Pertandingan memasak pt.3

2K 273 117
                                    

Lawo en cover baru book ni, dia hyungguuuuu yang buatkan hehew thanks wakkk ahahakas.

Kalau ada dialog bahasa Inggeris yang salah jangan malu-malu nak betulkan okey. ^^

Kelima-lima juri itu merasa hidangan daripada kelas Blink. Cikgu Ahn dan Blackpink mengetap bibir, berpeluh telapak tangan mereka kerana gementar.

"Spagheti ni agak keras. Mungkin cikgu atau anak murid cikgu rebus spagheti ni terlalu singkat. Saya lebih gemar spagheti yang al dente." komen Chef Han. Cikgu Ahn dan Blackpink mengangguk kecil. Itu silap mereka dan mereka mengakuinya.

"Masinnya kuah dia." kritik Chef Yang. Wajahnya tampak bengis, jelas sekali dia tidak menyukai hidangan tersebut.

"Kau nak buat spagheti carbonara ke spagheti ikan masin? Rasa macam air laut! Boleh melambung naik darah tinggi orang kalau makan hidangan ni!" semburnya lagi.

"M-Maafkan kami, chef." ucap Cikgu Ahn.

"Ni daging ni." Chef itu menunjukkan bahagian steak yang masih berdarah.

"Mentah! Kau fikir aku binatang ke nak makan mentah macam ni? Luar dahlah hangus! Dalam mentah! Macam ni kau nak hidang kat orang?" Cikgu Ahn mengetap gigi, mulutnya sudah gatal ingin membalas hinaan chef itu namun ditahan. Dia seorang cikgu dan di sini ada anak muridnya.

"It's okay, lepas ni perbaiki semula kekurangan kamu. Saya hargai usaha kamu semua. Syabas." ujar Chef Bang sambil tersenyum, Cikgu Ahn menghela nafas dan membalas senyuman itu. Syukurlah Chef Bang mampu meredakan rasa sakit hatinya.

Selepas hidangan kelas Blink, sekarang kelas hidangan Once pula yang dinilai.

"Apa yang kamu masak ni?" Chef Lee menutup hidung menggunakan sapu tangan. Bau durian yang ada di dalam tempoyak hampir membuatnya termuntah.

"Ikan patin masak tempoyak, ni resepi nenek saya dari Malaysia. Maaf, memang berbau sikit sebab ada letak durian dalam hidangan ni." jelas Cikgu Kim, dalam hati dia sudah memaki hamun chef tua itu. Nama je chef tapi tak tahan bau durian! Heh, dasar lemah!

Kelima-lima juri itu saling berpandangan. Tiada seorang pun daripada mereka pernah merasai hidangan tempoyak.

"Alright, mari kita rasa." Chef Park mengambil sesudu ikan patin itu dan disuapkan ke dalam mulut. Dahinya sempat berkerut-kerut sebelum kedua-dua keningnya terangkat tinggi. Dia mengelap mulut dengan tisu lalu memberi komen.

"Unik, mula-mula rasa memang pelik sikit mungkin sebab saya tak pernah makan tempoyak. Tapi lepas berapa minit, saya boleh rasa lemak-lemak dari durian tu."

"Sedap kan, chef? Kita pun suka makan tempoyak ikan patin Cikgu Kim!" sampuk Dahyun, Cikgu Kim cepat-cepat menutup mulut anak muridnya. Takut andainya juri itu akan marah kerana komennya dipotong seseorang.

"Ya, betul kata awak. Sedap. Saya suka." balas Chef Park. Twice berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum lebar. Mereka senang menerima pujian.

"Macam mana dengan Chef Bang?" tanya Mingming, dia perasan wajah juri itu sedikit berkerut.

"Ya... Saya akui hidangan ni unik. Hidangan di setiap negara memiliki keistimewaan masing-masing, tapi maaf, saya rasa hidangan ni bukan untuk saya. But still, you guys did a really great job." komen Chef Bang.

Tadika Mesra SebongsWhere stories live. Discover now