Answers pt.4

2.1K 285 24
                                    

' Botol susu mana botol susu? 😂 '

"Ada kat rumah, malulah nak bawa pergi sekolah." jawab Dino malu-malu.

' Pernah jumpa dinosaur tak? T-Rex ada tak? '

"Pernah, sebab kitalah DINOsaurnya!"

"Pernah jumpa T-Rex?" tanya Seungcheol. Dino mengangguk.

"Appa T-Rex, eomma Mommy-Rex pastu Dino Baby-Rex!"

"Ya ke awak ni Baby-Rex?" soal Woozi.

"Iyaaa, tengok kita mamam awak. Aum!" Lengan Woozi digigit perlahan. Kanak-kanak pendek itu menjerit.

"OMMA ADA BABY-REX NAK MAMAM KITA!" Woozi melarikan diri daripada Dino.

' Nak gula-gula cikit? '

"Tak boleh!" Dino menggelengkan kepala.

"Eiee, kecil-kecil dah kedekut." Cikgu Seo mencubit pipi tembam Dino. Geram melihat kanak-kanak itu.

"Dino takkan kongsi gula-gula dengan sesiapa. Termasuklah awak yang hantar surat ni."

' Chan-ah, nugu aegi? '

"CIKGU KANG AEGI!"

Cikgu Kang menggigit bibir bawah, menahan diri daripada menjerit disebabkan kecomelan Dino yang melebihi batasan.

Tok tok tok

Suga dan Jungkook mengetuk pintu kelas Carat.

"Cikgu, bila nak masuk kelas? Kat kelas dah macam zoo dah." ujar Suga. Cikgu Seo ingin bangkit namun ditahan Cikgu Kang.

"Jap, Jiho. Ni ada surat untuk Cookie, Sugar dengan J err... Jayhope?"

"Kookie, Suga dengan J-hope." ujar Cikgu Seo, membetulkan kesilapan Cikgu Kang. Suga kelihatan tertarik dengan surat itu.

"Nak baca! Nak baca!"

"Pergi panggil Hobi dulu." arah Cikgu Seo.

"Ihh, malasss..." rengek Suga.

"Kau tu apa je yang rajin? Takde takde, pergi panggil Hobi kalau tak, tak boleh baca."

Suga mendengus sebelum dia menarik Jungkook kembali ke kelas mereka semua. Tak lama selepas itu, mereka muncul sambil menarik paksa Hoseok yang sedang meronta-ronta ingin dilepaskan.

"KITA TAK NAK! KITA NAK MAIN!" protes Hoseok.

"IHH, AWAK NI! DISEBABKAN AWAK TAHU KITA TAK BOLEH TIDUR! TERJERIT-JERIT MACAM BABUN!" marah Suga. Hoseok terus meronta.

Jungkook memandang Cikgu Seo.

"Cikgu, tak nak tolong ke?" tanyanya.

"Kena ke?"

"Pergilah tolong!" paksa Cikgu Kang. Akhirnya Cikgu Seo turun padang, dia mendekati Hoseok yang tidak mahu duduk diam.

Lelaki itu memegang kepala anak muridnya.

"WAHAI JIN DAN SETAN, KELUARLAH ENGKAU DARI BADAN BUDAK NI! FUH FUH ZIMZALABIM ZIMZALABIM ZIMZALABIM ZIMZIM!"

Tadika Mesra SebongsWhere stories live. Discover now