Kemas kelas

3.2K 437 177
                                    

"Achoom! Achoom!" Cikgu Kang mengelap hidungnya dengan sapu tangan, dari tadi dia asyik bersin tak berhenti-henti.

Cikgu Kang melihat keadaan kelasnya. Tingkap kotor dan berhabuk, banyak mainan berselerak di atas lantai dan dia baru menyedari penyapu dan penyodok sampah kelas ini sudah hilang entah ke mana.

"Haih..." Dia mengeluh sebelum memandang Seventeen yang sedang membuat latihan yang diberi.

"Kami semua, pandang cikgu kejap." arah Cikgu Kang, Seventeen mengangkat muka dan memandangnya dengan mata yang terkebil-kebil.

"Kenapa, cikgu?' tanya Minghao.

"Cuba kamu semua tengok kelas kamu ni. Bersepah betul." ujar Cikgu Kang.

"Ni cikgu nak tanya, mana penyodok sampah dengan penyapu?"

"Tak tahu." jawab Seventeen.

"Entah-entah ada hantu ambil kot cikgu!" ujar Dino sambil membuat mimik ketakutan. Seokmin menghentakkan kaki, dia tidak suka Dino mengaitkan perkara ini dengan hantu.

"Dino, janganlah cakap macam tu. Omin takutlah."

"Ayok, nanti hantu tu culik Omin pula!" usik Dino. Seokmin menjerit dan memeluk Minghao.

"Omin, jangan percaya cakap Dino. Dia tipu." kata Minghao. Dino tersenyum senget.

"Kita tak tipu, hantu tu tengah diri kat hujung kelas. Dia dari tadi pandang Omin tahu."

"IHH, DINO!"

Cikgu Kang menggeleng-gelengkan kepala melihat perangai nakal Dino. Kesian Minghao yang semakin dipeluk erat oleh Seokmin.

Tok tok!

"Hai, Rosé." sapa Joshua ketika seorang kanak-kanak perempuan dari kelas Blink mengetuk pintu kelas mereka.

"Hai, Joshie." balas Rosé sebelum kanak-kanak yang bertocang satu itu menyerahkan sebatang penyapu dan penyodok sampah kepada Cikgu Kang.

"Kita nak pulangkan penyapu dengan penyodok ni. Maaf, Cikgu Kang. Hari tu Lisa lupa nak minta kat cikgu. Dia main ambil je." ujar Rosé.

"Oh, tak apa. Tapi kenapa kamu tak guna penyapu dengan penyodok sampah kelas kamu sendiri?" soal Cikgu Kang membuat Rosé tersengih-sengih seperti kerang busuk.

"Penyapu dengan penyodok sampah kelas kita dah patah. Hari tu kita main lawan pedang dengan Jisoo guna benda tu sampai terpatah dua. Hehehe." Selepas itu, kanak-kanak itu pulang ke kelasnya semula. Cikgu Kang memandang Seventeen yang sedang berbual-bual.

"Seventeen, besok datang tadika. Kita kemas kelas." arah Cikgu Kang.

"Tapi esok cuti!" protes Woozi.

"Sebab esok cutilah cikgu nak kemas kelas dengan kamu semua. Cikgu nak semua datang. Kalau tak datang cikgu denda!" 

...

" Cikgu, kenapa kita yang kena lap tingkap guna kain ni? Kita jijik lah." tanya Mingyu, dia menatap kain buruk itu dengan reaksi jijik. Cikgu Kang sempat menjeling kanak-kanak itu sekilas. Baru hidup berapa tahun sudah pandai nak jijik bagai.

Tadika Mesra SebongsWhere stories live. Discover now