GBS | 43

19.6K 1.4K 46
                                    

" Buat masa sekarang , dia masih belum memulakan lagi serangan . Tapi sepanjang pemerhati saya , puncanya adalah kerana dendam " kata lelaki itu jelas .

Firash Aryan mengangguk mengerti . Kerusi yang didudukinya diheret sedikit ke belakang . Satu punat di bahagian bawah meja , ditekan olehnya .

Muncul beberapa helai kertas , yang memaparkan mengenai seorang lelaki . Lelaki itu memandang setiap maklumat yang terpapar pada meja tersebut .

" Budak ni ke ? " dia menyoal tenang .

Jarinya menekan satu profil , lalu muncul gambar seorang lelaki . Memiliki wajah melayu tulen . Mempunyai parut pada kanan wajahnya . Berambut punk .

" Betul tuan " angguk lelaki itu .

Firash Aryan senyum sinis . Tidak sia-sia dia menghantar anak buahnya untuk memerhati Farhan Adham . Dia risau sekiranya , Farhan Adham bertindak di luar kawal .

" Aku nak kau terus perhatikan mereka . Update pada aku setiap masa . Aku nak tahu setiap pergerakan lelaki tu " ujarnya tegas .

" Baik tuan " lelaki itu menunduk hormat .

Firash Aryan menekan suis off , lalu paparan itu terpadam begitu saja . Dia pasti , Farhan Adham dapat menangasi lelaki itu dengan bijak sekali .

" Kau boleh pergi Roman " .

Roman angguk . Dia melangkah keluar dari bilik kerja ketua dia itu . Roman , lelaki yang dikerahkan oleh Firash Aryan untuk menjadi penjaga kepada anaknya . Malah identiti lelaki itu tidak sedikit pun terdedah .

" Papa , can I come in ? " suara diluar pintu , mematikan segala lamunan lelaki tua itu .

" Masuk " dia menjerit sedikit . Pintu terkuak luas , muncul Firhad Aqasha dan Farish Amri .

Pintu bilik kerja papa mereka ditutup dan dikunci . Ada sesuatu dia mahu bincangkan bersama dengan Firash Aryan . Mengenai kembar mereka yang menghilang tanpa khabar berita .

" Maaf papa , kedudukan Ad tak dapat dikesan buat masa sekarang . Final location is Florida " tutur Firhad Aqasha .

Selaku abang paling tua . Dia bertangunggjawab mengesan kedudukan kembarnya . Walaupun mereka jauh beribu-ribu batu sekalipun .

" Kamu pasti ? " Firash Aryan memandang ke dalam mata si sulung .

Tanpa ragu-ragu Firhad Aqasha mengangguk . Farish Amri hanya mendiamkan diri . Berdiri di sebelah si abang tanpa mengeluarkan walau sepatah pun kata .

Firash Aryan senyum . Bahu si sulung ditepuknya lembut . " Papa dah tahu Ad kat mana sekarang . Kamu jangan risau . Dia selamat di sana " .

Firhad Aqasha dan Farish Amri terkejut . Tidak menjangka selama ini papa mereka mengetahui keberadaan kembar mereka . Firash Aryan bersikap tenang . Kedua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar .

" Macam mana papa boleh tahu ? " Farish Amri bertanya . Puas membisu sedari tadi .

Firash Aryan hanya senyum . Tidak perlu kot dia memberitahu semua itu pada kembar itu . Tanpa berkata apa-apa dia keluar dari bilik kerjanya meninggalkan dua anaknya yang terpinga-pinga itu .

" Shit ! Papa tahu ? " Farish Amri seolah-olah tidak percaya .

Selama beberapa minggu mereka mengesan , kedudukan Farhan Adham tetap tidak dapat dikesan . Malah sim kad lelaki itu sudah tidak aktif lagi . Seakan-akan ada sesuatu yang disembunyikan oleh kembar mereka itu .

" Macam kau tak tahu , papa banyak mata-mata kot " kata Firhad Aqasha .

Farish Amri mengeluh . Dia lupa tentang itu . Kuasa papa mereka lebih besar dari mereka . Malah Firash Aryan sendiri memiliki beribu pengikut di seluruh negara . Tidak jadi masalah jika lelaki itu dapat tahu dalam masa yang singkat .

GADIS BUDAK SETAN | C | A R S •6•Where stories live. Discover now