Merentas desa

2.7K 323 123
                                    

"Tarik... Lepas... Tarik... Lama sikit... Lama lagi... Tahan lagi... Lepas!"

"HAHH!"

"Ihh, kenapa akhir sekali kena tarik lama-lama?" rungut Seungkwan. Dadanya terasa sempit kerana Cikgu Kim terlalu lama menyuruh mereka menahan nafas.

Dia menoleh ke arah Vernon yang berdiri kaku. Mukanya nampak tegang.

"NONNIE, HEMBUS NAFASLAH! AWAK NAK MATI KE?!"

"Uji." Hoshi menghampiri Woozi ketika kanak-kanak itu sedang membetulkan kasut.

"Apa?" sahut Woozi.

"Nanti lari dengan kita tahu."

"Tak nak."

"Ihh, awak selalu reject kita!" marah Hoshi. Woozi hanya diam, tak kuasa dia nak melayan Hoshi. Seokmin menghampiri mereka dengan senyuman secerah matahari.

"Woozi, jom lari sama-sama dengan kita." Hoshi ternganga tidak percaya apabila Woozi menganggukkan kepala, menerima ajakan Seokmin.

"UJI, KITA AJAK AWAK LARI SAMA-SAMA DULU TAPI KENAPA AWAK TAK NAK?!"

"Awak ni bisinglah, Chi." ujar Woozi, dia menarik tangan Seokmin dan pergi dari situ. Hoshi jatuh melutut. Meratapi nasibnya yang malang.

"Ochi... Ochi... Kenapa sedih sangat hidup kamu ni, nak?" gumam Cikgu Kang. Dari dulu Hoshi tidak pernah mengalah untuk mendekati Woozi walaupun selalu ditolak. Sayangnya perjuangan Hoshi tidak dihargai oleh kanak-kanak bermarga Lee itu.

Di depan khalayak ramai, Woozi lebih memilih Seokmin berbanding dirinya.

...

"Hah hah... Penatlah." Jeonghan membongkok sambil memegang kepala lutut, peluh yang merembes keluar dilap dengan kasar. Garisan penamat masih jauh tetapi Jeonghan sudah kepenatan.

"Apalah baru berapa meter dah pancit. Lemah." perli Cikgu Seo. Jeonghan menjeling tajam lelaki itu.

"Hannie pancitkan tayar motor skuter cikgu baru tahu." katanya menahan geram. Guru lelaki itu bukannya ikut berlari tetapi dia menunggang motosikal! Ada hati hendak memerli Jeonghan pula!

"Cikgu ni bukan tak nak join merentas desa, cikgu ni ada semput. Kau kena faham."

"Oh, bila nak mati?"

"Cikgu Kang!" Jeonghan tersenyum lebar talkala Cikgu Kang kini berada di sampingnya. Cikgu Kang memasamkan muka. Kurang asam punya kawan.

"Taik kau, Yeon." Cikgu Seo melajukan motorsikalnya sehingga bertemu Seungcheol yang sedang berjalan bersama Jennie.

"Oi, orang suruh lari bukan dating!" tegur Cikgu Seo.

"Jennie, awak dengar tak ada suara tadi?"

"Tak ada, tu angin je kot."

Sekali lagi muka Cikgu Seo menjadi masam. Pandai pula dua orang kanak-kanak itu berlakon seperti tidak melihat dirinya.

"Cikgu, Jennie nak tumpang boleh?" pinta Jennie.

"Haah, cikgu. Kita dah penatlah." pinta Seungcheol pula. Cikgu Seo tersenyum senget.

"Oh my God, siapa yang cakap tu? Gosh, ada hantu lalu ke tadi?" Cikgu Seo berpura-pura ketakutan sebelum memecut meninggalkan mereka berdua. Seungcheol dan Jennie mendengus.

"Cikgu Seo jahat!"

"Wonu, cepatnya sampai." ujar Jun. Dia baru sahaja habis menyelesaikan lariannya dan melihat Wonwoo sedang asyik bermain ting-ting bersama Jungkook dan Tzuyu.

"Wonu tak cepat. Junnie yang lambat sampai." balas Wonwoo.

"Junnie nak main ting-ting?" tanya Jungkook. Jun mengangguk dan ikut bermain sekali.

"Eum, awak. Awak rasa siapa yang terakhir sampai?"

"Woozi."

"Chimchim."

"Chaeyoungie." Wonwoo, Jungkook dan Tzuyu memberi Jun jawapan yang berbeza.

"Kenapa?" tanya Jun.

"Awak tengoklah kaki diorang, semua kaki pendek-pendek. Kita dah tiga langkah diorang baru selangkah." balas Tzuyu, bersahaja. Harap-harapnya tiga orang kanak-kanak yang disebut itu tidak tersedak ketika sedang berlari.

Tadika Mesra SebongsWhere stories live. Discover now