GBS | 03

34.2K 1.6K 44
                                    

Farish Amri termenung di tepi kolam . Kedua-dua kakinya direndam masuk ke dalam air . Kepala didongak ke atas dan dia merenung bintang-bintang yang berkelipan di dada langit .

" Qira , kau kat sana baik-baik je kan . Dah lama aku tak datang jenguk kau . Aku harap kau tak marah , ada masa aku lawat kau ya .. " dia bercakap seolah-olah Nur Shaqira berada di hadapan dia .

Senyuman nipis diukir apabila dia sedar , sudah lama dia tidak melawat kubur gadis kesayangan dia itu . Kalau diikutkan hampir 2 tahun setelah gadis itu pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya .

" Siapa dia ? " Farish Amri tersentak . Kini kedua abang dua duduk di kiri dan kanan dia . Dia diapit oleh dua lelaki setan itu .

" Tak penting pun .. " Farish Amri malas mahu bercerita . Dia memejam mata rapat .

Firhad Aqasha mengeluh . Dia dengar segala luahan adik dia tadi . Kasihan -- tak sangka adik yang selama ini ceria , manja -- mempunyai kisah yang duka dalam hidupnya .

" Penting sebab kami ni abang kau . Aku tak suka kau sedih sorang-sorang . Kalau kau sedih , aku pun sedih gak .. " Farhan Adham merangkul erat bahu adiknya . Kepala sengaja dilentokkan ke bahu Farish Amri .

Farish Amri membuat muka jijik dengan gelagat manja Farhan Adham . Muka dia memang tak boleh blah ! Kekadang rasa menyampah pun ada .

Tapi dia tahu , pendam selama mana pun -- dua-dua abang dia dapat hidu . Biasalah kembar ! Nafas ditarik . " Nama dia Nur Shaqira .. " perlahan saja dia tutur .

Firhad Aqasha mengerutkan dahi dia . Dia seakan-akan pernah dengar nama gadis itu . " Budak perempuan yang selalu dengan kau tu ke ? " dia menyoal .

Dia teringat zaman persekolahan mereka dahulu . Farish Amri selalu saja mengusik seorang budak perempuan hingga menyebabkan dia menangis .

" Hmm dialah .. " Farish Amri tersenyum sorang-sorang . Teringat kembali kenakalan dia sewaktu pertama kali berjumpa dengan gadis itu .

" No wonder lah kau suka , comel .. " puji Firhad Aqasha tanpa sedar . Dia pernah sekali berjumpa dengan gadis itu .

Bermata bulat , berkaca mata dan putih . Cukup comel macam anak patung . Tapi satu saja dia rasa kelainan pada gadis itu .

" Kau suka dia ke ? " nada suara si adik seakan tidak puas hati . Farhan Adham terus berdehem . Kang tak pasal ada adegan tumbuk-menumbuk .

" Erm .. aku rasa kau patut move on lah . Dia dah pergi dan kau harus mulakan hidup yang baru . Tak pasal-pasal aku ingat kau gay sebab tak suka dengan perempuan .. "

Farish Amri menjengilkan mata dia . Gay ? Agak-agak lah kot ! Farhan Adham dah bantai gelakkan Farish Amri yang nampak bengang itu .

Farish Amri menumbuk kasar bahu kanan Farhan Adham . Geram dan bengang ! " Bodoh ! Otak kau ni tak boleh fikir positif sikit ke hah ! " kepala Farhan Adham ditunjalnya tanpa rasa bersalah .

Itulah mereka . Kalau dah melekat bertiga , mulalah bergaduh kasar . Tapi mereka tetap berbaik juga .

" Kau tak try lupakan dia ke ? " sekali lagi Farhan Adham bertanya . Kali ini nada dia serius . Tidak nampak main-main .

" Lupa ? Erm .. entahlah " bahu dijungkit ke atas . Dia masih sayangkan gadis itu .

Firhad Aqasha mengukir senyuman sinis dalam diam . Kepala digeleng perlahan apabila dia teringatkan seseorang .

" Aku tolong kau .. budak-budak semua syak kau gay tahu dak " bahu si adik di songgol kasar . Kening dinaikkan dan dia tersengih nakal .

Tajam mata Farish Amri merenung Farhan Adham . Usik , gurau serah saja pada Farhan Adham . Dia lah raja semua itu . Kalau yang paling dingin , Firhad Aqasha . Dengan perempuan tak layan langsung malah aura dingin dia itulah buat orang takut .

GADIS BUDAK SETAN | C | A R S •6•Where stories live. Discover now