Main teka-teki

2.6K 338 131
                                    

"Hari ni kita main teka teki, nak tak?" Seventeen tersenyum lebar apabila guru mereka mengajar mereka bermain.

Main teka teki bersamaan tak perlu belajar!

"NAK!" jerit mereka penuh semangat. Cikgu Kang tersenyum, sudah menjangkakan jawapan murid-muridnya yang pemalas ini.

"Okey, peraturannya macam ni. Cikgu akan bahagikan kamu semua jadi dua kumpulan, salah seorang akan ambil satu kertas dari cikgu dan kena bagi hints ahli kumpulan dia teka apa yang cikgu tulis kat kertas tu dengan betul. Cikgu bagi contoh." Cikgu Kang memanggil Seokmin untuk mendekat.

Cikgu Kang berjalan itik, membuat semua kebingungan.

"Apa cikgu buat ni?" tanya Seokmin.

"Ish, kamu tekalah haiwan apa cikgu tengah buat ni." arah Cikgu Kang, dia sedikit malu kerana terpaksa berjalan itik di hadapan Seventeen.

"Erm, harimau?"

Cikgu Kang meraup muka, bila masa pula harimau jalan macam itik?!

"Salah!"

Buk

Cikgu Kang memukul perlahan bahu Seokmin menggunakan tukul mainan.

"Siapa yang salah teka dia kena hukuman dan kumpulan lain boleh curi peluang untuk jawab. Siapa yang jawab betul akan dapat satu markah. Faham?"

"Ihh, cikgu ni. Cikgu tak cakap pun nanti kena hukuman." rungut Seokmin.

"Ni cikgu cakaplah ni, kamu semua faham kan?"

Seventeen mengangguk.

"Baik, kita mulakan sekarang!"

...

Kumpulan pertama dan kumpulan kedua fokus memerhatikan gerak geri Seungkwan. Kanak-kanak itu baring di lantai dan membalikkan badannya ke kiri dan ke kanan berulang kali.

Kumpulan kedua yang perlu menjawab itu kebingungan, mereka tidak dapat menangkap haiwan apa yang sedang dilakonkan oleh Seungkwan.

"Awak cepatlah! Takkan ni pun tak tahu?" desak Seungkwan.

"Ingat, ada sepuluh saat je sebelum giliran kumpulan lain jawab." pesan Cikgu Kang. Kumpulan kedua sedikit gelisah. Tiba-tiba Mingyu mengangkat tangan.

"Err err, beruk!"

"IHH, MANA ADA BERUK MACAM NI!" marah Seungkwan.

Buk

Cikgu Kang memukul perlahan bahu Mingyu. Kumpulan pertama mendapat peluang untuk merebut jawapan.

"Gorila!" jawab Seokmin dan sekali lagi Seungkwan berteriak murka. Jawapan daripada kedua-dua kumpulan salah.

Buk

"HABIS TU HAIWAN APA?!" tanya Mingyu, berang.

"IKAN LAH! IHH, TU PUN TAK TAHU!"

Rahang Seventeen kecuali Seungkwan jatuh ke bawah, termasuklah guru kelas mereka sekali. Rupa-rupanya Seungkwan berlakon seperti ikan yang terkapai-kapai di daratan.

"Seriuslah? Cikgu fikir kamu berlakon jadi orang hutan tahu tadi." soal Cikgu Kang.

"Awak ni tak pandai berlakon lah, Kwannie!" marah Jeonghan.

"Tak apa, sekurang-kurangnya kita dah ada sembilan markah. Kumpulan diorang baru tujuh." ujar Hoshi membuat kumpulan kedua merasa tercabar.

"Ihh, jangan nak berlagak lah!" marah Minghao. Hoshi menjelirkan lidah.

Tadika Mesra SebongsWhere stories live. Discover now