GBS | 06

28.3K 1.6K 35
                                    

Firhad Aqasha menatap tajam seorang lelaki yang berdiri megah di hadapan dia . Di belakang lelaki itu berdiri empat orang dengan senyuman sinis di bibir masing - masing . Firhad Aqasha hanya beriak tenang sambil bersandar di tembok berhampiran .

Farhan Adham pula bersandar di kereta miliknya dengan muka bosan . Bilalah mereka mahu beraksi . Bosan betul dengan acara lawan tenungan antara si abang dan si musuh . Lebih membosankan lagi apabila si musuh acah - acah kuat sedangkan mereka lemah !

Di atas sebuah bangunan lama , Farish Amri sudah bersedia dengan sniper di tangan . Dia mula menarget beberapa manusia yang bergelar lelaki yang bersembunyi di sebalik tembok . Bukan sikit tapi ramai . Nampaknya lelaki itu sudah merancang awal . Bijak !

" More than 10 mens .. " suara si adik kedengaran di sebalik alat yang disambungkan di telinga kiri dia .

Firhad Aqasha yang berwajah tenang kini berunah . Aura dingin mula terasa dan membuatkan lelaki di hadapan dia berasa gerun . Bukan calang - calang orang di depan dia walaupun berusia belasan tahun . Tapi sekali mereka mengamuk , ratusan orang boleh mati begitu saja .

" I think you want to settle this with no fight .. " kata Firhad Aqasha dalam nada keras . Mata dia mula berubah warna . Hitam pekat . " .. so you decided to a fight ? Tak sangka kau berani juga kan .. " dia tergelak sinis . Wajah yang serius membuatkan sesiapa saja berasa gerun .

" Aku datang dengan cara baik , tapi kau buat aku marah . Aku paling pantang bila orang tipu aku ? Berapa ramai budak - budak kau bawa ? Seribu ? Lima puluh ribu ? " sindir Firhad Aqasha dengan muka mengejek . Tangan kiri dimasukkan ke dalam poket seluar .

Lelaki berambut punk itu mengetap gigi . Tak sangka rancangan dia diketahui awal oleh Firhad Aqasha . Tangan dia mengenggam penumbuk dengan erat .

" Kau tak perlu tahu berapa ramai yang aku bawa .. " lelaki itu menundukkan kepalanya ke bawah . Kemudian dia mengangkat kembali wajanya lalu tersenyum sinis . " sebab aku nak kau mati pada malam ini " perlahan dia berkata namun cukup didengari jelas oleh Firhad Aqasha .

" Kau nak aku mati ? Hahaha .. " Firhad Aqasha tergelak . Dia mengelengkan kepala dia perlahan . Farhan Adham pula sudah bersiap sedia dengan peralatan dia .

" In your dream buddy .. kau tahukan aku siapa ? Am I right Mr Harry ? " kening dijungkit kepada Harry yang nampak bengang . Dia tersenyum sinis dan mula memberikan isyarat dalam diam .

Bunyi tembakan dilepaskan menyentakkan Harry dan juga yang lain . Tembakan yang cukup kuat dan bingit . Namun Harry tidak dapat menangkap dengan jelas dari mana arah tembakan itu dilepaskan .

" Harry ! Budak - budak kita ramai yang dah mati ! Lari ! " jerit seorang budak dia .

" Tak guna ! Mana kau sorok penembak kau budak ! " tanpa sedar dia dah mencekak leher Firhad Aqasha . Lelaki itu hanya beriak biasa .

" Kau tak perlu tahu sebab aku tak akan bagitahu kau .. " tangan Harry ditepis selamba .

" Serang ! " jerit Harry kuat . Semangat dia berkobar - kobar mahu musuh dia mati .

Namun semua anak buahnya mati apabila terkena panah seseorang . Letupan berlaku apabila panah itu terkena pada dada seseorang . Si pemanah , Farhad Adham tersenyum riang . Setiap panah dia sudah dilengkapi dengam bom kecil . Jika panah dilepaskan maka bom itu akan meletup . Bom itu diletakkan di hujung mata pemanah dia .

" Kau ! " Harry yang tergamam melihat semuanya anak buahnya mati terus menyerang Firhad Aqasha .

Namun belum sempat dia mahu menumbuk wajah kacak itu , dia rebah di atas tanah . Firhad Aqasha terlebig dahulu menendang betis kiri lelaki itu . Harry jatuh telentang . Firhad Aqasha menendang kuat kepala Harry sehingga lelaki itu lemah .

