Idola

2.5K 341 243
                                    

"Apa khabar anak murid kau tu? Dah baik demam?" Seorang guru wanita berambut perang separas pinggang menanyakan soalan pada Cikgu Kang ketika mereka berdua berada di dalam bilik guru.

"Dah baik dah, semua masuk kelas hari ni. Nasib baiklah takde yang kena sampuk." jawab Cikgu Kang. Ahn Areum, guru yang bertanya tadi itu ketawa kecil.

"Tapi kan, aku tak sangka Seungcheol boleh kena kacau. Tulah sebut-sebut lagi momok kat situ. Kan dah muncul betul-betul." ujar Cikgu Ahn.

"WEI, SIYEON! AREUM!"  Seorang guru lelaki tinggi lampai berlari menghampiri mereka.

"Kau dah kenapa, Woohyun? Lari-lari macam kena kejar something." tanya Cikgu Kang. Cikgu Kim tercungap-cungap mengambil nafas sebelum membalas.

"Pinjam marker! Aku lupa nak bawa pencil case aku!"

"Helemek, lari macam kena kejar rimau tapi itu je yang kau minta?" Cikgu Kang mengambil sebatang marker pen berwarna biru dan mencampakkannya ke Cikgu Kim. Lelaki itu mengucapkan terima kasih sebelum lari ke kelasnya semula.

"Tak rilek betul jadi orang." rungut Cikgu Ahn.

"Kau macam tak kenal si Woohyun tu. Dia pantang kalau tak ajar budak masa waktu belajar. Kalau tujuh jam, tujuh jam straight dia nak ajar. Kesian Twice dapat cikgu macam jantan tu."

Cikgu Kang dan Cikgu Ahn ketawa sebelum mereka akhirnya kembali ke kelas masing-masing.

"Cikgu Kang, lamanya cikgu keluar." ujar Minghao.

"Cikgu baru keluar sepuluh minit, Hao. Cikgu tahulah cikgu cantik tapi Haohao janganlah cepat sangat rindukan cikgu. Malu cikgu tahu." Cikgu Kang mengenyitkan mata kanannya, berniat hendak mengusik kanak-kanak itu.

"Ihh, cikgu ni kuat perasanlah!" Minghao memeluk tubuh, meluat dengan perangai gurunya yang tak pernah nak berubah.

"Cikgu! Cikgu! Dino nak tanya cikgu, boleh?" pinta Dino.

"Dino nak tanya apa?"

"Idola cikgu siapa?"

"Idola? Hm, jap cikgu fikir jap." Cikgu Kang mengambil masa untuk memilih seseorang yang sesuai dijadikan idola. Namun sayang, otaknya tidak mahu diajak berkerjasama. Tiada seorang pun muncul di fikirannya.

"Er... Idola Dino siapa?" tanya Cikgu Kang, menangguhkan sebentar jawapannya. Dino tersenyum lebar sehingga membuat matanya menyipit.

"MJ!"

"MJ? Anak siapa tu? Anak pak cik Karim ke tu?" tanya Cikgu Kang. Dino menggelengkan kepala. Siapa pula anak pak cik Karim tu? Dino tak kenal.

"Michael Jackson lah, cikgu. Alah yang pandai menari tu." ujar Dino.

"Oh, Michael Jackson... Kenapa Dino jadikan dia idola?" tanya Cikgu Kang lagi. Dia agak tertarik hendak mengetahui alasan Dino menjadikan lelaki itu sebagai idola.

"Sebab dia pandai menari. Nanti kalau Dino dah besar Dino nak jadi macam dia!" jawab Dino bersemangat. Cikgu Kang tersenyum, rambut Dino diusap-usap.

"Bagusnya. Cita-cita kamu nak jadi penari lah ni eh?"

"Uhm!" Dino mengangguk.

"Kita pun ada idola juga cikgu!" ujar Woozi sambil mengangkat tangan. Perhatian Cikgu Kang dialihkan kepada kanak-kanak terkecil di dalam kelas itu.

"Siapa idola kamu?" tanya Cikgu Kang. Woozi menggaru kepala, dia hendak menjawab tapi riaknya terlihat tidak yakin.

"Er... tu... alah tu..."

Woozi menguis-nguis lantai kelas dengan hujung .

"Uno... Uno Males tu..." Dahi Cikgu Kang berkerut. Baru pertama kali dia mendengar nama itu.

"Siapa tu? Artis tempatan ke?" tanya Cikgu Kang.

"Bukan. Dia tu penyanyi. Dia... dia nyanyi lagu... talking mooonnn tu ha." kata Woozi, berusaha untuk membuat gurunya faham tetapi Cikgu Kang  masih kebingungan. Joshua menghela nafas. Susah betul dia tengok Woozi hendak memberitahu siapa idolanya.

