GBS | 53

16.5K 1K 32
                                    

Zara Melina menatap lama wajah seorang perempuan yang asyik terkinja-kinja di lantai tarian itu . Membiarkan saja tubuh badannya menjadi mangsa tangan miang lelaki . Dia mengeluh perlahan . Topi hitam ditarik makin merapat . Menunduk sambil mengoyangkan gelas di tangan .

Dia kini berada di sebuah pub . Yang agak jauh dari kesibukkan kota . Dia disitu kerana menunggu kehadiran seseorang . Dia harus mengatur strategi dari sekarang .

" Yow ! " sapa seseorang lalu kerusi tinggi di hadapan perempuan itu ditarik dan diduduknya tanpa keizinan .

Dia tersengih saja . Menatap wajah berkerut milik Zara Melina . Rambutnya diusap-usap ke belakang . Bahang masih lagi terasa . Dia baru saja habis training bersama dengan kawan-kawan dia .

" Kau dari mana ? Berpeluh sakan aku tengok ? Kau bunuh orang ke ? " tembak Zara tatkala melihat wajah gelisah lelaki itu .

" Erm .. mana kau tahu kak " dia tersengih . Nampak sangat kerja dia kantoi .

Zara senyum sinis . Dia bersandar . Memeluk tubuh memandang lelaki itu . Mujur saja tempat mereka agak tersorok dan rapat ke dinding . Bolehlah dia bersandar malas .

" Macam aku baru kenal kau kan Faliq . Kau lupa ke gerak geri kau ni .. " jarinya dipusing-pusing membentuk bulat . Faliq sengih . Sudah tertangkap . " Dalam poket akulah " ujar Zara bangga .

Faliq terus membuat muka menyampah . Zara kembali menoleh ke kiri . Memerhati gelagat perempuan itu . Yang semakin hanyut . Kadang kala Zara mengeliat kegelian .

" Tu kau tengok kakak kau tu haa . Kau tak nak halang ke ? " mulutnya dimuncungkan .

Faliq menoleh . Dia membuat muka biasa . Seakan tidak terkesan . " Kakak ? Aku tak ada kakak macam dia . Mereka dah buang aku . So aku tak ada kaitan dengan dorang " ujar Faliq tanpa nada .

Teringat raut wajah ibu dan kakaknya . Yang menghalang dia menjalin hubungan rapat dengan keluarga Zara . Malah kerana kedegilan dia, Faliq dihalau oleh ibu dan kakaknya . Tetapi Faliq tak ralat walau sikit pun . Kerana dia berpihak pada yang benar .

Keluarga dia banyak melakukan kesalahan . Malah Faliq cukup malu untuk mengaku mereka berdua keluarganya . Kerana banyak jenayah yang ibunya lakukan .

" Kalau aku bunuh kau halang tak ? " sengaja Zara ingin menduga Faliq .

Adik sepupunya hanya mempamerkan wajah tidak perasaan . Jadi susah untuknya meneka isi hati lelaki itu . Kerana Faliq membesar dalam keluarga yang penuh dengan jenayah .

" Up to you . Kau nak seksa pun aku tak kisah . Sebab aku tahu, ibu dan kakak memang patut dibunuh pun " ujarnya geram . Gelas yang berisi cocktail diteguk rakus .

Zara berpuas hati . Dia tidak akan sia-siakan peluang ini . Faliq juga memberikan lampu hijau . Bukan untuk keluarganya, tapi untuk Faliq juga . Kerana Faliq tidak pernah mendapatkan hak yang sepatutnya .

" Kau tolong aku sesuatu . Senang je . Kau perlu buat dan semuanya akan selesai . Itu je " tawar Zara sambil senyum sinis .

Faliq menjungkit kening . Tawaran yang agak menarik . Sudah lama dia cuci tangan . Hanya rakan-rakan dia saja buat kerja jahat . Kerana Faliq malas mahu masuk campur .

" Kau bawa perempuan tu pada aku . Senangkan ? " kata Zara dengan senyuman .

Dia memandang Ilya Fatiha yang semakin hanyut itu . Membiarkan saja badan dia diraba-raba oleh tiga lelaki tidak dikenali . Malah perempuan makin tidak sedarkan diri .

" Kau nak buat apa kak ? " Faliq mengerut dahi hairan .

