Selamat tinggal

2.9K 320 346
                                    

Di halaman rumah Cikgu Kang, tiga belas orang kanak-kanak sedang berbual rancak tentang percutian mereka di pantai Naksan. Beg-beg sudah tersusun rapi menunggu ketibaan mini bus yang bakal membawa mereka ke destinasi tersebut.

"Yeay, kita pergi bercuti dengan Cikgu Kang!" ujar Seokmin, gembira.

"Yeay yeay!" sorak Mingyu dan Minghao. Mereka bertiga melompat-lompat kerana terlalu teruja. Cikgu Kang tergelak kecil, dia sedikit terhibur melihat karenah anak muridnya, tidak sia-sia dia melaburkan sedikit wang untuk pergi bercuti bersama Seventeen. Senyuman lebar di wajah anak-anak muridnya lebih bernilai daripada wang ringgit.

"Siyeon-ah." panggil Cikgu Seo sembari menepuk bahu Cikgu Kang, membuat wanita itu itu tersentak dan lantas menoleh ke kanan.

"Hati-hati tahu. Jaga diri kat sana." pesanan itu disertai dengan seulas senyuman. Secara tidak sedar sudut bibir Cikgu Kang ikut ternaik membentuk senyuman, pipi sang kekasih dicubit manja.

"Jangan risau, pandai-pandailah aku jaga diri aku dengan Seventeen nanti." ujar Cikgu Kang, bibir Cikgu muncung beberapa cm ke hadapan.

"Seventeen aku tak kisah pun fasal diaorang. Aku kisahkan kau je."

"Eie, jahatlah!"

Cikgu Kang melepaskan pipi Cikgu Seo dan memukul bahunya. Cikgu Seo ketawa sebelum dia meraih tangan wanita itu.

"Cuma dua hari satu malam je, kan?"

"Iya, encik Seo yang terhormat. Nak ulang berapa kali ni? Dari semalam asyik tanya benda sama." perli Cikgu Kang. Dia bercekak sebelah pinggang sambil dibuat-buat ekspresi yang sedang marah. Tak penat ke asyik tanya soalan yang sama?

"Alah, aku tanya je... Takut aku tak mampu bertahan hidup kalau kau tak ada di sisi aku."

Cikgu Kang memutarkan bola matanya.

"Cheesy."

"But you like it, right?" tanya Cikgu Seo, kening dijungkit beberapa kali. Cikgu Kang merengus namun dia tidak menafikannya. Kelakuan manis Cikgu Seo membuat seringkali jantungnya berdegup tak keruan.

"Ihhh! Cikgu Seo, jangan dekat-dekat dengan cikgu kita!" marah Mingyu. Dia menarik Cikgu Kang menjauhi Cikgu Seo.

"Cikgu kau tu awek aku. Suka hati akulah nak dekat-dekat dengan dia." balas Cikgu Seo, tidak mahu mengalah. Wajah garang Mingyu sedikit pun tidak terlihat menakutkan.

"Tak boleh! Tak boleh! Hari ni Cikgu Kang awek Gyugyu!" Mingyu memeluk Cikgu Kang dengan erat, Cikgu Seo pula direnung dengan tajam.

"Cikgu kau tu tak nak lah budak hancing macam kau ni!"

"Ish, Gyu wangilah!"

"Cikgu, bas dah sampai!" jerit Dino, sebuah mini bus memasuki perkarangan rumah Cikgu Kang. Seventeen semakin teruja, semua sudah tidak sabar ingin memulakan percutian mereka.

"Seventeen, kamu masuk dalam bas tu dulu ya." arah Cikgu Kang.

"Baik, cikgu!" Mereka mengambil beg mereka dan berlari ke arah bas. Pemandu bas keluar dan membantu mereka memasukkan beg-beg tersebut ke tempat penyimpanan barang.

Tadika Mesra SebongsWhere stories live. Discover now