"Dia minat Bruno Mars, cikgu." ujar Joshua. Woozi tersenyum dan menepuk tangan.

"Ha! Yang tu!"

"Oh, Bruno Mars. Penyanyi barat tu, kan?" Woozi mengangguk.

"Suara dia sedap! Woozi nak jadi macam dia! Woozi nak nyanyi lepas tu Woozi nak buat lagu sendiri!" katanya bersungguh-sungguh.

"Awak pandai nyanyi ke, Uji? Kita tak pernah pun dengar awak nyanyi sebelum ni." tanya Jun.

"Kita pandailah!"

"Iya ke? Cuba nyanyi sikit."

"Cikgu Kang, tengok Junnie tu!" adu Woozi sambil memeluk paha Cikgu Kang. Sementara Jun hanya mengebilkan mata, dia hanya ingin mendengar Woozi menyanyi sahaja.

"Jadi, siapa idola cikgu?" tanya Mingyu. Sebuah akhirnya nama muncul di fikiran Cikgu Kang.

"Oh, Cikgu minat artis dari Malaysia. Ziana Zain namanya. Nak dengar cikgu nyanyi?" Cikgu Kang tersenyum senget melihat Seventeen menganggukkan kepala tanpa ragu.

Pilihan yang salah.

"Cikgu Kim, berhentilah kejap. Kita penatlah belajar dari tadi." ujar Momo, dia penat mendengar ajaran Cikgu Kim. Bukannya masuk otak pun. Buat telinga berdesing saja.

"Momo, kau tu salah sorang yang wajib dengar aku mengajar. Kau tu kalau boleh setiap kali exam mesti nak tidur. Takde rehat selagi loceng belum berbunyi." balas Cikgu Kim. Momo merungut sebelum menyandarkan badan ke kerusi.

"Cikgu Kim, Tzuyu nak pergi tandas boleh?" tanya Tzuyu.

"Tak boleh, aku tahu niat kau. Kau nak tidur dalam tandas, kan? Duduk balik."

Tzuyu mencebik sebelum ia kembali duduk. Cikgu Kim menghadap papan putih semula dan mahu sambung menulis rumus matematik yang sempat tertunda.

"Kalau nampak simbol ni maksudnya kena tolaー"

"SERING KALI KAU MENEPIS TIAP PERRRSOALAN! ADA SESUATU KAU SEMBUNYIKANNN DARI PENGETAHUAN KUUUUU HUUUU!"

"Ya Tuhan, malaun mana pula tu melalak tengahari macam ni?!" soal Cikgu Kim. Dia melangkah ke luar kelas. Cikgu Seo dan Cikgu Ahn juga melakukan perkara sama sepertinya.

"Siapa yang nyanyi tu wei? Sumbang gila!" tanya Cikgu Seo.

"Ni tak lain tak bukan mesti perempuan pendek tu yang nyanyi! Bapak sumbang sia suara dia!" Cikgu Ahn memasuki kelas Carat. Ternyata benar, Cikgu Kang sedang menghayati nyanyiannya manakala Seventeen sedang mencangkung sambil menutup kedua-dua belah telinga.

"Cikgu Ahn, tolong! Telinga kita dah nak berdarah!" teriak Seokmin meminta tolong.

"SIYEON, DIAMLAH! KAU NYANYI TAK SEDAP, BEGO! DAH MACAM BERUK TERCEKIK PISANG KAU TAHU!" jerit Cikgu Ahn, Cikgu Kang mengerling ke arahnya sebentar tanpa menghentikan nyanyian.

Cikgu Ahn menghampiri Cikgu Kang. Dia mengepit leher wanita itu dengan pelipat sikunya.

"OHOK! AREUM! OHOK!" Cikgu Kang menepuk-nepuk lengan Cikgu Ahn kerana dia lehernya seperti dicekik. Nak bernafas pun terasa sulit.

"AKU KATA DIAM TU DIAMLAH! KAU NAK DERA TELINGA KITORANG KE APA SIA?" marah Cikgu Ahn.

"L-LEPASKAN L-LEHER AKU, KAMPRET!" Cikgu Kang menarik rambut Cikgu Ahn dengan kuat sehingga membuat si empunya rambut itu menjerit kesakitan.

Cikgu Seo dan Cikgu Kim yang hanya jadi penonton perlahan-lahan mengundurkan diri. Berdiri bulu roma mereka melihat dua orang rakan sekerja mereka itu mula bergusti di dalam kelas.

"Ganas betul diorang tu, Hyun."

"Lepas ni aku tak nak cari fasal dengan diorang lagi. Kang silap hari bulan masuk ICU aku nanti."

Tadika Mesra SebongsWhere stories live. Discover now