Hari bertemu pelanggan pt.2

2.1K 307 136
                                    

Peluh di dahi Puan Jeon berlumba-lumba keluar.

"Tahniah, puan. Wonwoo dapat nombor satu dalam keー"

"ANDWAE!!!" jerit Puan Jeon, kepalanya dibaringkan di atas meja sambil menggelengkan kepala berkali-kali. Cikgu Kang kebingungan, dia menoleh ke arah Wonwoo yang sedang tersenyum senget.

"Wonu dapat nombor satu jadi mama kena bagi Wonu meow lagi! Kali ni mama tak boleh nak bantah lagi HAHAHA!" ujar Wonwoo, dia sudah memenuhi syarat Puan Jeon untuk membenarkan Wonwoo membela seekor lagi anak kucing di rumah.

Puan Jeon menatap Cikgu Kang dengan tatapan putus asa. Rumahnya sudah penuh dengan kucing kerana obsesi si anak terhadap haiwan comel itu.

"Tolong katakan padaku yang ini hanyalah mainan mimpi." pintanya, Cikgu Kang memegang tangan Puan Jeon dan menggelengkan kepala. Wanita itu harus menerima hakikat.

"Maafkan saya tapi ini bukan mainan mimpi. Saya berharap puan dapat bertabah."

"Huhuhu..."

Cikgu Kang meneruskan laporannya mengenai prestasi Wonwoo. Selepas beberapa minit, dua beranak itu bangkit dan pulang ke rumah. Puan Jeon kelihatan sedih, dia masih tak boleh menerima kenyataan.

"N-Nombor 7?" Cikgu Kang mengangguk. Puan Wen memegang bahu anaknya.

"Macam mana Junnie boleh dapat nombor tujuh? Kan mama kata kena dapat nombor lapan! Baru ong ma!" katanya dalam bahasa Mandarin.

"Setiap kali Junnie ada exam mama mesti suruh Junnie dapat nombor lapan! Bosan tahu! Junnie pun nak dapat nombor lain juga!" protes Jun sambil memeluk tubuh. Cikgu Kang mengebilkan mata. Dia tidak faham bahasa yang dituturkan oleh mereka berdua.

"Er, tak nak translate ke apa korang cakap? Nak tahu juga." tanya Cikgu Kang.

"Mama kita ni ha selalu nak kita dapat nombor lapan. Kita bosan tahu!" ujar Jun.

"Tapi... kenapa?"

"Nombor lapan itu banyak ong ma!" jawab Puan Wen. Cikgu Kang menggaru kepala.

Aneh... Aneh...

"Apa nak jadi kamu ni, Chi? Sebelum exam lagi mama dah pesan banyakkan baca buku, bukan buku yang baca kamu. Kan dah dapat nombor dua belas." bebel Puan Kwon. Soonyoung memuncungkan bibir. Malu dia dileteri di hadapan Cikgu Kang dan kawan-kawannya.

"Puan kalau nak tahu dia ni dalam kelas asyik bergay je dengan Woozi. Orang kalau belajar pandang whiteboard tapi dia pandang Woozi je." ujar Cikgu Kang, sengaja memanaskan suasana.

"Ya Tuhan, kamu ni ikut perangai siapa ni Chi? Kecil-kecil lagi dah pandai berpelangi ni?" tanya Puan Kwon. Anaknya baru hidup enam tahun tapi dah pandai jadi pelangi.

"Janganlah salahkan Ochi! Uji tu yang cute sangat!" marah Hoshi. Puan Kwon mengeluh sebelum bersuara lagi.

"Kalau final exam ni Ochi dapat nombor dua belas lagi mama pindahkan kamu ke Jepun. Ochi duduklah dengan nenek kat sana. Biar tak dapat jumpa Woozi lagi sampai bila-bila."

Tadika Mesra SebongsUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum