GBS | 15

25.4K 1.6K 130
                                    

" Tempat sunyi ni gak kau bawa aku kan "

Firhad Aqasha berpaling . Tertarik dengan suara itu . Aira Kirana menayangkan muka bosan dia . Dia berpeluk tubuh dengan badan disandarkan pada kereta .

" Laa aku ingatkan kau dah bisu tadi " sindir Firhad Aqasha . Kamera ditangan dimainkan .

Lalu tanpa bertangguh lensa kamera itu dihalakan ke hadapan . Suasana dari atas bukit itu sangat cantik .

" Bising lah kau " marah Aira Kirana . Dia mahu menenangkan dirinya .

Firhad Aqasha buat tak layan . Dia leka dengan kameranya . Entah bila masa mamat tu bawa , Aira Kirana tidak pasti . Alih - alih lelaki itu sudah memegang kamera .

Angin menderu perlahan . Tidak sejuk tidak panas . Cukup menyegarkan tubuhnya . Kawasan kaki bukit itu sunyi saja . Tiada apa - apa pun . Hanya dikelilingi hutan .

" Sampai bila kau nak termenung ? Jomlah " ajak Firhad Aqasha .

Sebenarnya dia dah menangkap gambar Aira Kirana . Posisi gadis itu sangat cantik . Sama cantik dengan tuannya . Firhad Aqasha menangkap gambar gadis itu dalam diam .

" Kita nak gi mana ? Lepak arr dulu " Aira Kirana enggan mengikut arahan Firhad Aqasha .

" Aku ada kerja sikit " .

Dia masuk ke dalam kereta . Panas kat luar walaupun sekeliling mereka hijau . Kamera diletakkan ke seat belakang . Aira Kirana masuk setelah menghabiskan 5 minit di luar .

" Kau dah kemaruk sangat ke dengan hutan ni sampai tak nak masuk kereta ? " perlahan - lahan kereta diundurkan ke belakang .

Firhad Aqasha tenang memandu . Melalui jalan kecil di hutan itu . Gelap saja . Tiada satu pun kenderaan yang lalu lalang .

Aira Kirana diam . Malas mahu bercakap dengan lelaki itu . Menyakitkan hati dia je . Lebih baik dia diam .

Firhad Aqasha membelok keretanya memasuki ke satu kawasan . Tidak jauh dari jalan keluar . Hanya 5 km dari tempat itu . Sampai saja di sebuah tempat , kereta dihentikan .

" Kau tunggu sini jap " kata Firhad Aqasha . Dia keluar dari kereta .

Aira Kirana memerhati dari dalam . Kelihatan dua lelaki berpakaian serba hitam berdiri tidak jauh dari kereta Firhad Aqasha . Mereka bersapa umpama saling mengenali .

" Dia dengan siapa ? " bisik Aira Kirana sendiri .

Firhad Aqasha memandang dua lelaki itu . " Ada dapat apa - apa ? " soalnya terus .

" Ada bos . Jangan risau . Tak akan jadi macam dulu lagi " lelaki itu tersengih .

Firhad Aqasha diam . Lelaki itu menyeluk poketnya . Pendrive berwarna merah diserahkan kepada bos dia itu .

" Kalau jadi macam hari tu aku bunuh korang ! " ugutnya .

" Tak bos ! Ni memang betul - betul jadi . Kami janji . Aku rela taruhkan kaki aku untuk kau lenyek kat tahi lembu " celah lelaki seorang lagi .

Firhad Aqasha mengeleng kepala . Tak serius langsung . Kalau depan papa dia bukan main serius lagi sorang - sorang . Pijak semut tak mati .

" Aku cau dulu . Ada apa - apa terus bagitahu aku " pamit Firhad Aqasha . Dia sudah dapat benda itu .

" Bos lawa awek " usik lelaki itu . Siap buat mini love lagi .

Firhad Aqasha senyum je . Tak marah . Dia masuk ke dalam kereta . Hon dibunyikan pada dua lelaki itu .

" Siapa mereka ? " tanya Aira Kirana . Terasa ingin tahu identiti dua lelaki itu .

" Kawan aku " balas Firhad Aqasha ringkas . Dia memandu dengan laju .

GADIS BUDAK SETAN | C | A R S •6•Where stories live. Discover now