Gabung kelas

3.9K 504 152
                                    

"Selamat pagi, Cikgu Kang yang comel lagi kan cute!" ucap semua murid kelas Carat itu serentak. Cikgu Kang tersenyum. Mereka cuba membodek dia, pastu ada mahunya tu.

"Amboi, bukan kemain puji cikgu. Ada apa-apa ke ni? " soal Cikgu Kang. Mereka tersengih-sengih. Niat tersembunyi mereka dihidu dengan mudah.

"Dino kata nak gula-gula, cikgu." Mata Dino membulat apabila Seungcheol tiba-tiba menuduh dirinya. Padahal tadi Seungcheol lah yang beria-ia mengajak mereka membodek Cikgu Kang demi sebiji gula-gula. Bertuah betul punya kawan.

"Tapi awak yang ajak kita bodek, Ucheol!" marah Dino. Cikgu Kang tersenyum, dia tahu murid-muridnya tidak akan memuji dia dengan ikhlas. Semuanya pasti ada udang disebalik batu. Sebuah balang yang mengandungi pelbagai jenis gula-gula di keluarkan dari dalam beg.

"Kamu semua kecil-kecil lagi dah pandai membodek. Anak murid siapalah ni?"

"Anak murid Cikgu Kang lah." jawab Minghao, Cikgu Kang terkebil-kebil sebelum ketawa malu.

"Eh? Oh haah, lupa. Hahahanat! Nah, ambil sorang satu." Mata anak muridnya bersinar-sinar. Tanpa disuruh dua kali, mereka mengambil habuan mereka.

"Yeah,  sayang cikgu ketat-ketat!"

"Semua dah dapat kan?"

"Dah, cikgu!"

"Okey, cikgu nak bagitahu yang hari ni kelas sebelah akan gabung dengan kelas kita." ucap Cikgu Kang. Mingyu mengangkat tangan.

"Kita gabung dengan kelas Once ke, cikgu? Ke kelas Blink?" soalnya.

"Kita gabung dengan kelas Army. Hari ni cikgu diorang pula yang demam."

"Oh."

"Aik, tak sedih ke dengar Cikgu Seo sakit?" tanya Cikgu Kang. Mereka menggeleng, sikit pun tak ambil peduli tentang cikgu lelaki itu.

"Ting tong! Kami datang nak beraya!" Semua mata teralih ke arah sekumpulan kanak-kanak yang berdiri di luar kelas.

"Raya dah habis, shuh shuh pergi dari sini." halau Woozi dengan tangannya yang seperti menghalau kucing. Ketujuh-tujuh murid itu menatapnya dengan datar.

"Woozi, tak baik buat macam tu. Kamu semua masuk, duduk je kat mana-mana meja yang kamu nak. Masing-masing bawa kerusi, kan?" Mereka mengangguk sebelum masuk dan duduk di tempat yang mereka pilih.

"Kamu semua pula jangan tunjuk perangai hahanat kamu tu, okey. Jaga sikit air muka cikgu. Kalau tak, cikgu tak nak ngaku kamu murid cikgu." ujar Cikgu Kang pada anak muridnya dan dibalas dengan anggukan.

"Hai!" sapa Seokjin dengan mesra. Dia dan Suga pilih untuk duduk di meja warna merah jambu. Seungcheol, Jeonghan dan Joshua memandang mereka dengan senyuman lebar.

"Hai!" balas mereka bertiga serentak.

"Nama kita Seokjin, dia pula Suga."

"Kita Seungcheol."

"Kita Hannie."

"Kita Joshuuuaa."

Namjoon dan Hoseok duduk di meja berwarna merah yang dihuni oleh Jun, Wonwoo dan Mingyu. Manakala Jimin dan Taehyung memilih untuk duduk di meja jingga ditemani Hoshi, Woozi dan Dino.

Akhir sekali, Jungkook duduk bersama-sama Seokmin, Vernon dan Seungkwan di meja biru.

"Okey, jom kita belajar!" ujar Cikgu Kang, bersemangat.

"Jom!"

Tadika Mesra SebongsWhere stories live. Discover now