GBS | 05

28.2K 1.7K 73
                                    

Ilya Fatiha mengetap gigi menahan geram . Kedua tangan dia mengempal membentuk penumbuk . Rambut perangnya diselak ke belakang . Marah kepada Aira Kirana belum hilang lagi .

" Kau marah pun tak ada guna juga . Sebab perempuan tu memang sial " kata Nadine Rania . Tangan dia bergerak - gerak membersihkan darah di wajah sahabat dia .

Hani Maisarah diam . Hidung dia terasa sakit sangat . Darah pula tak henti - henti keluar . Badan dia dibaringkan di atas katil sakit . Memang tiada sesiapa berani mahu mencari pasal dengan mereka . Hal ini kerana ibu bapa mereka merupakan penyumbang terbesar kepada sekolah ini .

" Kau tahukan barang tu penting untuk aku ! Aira tu memang tak guna ! Dia fikir dia siapa nak lawan aku ! Anak pungut macam dia tu memang patut mati je ! " dia cukup tidak suka dengan Aira Kirana . Wajah gadis itu pun jauh lebih cantik dari dia .

Barang yang disebutkan oleh mereka adalah dadah . Dadah itu dijual oleh Ilya Fatiha di sebuah kelab malam ternama . Dia juga merupakan salah seorang pelacur kelas atasan . Hanya golongan kaya saja yang menjadi pelanggan dia .

Dua lagi rakan dia , Hani Maisarah merupakan anak seorang usahawan terkenal . Cukup terkenal dalam lakonan mantap dia . Menjadi model pakaian seksi dan rebutan para jejaka di luar sana . Tapi dia hanya mencari yang berharta dan berduit . Nadine Rania pula bekerja sebagai pelayan bar di sebuah pub terkenal . Berpakaian seksi pada setiap masa dan melayan jejaka yang inginkan layanan dia .

" Bukan dia saja anak pungut . Dua lagi monyet tu pun sama . Sama - sama pungut . Dasar anak luar nikah ! Memang patut pun hidup susah "

Mereka menghina tiga gadis itu . Kalau lah mereka tahu siapa gadis - gadis itu sebenarnya pasti mereka akan melutut dan meraung . Tapi sayang , identiti tiga gadis itu dijaga rapi oleh seseorang . Cukup saja dengan nama mereka tanpa mengetahui asal - usul mereka .

" Macam mana aku nak kerja kalau barang tak ada . Kau tahukan barang tu saja mampu buat aku lebih kaya ! Dorang semua asyik tertanya - tanya barang tu " bibir merahnya diketap geram . Ingin saja dia membunuh tapi akal dia masih waras lagi .

" Kau minta sendiri pada Zack . Kau tahukan Zack dah lama nak kau "

Ilya Fatiha membuat muka jijik . Dia geli dengan lelaki yang bernama Zack . Cukup buatkan dia loya tekak . Zack seorang lelaki berbadan kurus , berkulit gelap dan merupakan tokan dadah yang cukup terkenal . Polis memang mahukan dia namun Zack bijak melarikan diri . Segala jejak dia hilang begitu saja .

Bunyi langsir diselak secara kasar menyentakkan ketiga - tiga gadis itu . Mata mereka membulat besar melihat figura seorang lelaki yang bangun dari pembaringan . Mata dia begitu tajam menikan wajah tiga gadis itu .

" Kau kalau nak memekak sila ke tempat lain ! Aku nak tidur pun tak senang ! " jerkah lelaki itu kuat . Lena dia terganggu kerana tiga gadis itu .

" Fa -- Farish ! " gagap Hani Maisarah menyebut nama lelaki itu . Lelaki pujaan dia dalam diam . Tak sangka dia bakal bertentangan mata dengan lelaki itu .

Farish Amri turun dari katil . Dia berdiri dengan kedua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar . Seminggu saja masa untuk dia mengubah diri . Kini semua tidak lagi memanggil dia gay , tapi setan . Lelaki setan yang beriak tenang tapi dalamnya penuh dengan kegelapan .

