GBS | 11

27.2K 1.6K 102
                                    

Kelam saja , pada pagi hari itu . Masing - masing tidak banyak cakap dan hanya menggunakan bahasa kiasan sahaja . Angguk - geleng . Itulah yang ketara sangat perubahan pada tiga gadis itu . Mood mereka tidak beberapa baik , pada pagi isnin . Ikutkan hati , memang tak mahu ke sekolah tapi disebabkan peperiksaan bakal menjelma mereka gagahkan diri untuk datang ke sekolah .

Masuk saja ke dalam kelas , Aira Kirana terus duduk di tempatnya . Mood dia memang down gila . Macam orang sakit pun ada .

" Bagus betul adab kau perempuan . Orang sebelah tak tegur alih - alih terus duduk . Heh " sinis orang di sebelah dia bersuara .

Aira Kirana tidak menjawab malah dia hanya tenung buku sejarah di hadapan dia dengan wajah yang kosong . Tidak dihiraukan orang di sebelah yang pandang dia macam nak makan .

" Perempuan perlu ke aku hormat ? Sedangkan orang sekeliling dia tak hormat ? " bisik lelaki itu .

Aira Kirana menjeling sekilas . Kini semua mata menumpu pada mereka . Seorang ketua budak setan , seorang lagi budak bermasalah . Memang mereka akan jadi tajuk utama untuk persatuan gosip sekali di mana ketuanya adalah Ilya Fatiha .

" Aku tak suruh kau hormat aku . Jadi jangan hormatkan aku kalau terasa diri tu terpaksa " sinis dia membalas . Hidung dia rasa sesak dengan haruman minyak wangi dari lelaki sebelah dia .

Itulah padah kalau jarang ke sekolah . Tablemate sendiri tak kenal . Nak saja Aira Kirana hantukkan kepada dia pada meja . Susah betul dia nak ingat nama - nama rakan sekelas dia .

" Brave girl .. hmm.. " gumam Firhad Aqasha perlahan . Dia kembali menjarakkan dirinya dan berpusing ke belakanng . Di mana tempat dua adiknya sedang merehatkan diri .

Seorang guru lelaki melangkah masuk dengan penuh gaya . Kaca mata yang tersangkut pada hidung , tidak langsung mencacatkan rupanya yang kacak itu . Semua pelajar berdiri dan memberi salam kepada guru itu .

" Duduk " arah guru itu dalam nada tenang . Cermin mata dibetulkan dan senyuman manis dilemparkan kepada pelajar - pelajar dia .

Pelajar perempuan sudah menjerit sakan . Pelajar lelaki pula beriak selamba . Dah biasa dengan situasi sebegitu . Dah lali sangat .

" Assalamualaikum , saya Cikgu Fayadh . Guru baru kamu dan menggantikan Puan Masyitah yang telah bertukar ke sekolah lain . Saya akan mengajar kamu Sejarah dan harap kamu semua menerima kehadiran saya dengan baik " ujar Fayadh dengan suaranya yang begitu memukau .

Aira Kirana mengerutkan dahinya . Dia seakan - akan mahu menyatakan sesuatu tapi tidak terkeluar . Fayadh yang perasaan mula tersenyum nipis .

" Pelajar yang kat belakang sana . Yang asyik tunduk tu , ada apa - apa soalan ? " sengaja Fayadh menegur . Dia mahu mendengar suara gadis itu .

Kini satu kelas memandang ke arahnya . Aira Kirana terpempan . Kepalanya digaru - garu . Soalan ? Dia sendiri tak ada soalan nak tanya . Firhad Aqasha selamba saja meletakkan tangan dia di belakang kerusi Aira Kirana .

" Ta -- tak ada cikgu " balas dia perlahan . Dada dia terasa gemuruh saja . Umpama mahu menjawab soalan dari kertas soalan saja .

Fayadh tersenyum . " Baiklah kalau macam tu kita teruskan pembelajaran kita " kini semua kembali memandang ke hadapan .

