Hari kantin

2K 292 73
                                    

"Marilah beli air yang Ochi jual, sedap tahu. Ochi buat dengan penuh kasih sayang." Hoshi mempromosikan air jualan kelas Carat. Dia berjalan di laluan utama sambil membawa bekas kecil yang berisi air jualannya.

"Meh beli air teh tarik ketagih Jiho nsem meh! Murah! Murah! Murah!" Kanak-kanak itu menjeling Cikgu Seo yang mempromosikan jualan kelas Army dengan lebih lantang.

"Ihh, Cikgu Seo! Janganlah! Sibuklah cikgu ni!" marah Hoshi.

"Helemek, air dia yang tak laku salahkan kita pula." sindir Cikgu Seo. Hoshi menolak Cikgu Seo supaya pergi dari situ.

"Oi oi, pehal tolak aku ni?"

"Ni tempat Ochi! Cikgu Seo carilah tempat lain!"

Muka Cikgu Seo menjadi datar.

"Bertuah punya hamster, engkau yang menjaja air kau depan kedai aku pastu kau nak halau aku pula."

"Cikgu Ahn, belilah kentang dengan nugget ni. Penat tahu Hannie goreng." Jeonghan cuba memujuk Cikgu Ahn untuk membeli makanan dari kelasnya.

"Iya ke Hannie yang goreng ni?" soal Cikgu Ahn. Cuba menguji kejujuran Jeonghan.

"Hehe taklah, Cikgu Kang yang goreng. Kita tolong jual je." jawab Jeonghan sambil tersengih-sengih. Kalau dialah yang menggoreng, semua pasti akan jadi hitam rentung. Proses menggoreng diuruskan Cikgu Kang sementara Mingyu dan Jun bantu meletakkan sos dan mayonis di atas kentang dan nugget.

"Nantilah cikgu beli. Cikgu nak pergi sana kejap." ujar Cikgu Ahn. Jeonghan pantas memegang lengan guru wanita itu.

"Awak, sekarang!" jerit Jeonghan. Cikgu Ahn mengerutkan dahi apabila Woozi, Minghao dan Dino mulai mendekatinya. Mereka bertiga membuat muka seposen sambil memeluk paha Cikgu Ahn.

"Cikgu Ahn, belilah sesuatu dari gerai kita..." pujuk Dino.

"Cikgu... cikgu tak kesian ke kat kita? Penat tahu kita berdiri dari tadi sebab nak jual kentang dan nugget ni." pujuk Minghao, bibirnya dicebik untuk meluluhkan hati Cikgu Ahn.

"Ckgu Ahn, belilah... Belilah..." pujuk Woozi pula. Cikgu Ahn mengetap gigi.

Tak guna! Kelas Carat menggunakan taktik kotor!

"ISH, YA LAH! AKU BELI! BAGI AKU NUGGET DENGAN KENTANG TU! NAH, AMBIL LAH DUIT AKU!"

"Hehehe, rancangan kita berjaya." bisik Cikgu Kang. Jun dan Mingyu menyeringai. Cikgu Ahn adalah mangsa yang kesembilan.

Terima kasih pada Woozi, Minghao dan Dino yang sangat pintar membujuk pelanggan.

...

"Taehyungie, kelas awak jual apa?" tanya Joshua pada Taehyung, kembar tidak seiras dan sekeluarganya itu.

"Kita jual ayam popcorn dengan air teh tarik. Shua nak beli?"

"Tak nak, Cikgu Kang tak bagi beli. Dia tak nak kelas Cikgu Seo dapat untung banyak." ujar Joshua. Bibir Taehyung muncung ke depan, sedih kerana kembarnya sendiri tidak ingin membeli jualan kelas Army.

"Shua..." Seokmin menarik-narik perlahan lengan baju Joshua. Matanya dari tadi memerhatikan ayam popcorn jualan kelas Army itu. Terlihat sedap dan mengiurkan.

Tadika Mesra SebongsWhere stories live. Discover now