GBS | 28

20.9K 1.4K 35
                                    

Zara Melina memakir motornya di garaj . Motor berkuasa tinggi itu hadiah daripada Haykal . Habis saja sekolah terus dia dapat motor idaman dia itu .

Sebuah Kawasaki ninja warna hitam dan merah . Motor yang selalu dia impikan selama ini .

Helmet dikelek bersama . Pintu rumah ditolak dari luar . Wajah dia bukan main ceria lagi .

" I'm home ! " jeritnya teruja .

Rambut yang terlepas bebas itu membuatkan dia nampak cantik . Berseri saja wajahnya walaupun tanpa mekap tebal di muka .

" Awal kamu balik Mel -- " tegur seseorang dari belakang .

Kelihatan Ainur datang bersama satu cawan di tangan . Wanita berbadan dua itu memandang dia dengan senyuman manis .

" Kelas habis awal . So balik lah " dia melambung badan di atas sofa .

Helmet di letakkan di atas meja kaca di depannya begitu juga dengan kunci motor .

" Tak ada fight ke hari ni ? " soal Ainur lagi .

Kalau tak ada kelas , Zara Melina lebih suka menghabiskan masa di tempatnya . Tiada sesiapa pun tahu tempat itu di mana -- Zara Melina cukup merahsiakan tempat itu .

" Tak ada " balasnya malas .

Bukan tak ada -- ada je sebenarnya . Tetapi kerana malas , dia terus balik rumah .

Kalau tidak memang hari ini ada je musuh yang tumpas kerananya . Darah -- satu permainan untuknya .

Mereka diam . Ainur fokus menonton tv yang memaparkan siaran memasak .

Zara Melina pula mula memejam mata . Lelah dia kerana seharian berada di kampus .

Villa itu sunyi saja . Hanya mereka berdua saja berada disitu . Yang lain semua keluar bekerja .

Faliq ?

Budak itu balik ke rumah keluarganya .

PRANG !

Ainur tersentak mendengar bunyi kaca pecah . Muka dia terus dipaling ke tepi .

Tiada sesiapa pun . Dia bangun dengan susah payah . Sebelah tangan menongkat belakang pinggangnya .

Kandungan sudah masuk 7 bulan . Tapi dia semakin aktif . Asyik berjalan .

" Kaca kat mana pula pecah -- " dia membebel sendiri .

PRANG !

Sekali lagi bunyi kaca pecah . Kali ini lebih jelas . Kaki dia mula membelok ke kiri . Menuju ke satu bilik kaca .

Bilik kerja suaminya .

Dalam samar - samar , dia melihat dua orang lelaki cuba menceroboh masuk ke dalam . Kaca pecah berpunca dari bilik itu .

Dia memerhati penuh curiga . Lelaki itu menyelongkar semua barang - barang milik suaminya . Laci - laci dibuka dan semua barang dihumban keluar .

" Dia orang cari apa ? " bisiknya sendiri .

Dalam tidak sedar , tubuhnya terlanggar meja kayu .

SREET !

Bunyi geseran itu membuatkan lelaki itu mengangkat kepala . Ainur sudah mengetap bibir .

" Hmm ada mata - mata rupanya " sinis rakannya .

Mereka tersenyum jahat . Ainur mula ketakutan . Menyesal mula hadir dalam diri .

" Ya Allah kau selamatkan lah aku dan anak aku -- " dia berdoa perlahan .

Dua lelaki itu mula menghampiri dia . Ainur sudah membuka langkah . Baru beberapa tapak -- tubuh dia ditarik kasar .

GADIS BUDAK SETAN | C | A R S •6•Where stories live. Discover now