" Kau silap Elexa .. kau silap . Kau dah dapat benda tu tapi ada sesuatu kau lupa " kata Zara penuh berani .

Dia berdiri semeter jauh dari Elexa . Kata-kata Zara membuatkan Elexa tersentak . Dia terlupa akan sesuatu . Dia berdecit geram . Ternyata Zara lebih licik darinya .

" The key . Aku yang pegang kunci tu . Kau belum dapat lagi kunci itu . Jadi kau tak boleh buka semua tu even kau upah beribu pun pada peguam papa aku , kau tetap tak boleh . Sebab apa ? Kunci itu adalah segalanya " ujar Zara penuh perasaan .

Elexa tertawa . Ternyata dia begitu bodoh . Zara begitu bijak mempermainkan dia . Dia harus melancarkan sesuatu . Sesuatu untuk merampas kunci yang berada di tangan Zara .

" FINISH HER . BRING ME THE KEY ! " arah Elexa tegas . Dia harus menghapuskan Zara .

Kini Zara berada ditengah-tengah . Mengempung Zara yang dilihat sehelai sepinggang itu . Wanita itu nampak tenanc walaupun bila-bila masa nyawa dia bakal melayang .

" Let see who's win the game " Zara membuka langkah .

Tangan dia menyeluk pinggang seluar . Dua pucuk Beretta 92 digenggam erat . Pistol itu dicuri dari laci meja kerja suaminya . Malah pisau milik lelaki itu itu dicuri tanpa pengetahuan Farhan Adham .

Zara memerhati mereka . Bibirnya bergerak perlahan . Menggira jumlah mereka semua .

" 20 orang . Not bad for me . Huh " lalu dia melipat badan dia ke belakang .

Zara memecut laju larian dia . Tembakan rambang dilepaskan kepadanya . Zara menyorok di sebalik dinding . Hampir saja bahunya terkena peluru yang dilepaskan anak buah Elexa .

Zara mengecilkan mata . Dia melihat bayangan lima lelaki yang semakin dekat dengan nya . Cahaya lampu malap itu cukup membantu dia tika itu . Zara terus meniarap lalu tembakan dilepaskan olehnya .

Lima lelaki tumbang . Zara bergolek belah kanan . Dia memandang dua lelaki yang menyorok disebalik tong besi itu . Zara memasukkan silencer ke hujung pistol miliknya . Tidak mahu kehadiran dia disedari oleh anak buah Elexa .

BANG ! Dua lelaki lagi tumbang . Zara melompat ke atas tong besi itu . Sebiji bom tangan dipegang olehnya . Zara menarik dengan hujung gigi lalu bom itu dibalik ke arah sekumpulan anak buah Elexa .

Sepuluh lelaki terbunuh dalam letupan bom itu . Tinggal lagi 3 orang . Ketiga-tiga itu merupakan orang kuat Elexa .

PAK ! Tubuh Zara ditendang kuat oleh seseorang . Kepalanya terhantuk kuat pada lantai . Zara mengetap gigi . Dia cuba melibas kaki lelaki itu , namun lelaki itu pantas mengelak .

Kaki Zara ditarik kuat lalu tubuh Zara dibaling ke arah tong besi itu . BAM ! Zara meringis kesakitan . Badan dia terasa dibebani dengan sesuatu . Sakitnya . Dia saja yang rasai .

Elexa senyum . Dia tahu kelemahan anak saudaranya itu . Walaupun Zara tangkas bermain senjata dan martial arts tapi tetap tak mampu melawan anak buahnya yang dua kali ganda lebih besar darinya .

" Erghhh " Zara menjerit kesakitan . Dia menendang kuat perut lelaki yang menarik rambutnya .

Seakan mahu tercabut kulit kepalanya . Zara menendang dan terus menendang . Kakinya berpusing 270° lalu melibas kuat kepala lelaki itu . Lelaki itu jatuh terhentak pada meja kaca .

PRANG ! Berderai kaca itu . Baru saja Zara ingin melepaskan tendangan , tubuhnya didakap kuat oleh seseorang . Lelaki itu mengunci semua pergerakan Zara .

BANG ! Peha kiri Zara ditembak oleh Elexa. Zara menjerit kesakitan . Nafas dia seakan mahu putus . Lagi-lagi terasa peluru itu terbenam dalam ke dalam dagingnya .

BUK ! Tubuh Zara ditolak kasar ke atas deraian kaca . Mujur saja wanita itu sempat menahan . Tapak tangan dia terluka apabila terkena kaca tajam itu .

" End of this . Kill her " arah Elexa tegas . Dia tidak mahu mengambil masa yang lama .

Bunuh . Itu saja . Zara sudah tidak mampu berdiri . Kudrat dia sudah lemah . Mata dipejam rapat .

' Jika ini adalah hari terakhirku , abang-Zara minta maaf . Mama , papa tunggu adik .. ' .

BANG ! BANG ! BANG !
































Promote;

Do read. Votes. Comments.

Konfem korang x akn tidur lena. Jalan cite yang menarik 😍. Lain dri yg lain . Support member 😂. My friend
NadMira_s

 My friend NadMira_s

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.
GADIS BUDAK SETAN | C | A R S •6•حيث تعيش القصص. اكتشف الآن