Aira Kirana mengigit bibir bawah dia . Kedua tangan dia digenggam erat . Tabiat dia bila rasa berdebar . Tak boleh nak di elakkan lagi .

" Bite your lips again , aku cium mulut kau sampai kau lemas .. "

Aira Kirana tersentak . Badan dia dijarakkan dari Firhad Aqasha . Seram sejuk dia rasa apabila duduk di sebelah lelaki itu . Tak ingin dia cium lagi oleh lelaki setan itu . Perangai pun macam setan dah .

Firhad Aqasha tersenyum sinis . Baru ugut dah takut . Nasib dia sayang ! Dia menyandar tenang di kerusi sambil menyilangkan kaki dia . Fayadh yang mengajar di depan dah memandang mereka lain macam . Tapi riak wajah segera dikawal .

+++

Farhan Adhan berjalan menyurusi koridor sekolah . Sekolah bukan main kaya lagi , lantai pun berkilat semacam . Boleh pantul dirinya pada mozek putih itu . Biasalah sekolah elit . Dia kembali menyambung langkah dia .

Sampai di bilik seni , dia mematikan langkah dia . Pintu yang sedikit terbuka memudahkan dia untuk menjenguk ke dalam . Bilik seni lama yang sudah tidak digunakan lagi .

" Akak tahu , tapi Qira janganlah macam ni . Kalau Qira sedih kami pun sedih . Aku tahu kau banyak menderita dari kami , tapi kau tak boleh terus macam ni . Boleh jejaskan pelajaran kau "

" Aku tahu kak tapi hati aku sedih sangat sekarang ni . Aku rindukan mama dan papa aku . Aku rindukan mereka. Aku rindukan hidup yang dulu . Tapi sekarang -- "

Zara Melina mengetap bibir . Ya , dulu mereka hidup mewah . Semua kehendak mereka dituruti tapi kini mereka hidup sebatang kara . Harta mereka dah tak ada lagi .

" Dah - dah jangan nangis lagi . Aku tak suka . Kesian tau Aira . Dia risaukan semalam . Dah laa aku pun buat hal . Mesti dia stres sekarang ni " gumam dia perlahan .

Nur Aqira mengesat airmata dia . Hingus disedut dalam - dalam . Merah wajah dia kerana banyak sangat menangis . Serba salah pula dia sekarang ni . Aira Kirana -- pasti lebih tertekan kerana dia paling tua dan bertanggungjawab menjaga mereka .

" Semuanya salah aku " Nur Aqira menyalahkan dirinya .

" Bukan kau . Tak ada sesiapa pun yang salah . Dah - dah kau duduk diam - diam kat sini . Aku nak rehat kejap . Perut aku dah bernyanyi riang " dia menepuk perutnya perlahan .

" Belikan untuk aku sekali " lauang Nur Aqira . Dia bersandar lemah di dinding yang sudah kotor itu .

Zara Melina mengangguk . Tak sia - sia dia mereka ponteng hari ini . Dapat dia luangkan masa dalam bilik itu . Tempat rahsia mereka bertiga . Baru saja selangkah dia keluar , badan dia ditarik oleh seseorang dan mulutnya ditekup pantas .

Dilihat lelaki itu tersenyum sinis . Telefon ditangan dilekapkan ke telinga . Tangan dia kuat menekup mulut Zara Melina daripada bersuara .

" Aku nak kau datang ke location yang aku hantar ni " katanya dingin .

" Buat apa ? Malaslah . Aku nak tidur "

" Datang je lah . Aku nak kau temankan seseorang " balas Farhan Adham keras . Terus dia matikan panggilan .

Telefon dimasukkan ke dalam poket seluar . Dengan muka tidak bersalah , tubuh Zara Melina dipikulnya ke atas bahu kiri . Hampir saja gadis itu menjerit . Farhan Adham tersenyum lebar .

' Melina , kau dah jatuh dalam tangan aku dan tak akan sesekali aku lepaskan kau '

GADIS BUDAK SETAN | C | A R S •6•Where stories live. Discover now