" Aku benci kalau orang ganggu tidur aku , tapi sebab kau perempuan aku maafkan lagi " katanya dalam nada keras . Dia berjalan menuju ke pintu . Tombol pintu dipulas dan dibuka .

" Awak tak dengarkan perbualan kami tadi ? " gugup Ilya Fatiha bertanya . Bimbang jika dia masuk dalam sangkar harimau .

" Tak ada faedah untuk aku dengar " ujar Farish Amri lalu tersenyum sinis . Dia keluar dari bilik itu dengan riak dingin .

" Phew .. sebaik dia tak dengar .. " mereka bertiga menarik nafas lega .

Tapi itu semua hanya satu pembohongan . Farish Amri tersenyum sambil bersandar di dinding berhampiran . Dia dengar semuanya . Dia tidak tidur tapi pura - pura tidur . The Royal memang pandai dalam berlakon . Tak heran kalau semua guru - guru mempercayai mereka .

+++

Zara Melina mendengus kuat apabila jalan dia dihalang oleh tiga orang lelaki . Topi biru di kepala ditarik ke depan . Bosan betul dia melihat orang - orang di hadapan dia .

" Zara .. Zara .. kau nak lari mana lagi ? Hari tu mungkin kau terlepas tapi sekarang tidak lagi " Ken tersenyum sinis . Dia memegang dagu Zara Melina .

Gadis yang selalu membuat masalah di tempat dia . Sememangnya hidup di lorong , mempunyai banyak masalah . Dadah , pelacuran , rompakan dan masalah sosial yang lain .

Zara Melina melawan Ken . Dia tidak takut walau sikit pun dengan lelaki itu . Datanglah sepuluh orang sekalipun dia mampu melawan. Tangan Ken ditepisnya kasar . Ken tergelak . Tangan ditepuk beberapa kali .

" Melawan ya kau ? Aku nak tanya kau mana telefon aku yang kau curi hari tu ? " kini nada suara Ken mula berubah . Rahang dia mula mengeras .

Telefon galaxy S8 yang dicuri oleh Zara Melina cukup penting bagi dia . Pelbagai maklumat , nama dan lokasi kegiatan dia ada di dalam telefon itu . Jika jatuh pada tangan pihak berkuasa , dia boleh mati di tali gantung .

" Aku dah jual " kata Zara Melina tenang . Dia berada di tengah - tengah bersama Ken .

" Apa ? Kau memang tak guna budak ! " Ken berasap . Dia terus mengangkat kakinya mahu menyepak Zara Melina .

Namun gadis itu lebih pantas , kakinya diangkat terlebih dahulu menendang Ken di dada . Lelaki itu jatuh tersungkur di atas jalan . Ken menahan perit di dada .

" Bunuh dia ! " arah dia pada orang - orang dia . Empat lelaki yang masing - masing memegang kayu dan besi memandang Zara Melina dengan senyuman jahat .

Zara Melina tenang . Dia dah biasa dengan situasi sebegini . Serangan dilakukan secara serentak . Zara Melina mengelak dengan cekap . Tangan lelaki berkepala botak dipulas ke belakang dan sikunya naik ke atas kepala lelaki itu dan dihentak kuat hingga lelaki itu menjerit kesakitan .

Dua lelaki menyerang dia dari belakang . Sekali tumbukan tepat di belakang leher dan dada kedua mereka jatuh tidak sedarkan diri . Zara Melina memandang lelaki berambut perang . Kayu di depannya diambil dan digenggam erat .

Kayu itu dihayunkan ke arah lelaki itu tanpa dia sempat memukul gadis itu . Zara Melina memukul kepala lelaki itu kuat hingga pecah . Lelaki itu jatuh dan tersungkur . Ken kaku melihat anak buahnya dikerjakan oleh Zara Melina .

" Ingat muka aku " kata Zara Melina lalu berlalu pergi dengan wajah selamba . Tangan dia yang luka tidak dipedulikan lagi .

Tanpa dia sedari seorang lelaki memerhati semuanya . Badan disandarkan di tiang lampu berhampiran . Dia tersenyum sinis . Hud ditarik ke belakang .

" Interesting .. "

GADIS BUDAK SETAN | C | A R S •6•Where stories live. Discover now