EXO

2.3K 326 116
                                    

ー"Yeay yeay, pergi taman!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Yeay yeay, pergi taman!"

Hari ini Seventeen mengajak Cikgu Kang pergi ke taman permainan. Disebabkan tiada kerja di rumah dan jadualnya kosong, wanita itu langsung mengiakan ajakan tersebut tanpa berfikir panjang.

Kadangkala dia merasakan yang dia bukan setakat guru, tetapi babysitter tak berbayar Seventeen juga. Jika ada masa yang terluang pasti Seventeen mahu bertemu dengannya.

"Seungcheol, jom kita panjat gelongsor!" Lamunan Cikgu Kang terhenti, dia menatap Jun sambil bercekak pinggang.

"Junnie, jangan nak macam-macam. Kalau jatuh nanti kamu juga yang menangis." Cikgu Kang memberi teguran tegas. Sayangnya, Jun bukannya takut malah dia berlari ke arah gelongsor sambil menjerit.

"Awak, lari! Nenek kebayan dah marah!"

"Bertuah punya budak!"

"Vernonnie, jom main monkey bar sama-sama." Wonwoo mengajak Vernon yang sedang kebingungan seorang diri. Tiba-tiba seorang kanak-kanak berlari ke arah mereka dan tidak sengaja melanggar bahu Vernon. Menyebabkan mereka berdua terjatuh di atas lantai taman yang kasar.

Buk

"Huwaa sakit!" Vernon memegang lututnya yang terluka.

"Awak, Yeollie minta maaf. Yeollie tak nampak awak tadi." ucap kanak-kanak bernama Yeollie itu. Wonwoo menatapnya dengan tajam.

"Awak ni kan, lain kali lari tu hati-hati lah sikit! Kesian Nonnie tahu!" marahnya. Seorang kanak-kanak lain tiba di situ, dia melihat Yeollie sedang menunduk kerana dimarahi seseorang.

"Awak janganlah marah Yeollie! Kan dia tak sengaja!"

"Dia dah buat kawan kita nangis!"

"Dah tu? Tak boleh tegur elok-elok?!" Cikgu Kang yang merasakan pertengkaran itu semakin teruk langsung turun padang. Kalau tidak, boleh bergaduh besar nanti.

"Wonu, dah dah. Jangan marah dia. Dia kan tak sangaja." ujar Cikgu Kang, Wonwoo mendengus dan memeluk tubuh. Yeollie memandang Cikgu Kang dengan mata berair.

"Hiks... Yeollie minta maaf, aunty."

"Takpe takpe. Jangan nangis. Sikit je ni." pujuk Cikgu Kang. Dia membersihkan luka Vernon dan menampal plaster bercorak Doraemon di lututnya.

"Vernon dah okey?" tanya Cikgu Kang. Vernon mengangguk.

"Dah. Terima kasih, cikgu."

Tadika Mesra SebongsWhere stories live. Discover now