" Aku dah kata jangan cari pasal dengan aku tapi kau degil . Aku dah bagi kau peluang selama ni , tapi kau sia - siakan . Jadi -- " Firhad Aqasha mengambil pistol yang disisip di celah pinggang dia lalu ..

BAM !

Berkecai kepala Harry akibat tembakan tepat di kepalanya . " Kau memang patut mati dari dulu lagi .. " bisik Firhad Aqasha perlahan .

Dia memandang Farhan Adham yang melihat persekitaran lorong itu . Penuh dengan darah manusia , mayat bergelimpangan dan kesan letupan yang cukup kuat . Farish Amri melompat dari bangunan dua tingkat itu dengan beg sniper di belakang badan dia .

" Call Ali , suruh dia dan budak - budak bersihkan tempat ni " arah Firhad Aqasha . Badan dia diregangkan apabila otot dia terasa sengal .

Mereka meninggalkan tempat itu sebaik saja Ali tiba bersama anak buah mereka yang lain . Ali merupakan seorang penembak tepat yang bekerja di bawah mereka . Semua anak buah The Devil merupakan orang yang terlatih .

+++

" Kau ni asyik tidur je . Cubalah bawah baca buku ke apa ? Dapat juga faedah " bebel Zara Melina .

Mereka melepak di rumah saja pada hari minggu . Jika ada kerja yang memerlukan mereka , barulah mereka menghilang . Zara Melina duduk di atas sofa lusuh yang menjadi tempat Aira Kirana membuat kilang taik mata .

" Sibuk ahh kau , dah lah kacau aku . Asal kau tak pergi baca sana ? Nak suruh orang pulak " dia bersuara tidak puas hati . Kaki dia menendang peha Zara Melina dengan penuh geram .

" Aku baru form 4 lambat lagi nak ambil SPM . Kau tu haa , pejam celik - pejam celik dah SPM . Nak menyesal tak ada guna dah . Jadi gunalah peluang keemasan ini " .

Aira Kirana menekup mukanya dengan bantal . Bosan dia dengar Zara Melina membebel . Membebel benda yang sama pada setiap hari . Dia tahulah masa untuk belajar dan masa untuk rehat jadi tak payah nak ulang banyak kali .

Nur Aqira yang sedang menyiapkan kerja sekolah mendengar saja pertelingkahan dua kakak dia itu . Rumah kecil ini menjadi tempat mereka membesar bersama seseorang . Seseorang yang menjaga mereka demi keselamatan mereka dari seorang yang berhati busuk .

Tapi sayang , lelaki itu terpaksa meninggalkan mereka kerana tidak mahu dia di sana mengesyaki kehadiran mereka bertiga . Kerana harta warisan , dia sanggup membunuh darah daging dia sendiri . Lebih memedihkan hati , apabila orang itu sungguh dekat pada dia .

Mereka hidup secara sembunyi dan daif semata - mata tidak mahu sesiapa mengesyaki mereka . Asas pertahan diri dibelajar sejak kecil lagi . Masing - masing mahu membalas dendam .

" Bodoh ! Kau belajar macam mana pun tetap bodoh ! "

Nur Aqira mengalihkan pandangan dia ke arah sofa kecil itu . Dua kakak dia masih lagi bergaduh . Maki - memaki memang dah menjadi kebiasan untuk mereka . Dah hadam .

" Kau bodohkan aku , tapi tak sedar diri kau pun sama bodoh . Entah - entah lebih bodoh dari aku " kata Aira Kirana tanpa rasa bersalah . Dia siap berpeluk tubuh .

Nur Aqira menyimpul senyuman . Sedar tak sedar , dia melakar wajah dua kakak dia yang bertelingkah . Mereka umpama adik - beradik kandung . Mereka merupakan sepupu . Buku latihan dah ditolak tepi . Dia menyelak muka depan dan wajah seseorang menjadi tatapan dia .

" Kau apa khabar kat sana ? Sihat ? Aku rindu nak dengar suara kau . Gelak ketawa kau . Rindu nak tengok senyuman kau " wajah itu diusap dengan penuh kasih . Mata dia mula berkaca - kaca .

Satu - satunya saudara kandung dia sudah pergi jauh darinya . Mati disebabkan dia yang berdendam . Nur Aqira bertekad mahu menuntuk bela kematian saudara kandung dia itu . Darah dibalas darah .

GADIS BUDAK SETAN | C | A R S •6•Where stories live. Discover now