . Tiada jalan keluar untuk dia melepaskan diri . Roman cukup bijak .

BAM ! Haena tersentak . Roman geram dengan gadis itu . Membisu tanpa menjawab segala pertanyaan dirinya .

" Asal kau ni hah ! Dah tak sabar nak mampus ? " kasar Roman bertutur .

Dia mendengus kasar melihat gadis itu masih diam tidak berkutik . Memandang dirinya seketika sebelum kembali memeluk lutut . Roman meraup mukanya kasar .

" Fine ! Kau memang cabar aku kan perempuan ! " Roman senyum sinis .

Dia mendekati katil yang diduduki oleh gadis itu . Dengan kasar, semangkuk bubur dipegang kemas . Sudu disuakan ke arah mulut Haena . Membuatkan gadis itu terpinga-pinga dengan tindakan Roman .

" Kau nak makan atau tak ? Jangan sampai mangkuk bubur ni aku sumbat terus dalam mulut kau . Aku tak main-main ! " ugut Roman .

Haena automatik mengangakan mulutnya . Takut dengan ugutan lelaki itu . Walaupun dia tahu, Roman tidak akan melakukan . Tapi dia cukup tahu kesabaran Roman .

" Haa tahu pun nak makan . Aku suap baru nak makan " .

Haena senyum nipis . Walaupun dalam keadaan marah lelaki itu tetap mengambil berat tentang dirinya . Roman menyuap Haena penuh sabar walaupun mukanya sedingin ais .

Habis semangkuk bubur, segelas air dihulurkan kepada gadis itu . Haena menyambut huluran itu lalu air diteguk hingga separuh gelas . Roman berdiri di sisi katil . Dulang yang terisi pinggan kotor diangkat .

" Terima kasih " ucap Haena ikhlas . Senyuman nipis diberikan kepada lelaki itu .

" Hmm " balas Roman dingin . Dia melangkah ke pintu bilik .

Baru saja tangan mahu memulas tombol pintu, suara Haena kedengaran lagi . Membuatkan langkah Roman terhenti disitu .

" Apa motif awak culik saya selama ni ? Saya hanya nak tahu kebenaran saja . Tolong bagitahu saya " perlahan Haena bersuara .

Berharap sangat lelaki itu menjelaskan keadaan sebenar . Namun jawapan Roman cukup membuatkan Haena kembali murung .

" Belum tiba masanya lagi . Kau duduk situ diam-diam . Jangan nak ke mana ? Kau lari je, aku tak teragak-agak nak cederakan kau . Faham ! "

BAM ! Pintu ditutup kasar . Haena kembali menangis . Mukanya disembamkan di lutut . Sampai bila ? Dia sendiri tidak pasti . Haena mahukan kehidupan normalnya kembali .

GADIS BUDAK SETAN | C | A R S •6•Where stories live. Discover now