GBS | 50

19.3K 1.3K 70
                                    

" Amenda aku nak buat sekarang ni ? " .

Dia menongkat dagu di palang besi balkoni bilik . Merenung kawasan lapang di belakang rumah . Sangat bosan . Malah dia hanya mampu melihat saja beberapa manusia yang sedang bergelak ketawa di bawah .

Malah mereka kelihatan bahagia bersantai bersama keluarga masing-masing . Sedangkan dia, terperap di dalam bilik . Habis siaran di tv dia menonton sehingga dia naik jemu dengan segala drama yang ditayangkan di kaca televisyen.

" BOSAN ! " dia menghentak kuat palang besi itu lalu masuk ke dalam bilik .

Dilihat seseorang yang enak terlena di atas katil . Enak sekali lelaki itu berdengkur sedangkan dialah punca mereka dikurung di dalam bilik .

Geram juga dibuatnya tapi difikirkan itu suaminya, ditahan saja dia membunuh dia itu . Akal dia sudah mahu menggila .

" ARGHHHHHHHH ! " Zara Melina menjerit kuat .

Bergema suaranya . Menyebabkan tidur Farhan Adham terus terganggu . Lelaki itu automatik bangun secara mengejut . Terkebil-kebil memandang isteri yang asyik menyerabutkan rambut .

" Kau pehal jerit-jerit ? Dah tak ada kerja ke ? Orang nak tidur tak senang " ujarnya sambil menguap besar .

Farhan Adham kembali berbaring dengan mata terpejam rapat . Sungguh, inilah nikmat yang dia nantikan .

" Awak fikir tidur je kan ! Awak tau tak sebab awak ! Saya sekali kena kurung ! Apa ! Awak ingat best ke duk terperap dalam bilik ni ? Hah ! " marahnya geram .

Farhan Adham menggaru-garu kepalanya . Rasa hilang pula rasa mengantuk apabila mendengar suara Zara Melina yang sedang marah-marah itu .

" Awak cakap senanglah kan ! Bukan awak yang rasa . Awak tau tidur je ! Bukan macam saya ! Saya tak suka tau tak ! " jerit Zara Melina .

Nafas turun naik dengan laju . Rasa marah yang terbuku sejak semalam sudah terlepas . Tetapi dada dia masih ada lagi sisa tidak puas hati .

Lagi-lagi tengok muka tak bersalah suaminya itu .

Nak saja dia lenyek muka kacak itu ke dalam mangkuk tandas . Biar sedar diri sikit .

" Awak ! Dengar tak ni ! " tempiknya lagi .

Farhan Adham tersengih . Dia akui memang salahnya , tapi ini arahan papa . Jadi dia tak boleh melawan . Buruk padahnya nanti .

" Ish ! Saya cakap bukan nak dengar ! Haa eloklah macam ni ! Sama-sama terkurung dalam penjara . Biar bertahun-tahun pun takpe . Saya tak kisah pun . Awak pun mesti tak kisah juga kan " sinis Zara Melina.

" Kau ni senyap sekejap tak boleh ke ? " .

Telinganya sudah mahu bernanah mendengar bebelan tidak berhenti dari isterinya itu . Sehingga rasa mengantuknya terus hilang apabila mendengar kata-kata sinis dari Zara Melina .

Zara Melina duduk di birai katil . Lalu badannya dibaringkan ke katil sambil mencebik tidak puas hati .

' Macam mana aku tak membebel ! Sape je suka terperap dalam bilik ? Haa ace jawab ' .

" Saya tak membebel tau awak . Tapi saya sedang luahkan rasa hati . Ni hati ni .. " jari telunjuk ditekan-tekan ke dadanya .

Konon sakit sangat hati tu .

" Hati ni geram+bengang tau tak ! Saya bosan ! Bosan ! B.O.S.A.N ! Ada faham ? Saya nak tidur pun dah tak lalu tahu tak ! Ni semua salah awak ! Awa-- " .

Farhan Adham tersenyum sinis . Kepala isterinya ditekan lagi kuat . Mendalamkan lagi ciuman mereka . Zara Melina pula terkedu dengan tindakan drastik suaminya itu .

GADIS BUDAK SETAN | C | A R S •6•Where stories live. Discover now