Escape room

2.1K 304 117
                                    

ー

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Siyeon, kau rasa kita boleh lepas ke?" Cikgu Ahn bertanyakan dengan wajah khuatir. Di hadapan mereka ada sebuah bilik yang dipenuhi dengan teka-teki, atau kebiasaannya dipanggil sebagai escape room.

Syarat permainan cukup mudah, mereka hanya perlu menyelesaikan kesemua teka-teki untuk mendapatkan kunci yang akan membebaskan mereka dari bilik itu. Yang menjadi masalahnya, Cikgu Ahn tidak yakin mereka boleh berjaya memecahkan semua klu. Blackpink dan Seventeen masih kecil, sementara dia dan Cikgu Kang sangat teruk dalam hal seperti ini.

"Boleh, aku power dalam bab-bab macam ni." jawab Cikgu Kang. Cikgu Ahn membuat muka toya. Berlagak betul si pendek ni.

"Terujanya kita!" ujar Jun. Mereka terpesona dengan suasana bilik tidur yang digubah mengikut gaya ala-ala Barat itu. Warna merah tua mendominasi seluruh bilik, hanya lampu kalimantang sahaja yang memberikan sumber cahaya buat mereka. Di situ ada sebuah tingkap namun luarnya disimen.

Klek!

Pintu bilik itu dikunci sebaik sahaja semua melangkah masuk. Sekarang mereka perlu mencari kunci untuk keluar dari situ.

"Okey, kita kena cari kluー Woozi! Jangan tidur!" Arahan Cikgu Kang mendadak terhenti apabila Woozi dengan selambanya baring di atas sofa baldu yang terdapat di dalam bilik itu.

"Ihh, cikgu. Kita baring je lah."

"Takde takde, cikgu tak percaya. Kang kamu buat air liur. Bangun cepat."

Woozi merungut kecil sebelum menuruti arahan daripada gurunya itu. Rosè menarik hujung baju Cikgu Ahn.

"Cikgu Ahn, tengok tu." Dia menunjuk sebuah kotak muzik, ada dua buah figura katak sedang berpusing-pusing diiringi dengan alunan muzik. Cikgu Ahn membelek kotak muzik itu, seperti ada yang hilang.

"Siyeon, tengok ni." Kotak itu bertukar tangan.

"Kena cari sesuatu yang bentuk bulat." ujar Cikgu Kang. Di luar pengetahuan mereka, Jeonghan dan Joshua sudah berhasil membuka pintu bilik air dengan menggunakan kunci yang mereka temui di dalam laci.

"Lambat betul lah cikgu-cikgu tu buat kerja." ujar Jeonghan. Joshua mengangguk-angguk. Setuju dengan apa yang dikatakan oleh sahabatnya.

Penutup mangkuk tandas dibuka, seperti yang dijangkakan, ada sesuatu yang terapung di dalam mangkuk tandas.

"Ew..." Mereka bertukar pandangan, jijik pula hendak mengambil kepala spray yang sudah basah dengan air tandas itu.

Tadika Mesra SebongsWhere stories live. Discover now