Memandang jijik ke arah Ilya Fatiha . Dilihat perempuan itu sudah mengikuti seorang lelaki menuju ke pintu keluar . Faliq sengih .

Zara tidak menjawab . Sebaliknya dia hanya tersenyum . Dia mengenggam sesuatu yang tersangkut di lehernya . Tidak lama lagi, semuanya akan selesaikan . Walau nyawa dia diancam , janji keluarganya bahagia .

+++

Farhan Adham mendongak kepalanya . Memicit pangkal hidungnya . Dua hari dia bertungkus lumus menyiasat seseorang . Namun masih tiada apa-apa bukti atau bahan untuk mengaitkan orang itu .

Dia memejam mata . Merehatkan minda dia buat seketika . Manakala Justin dan Roman masih lagi membelek-belek dan mencari-cari di laptop masing-masing . Meneruskan kerja tanpa berhenti .

Dua hari mereka berkampung di pejabat Farhan Adham . Mereka harus mencari petunjuk untuk merungkaikan segalanya . Tetapi petunjuk itu semua tiada . Terhapus . Bersama dengan bukti yang lain .

" Tahun 1981 . Jalan Dato'Hamid . Lot 145 , Camara Ville " baca Justin dengan dahi berkerut .

Susah untuk dia menghadam tulis berlingkar pada sampul surat lama itu . Semua ini mereka dapatkan dari rumah lama keluarga Zara Melina tanpa pengetahuan wanita itu dan yang lain .

Ini kerana Farhan Adham sendiri mahu menyelesaikan kes kematian keluarga mentuanya dan yang lain .

" Mati dalam kebakaran . Berpunca dari letupan gas . Tiada sesiapa yang selamat " Roman bergumam sendiri .

Dia agak pelik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh penulis di satu blog di laman web . Kesahihan kematian keluarga jutawan itu agak musykil .

" Pandai betul perempuan tu bersihkan bukti heh " Justin senyum sinis .

Roman pula diam . Membaca kembali artikel yang dahulunya gempar di seluruh dunia . Kerana keluarga itu merupakan keluarga Millionaire terkenal . Memiliki beratus pusat peranginan terkemuka . Syarikat pembinaan dan perkapalan . Memiliki beberapa buah rumah di setiap negara .

" How it can be ? Agak-agak apa perempuan tu nak ? Harta ? Or pangkat ? " Justin mengetuk-ngetuk dagunya .

Kemudian matanya beralih ke arah Farhan Adham . Lelaki itu sudah terlena . Jadi hanya mereka berdua saja disitu . Menyelesaikan kes itu semua .

+++

Ilya Fatiha tertawa suka . Tangan dia merayap-rayap meraba badan lelaki itu . Dia tersenyum menggoda . Terasa jauh pula tempat pakir kereta milik lelaki itu .

" Hurry . I can't wait anymore . I want to eat youuu " memuncung mulutnya cuba mengucup lelaki itu .

Lelaki itu senyum sinis . Sebuah kereta hitam mewah berhenti di hadapan mereka . Tubuh Ilya Fatiha ditolak kasar ke dalam . Dia memandang si pemandu yang tenang sambil merokok .

" Bawa dia ke tempat biasa " katanya datar . Membetulkan pakaian miliknya . Masam . Bau arak .

Ilya Fatiha sudah pengsan di kerusi . Si pemandu itu hanya angguk . Memecut laju meninggalkan kawasan gelap itu . Lelaki itu menoleh ke belakang .

Tersenyum miring memandang seorang lelaki yang hampir lunyai dibelasah olehnya . Darah penuh pada wajah lelaki itu . Dia bersiul kecil .

" Keep in touch " ujar satu suara melalui alat kecil yang diletakkan di telinganya .

" I will .. so see you there " tut-talian itu terus mati . Alat itu dibuka dan dicampak ke tar . Dipijak kuat dengan kasut miliknya .

Dia bersiul-siul kecil . Memasukkan kedua tangan ke dalam poket seluar . Matanya memandang tajam manusia-manusia yang bercumbuan tanpa rasa malu .

Tak lama lagi . Semuanya akan selesai .























Ada beberapa bab saja lagi . Tak lama dh . Dh nk ending . 🙃

GADIS BUDAK SETAN | C | A R S •6•Where stories live. Discover now