Wany Hasrita atau Mira Filzah?

4.2K 530 183
                                    

Mingyu tersengih-sengih melihat sekeping foto polaroid. Sanggup dia mengadaikan duit jajan demi membeli foto tersebut.

"Hehe, kak Wany cantik."

"Hah? Siapa yang cantik?" tanya Seungkwan yang tiba-tiba memunculkan di dari belakang Mingyu.

"Ish, awak ni! Tanjat kita!" marah Mingyu, Seungkwan tersengih dan meminta maaf.

"Siapa yang Gyu cakap cantik tadi?" Seungkwan bertanya lagi, Mingyu dengan bangga menunjuk foto tersebut kepada Seungkwan.

"Siapa tu?" Mingyu melopong, dia tak percaya Seungkwan tidak mengenali Wany Hasrita. Adakah dunia terlalu luas untuk insan seperti Seungkwan? Bagaimana bisa Seungkwan tidak tahu kewujudan gadis berparas bidadari itu di dunia ini?

"Siapa awak tanya? SIAPA?!"

Buk

Kepala Mingyu dipukul dengan patung kucing.

"Awak janganlah jerit. Awak tu duduk sebelah kita je." tegur Jun, sakit gegendang telinga kerana jeritan nyaring itu.

"Maaf, Junnie. Tapi serius lah Kwannie tak tahu siapa dia?"

Seungkwan menggeleng.

"Dia Wany Hasrita, Seorang bidadari dunia. Ehek, malu pula kita." Mingyu menutup muka menggunakan tangan kanan manakala tangan kirinya memukul bahu Jun tanpa sebab.

Plak!

Jun hanya mampu bersabar, tak bagus jika awal pagi dimulai dengan amarah.

"Dia cantik kan, Kwannie?" 

"Tak, kak Mira filzah lagi cantik." Joshua menyelit perbualan mereka. Mata Mingyu terjegil, berani-beraninya Joshua menghina bidadari dunianya itu.

"Ya ke cantik? Tak percaya." soal Mingyu,

"Cantik sangat, kalah kak Wany awak tu tahu!" balas Joshua sambil memeluk tubuh dan tersenyum sinis. Mingyu mengembungkan pipi. Sedangkan Cikgu Kang diam menonton drama tak berbayar tersebut sambil makan kacang. Malas hendak meleraikan pergaduhan yang tidak penting itu

"Ihh, Wany lagi cantik dari Mila Filzah awak! "

"Apa Mila Mila? Kita punya tu namanya Mira bukan Mila." ejek Joshua.

"Wany kita tetap paling cantik!"

"No, Mira kita paling cantik!"

"Wany!"

"Mira!"

"Wany Wany Wany!"

"Mira Mira Miraaa!"

"WANY!"

"MIー"

"SAJAT!"

Uhuk!!

"Air! Air!" Cikgu Kang berlari mendapatkan air selepas tersedak kacang. Semua kanak-kanak di situ memandang Wonwoo dengan wajah ketakutan.

"Kenapa?" soal Wonwoo. Hoshi yang duduk di sebelah Wonwoo perlahan-lahan berpindah ke sebelah Woozi.

"WONU TAK BETUL! WONU DAH SEWEL!" Mereka berlari menjauhi Wonwoo termasuklah Cikgu Kang sekali. Wonwoo bercekak pinggang.

"Ihh, kenapa ni? Kenapa cikgu pun sama macam diorang?!" tanya Wonwoo, geram.

"Kau siapa? Aku tak ada anak murid yang mengaku Sajat tu cantik! Kekunyitan apakah semua ini?!" Cikgu Kang meramas rambutnya, tertekan melihat Wonwoo yang tidak ada citarasa.

"Ya Tuhan, kenapa dengan anak murid aku jadi macam ni? Tuhan nak aku pencen awal ke? Berat sungguh dugaan Kau beri pada aku."

"IHHH, CIKGU KANG JAHAT! TAK NAK KAWAN!"

Tadika Mesra SebongsWhere stories live. Discover now