El diperebutkan oleh dua orang kanak-kanak

1.9K 229 272
                                    

[ Tajuk tu aku tipu guys 😂 ]

Kalau ada yang tak suka member Twice diperebutkan terlebih lagi orang tu bias korang, korang bayangkan lah tu cuma berebut as kawan atau kau bayangkan Jeongyeon tu kau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kalau ada yang tak suka member Twice diperebutkan terlebih lagi orang tu bias korang, korang bayangkan lah tu cuma berebut as kawan atau kau bayangkan Jeongyeon tu kau.

No hate!

"Okey anak-anak kurang kasih sayang sekalian, main elok-elok kat taman ni kalau tak nak aku tarik telinga korang sampai putus." pesan Cikgu Kim.

"Eleh, Cikgu Kim berani ke?" cabar Jungkook.

"Kookie, jangan cakap macam tu. Dulu telinga Dahyunnie pernah kena tarik, sampai merah telinga dia tahu. Awak jangan main-main dengan Cikgu Kim." bisik Jihyo. Dia tidak mahu kejadian lama berulang lagi.

"Haah, sejak hari tu kita tak nak buat Cikgu Kim marah." ujar Dahyun. Jungkook menelan air liurnya. Tiba-tiba dia rasa seram sejuk dengan guru kelas Once ini, terlebih lagi sekarang Cikgu Kim sedang menyeringai padanya.

"Chaeyoung-ah!" Rosè dan Chaeyoung serentak memandang Seungcheol.

"Awak panggil siapa?" tanya Rosé.

"Chaeyoung." jawab Seungcheol.

"Yalah, Chaeyoung yang mana?" tanya Rosé dan Chaeyoung. Dahi Seungcheol berkerut. Rasanya dia hanya memanggil satu nama, bukan dua.

"Ucheol tak tahu nama awak Chaeyoung, Rosé." ujar Namjoon.

"Nama awak pun Chaeyoung ke?" tanya Seungcheol. Sebelum ini dia tidak tahu Rosé mempunyai nama lain.

"Haah, tu nama Korean kita. Roseanne nama Inggeris kita."

"Oh, macam tu..." Seungcheol terangguk-angguk.

"Awak nak apa panggil kita tadi?" tanya Chaeyoung pula.

"Awak nak main buaian dengan kita tak? Joonie dengan Rosé pun nak main sekali?" ajak Seungcheol. Empat buaian yang kosong itu ditunjuk, Namjoon, Rosé dan Chaeyoung mengangguk laju.

"Nak!"

"Oyon, jom main masak-masak!" ajak Dino. Jeongyeon yang tadinya sedang memperhatikan seekor siput di atas lantai langsung mengalihkan pandangannya ke arah Dino.

"Oyon, jom main lari-lari dengan Chimchim!" Jimin muncul, dia memegang lengan Jeongyeon agar kanak-kanak perempuan itu tidak pergi ke Dino.

"Ihh, awak! Kita yang ajak dia main masak-masak dulu! Awak pergilah main dengan Suga!" marah Dino. Sibuk je Jimin hendak bermain dengan Jeongyeon juga. Sebelum ni elok je dia bermain dengan yang lain.

Tadika Mesra SebongsWhere stories live. Discover now