Pertandingan memasak

2.1K 272 109
                                    

ー

Ουπς! Αυτή η εικόνα δεν ακολουθεί τους κανόνες περιεχομένου. Για να συνεχίσεις με την δημοσίευση, παρακαλώ αφαίρεσε την ή ανέβασε διαφορετική εικόνα.

"Mingyu, jangan dimakan pisang tu! Ya Tuhan, kan cikgu dah bagitahu kamu yang pisang tu cikgu nak guna dalam pertandingan nanti!" Cikgu Kang bercekak pinggang melihat pisang yang ia bawa hampir habis dibedal Mingyu. Bertuah betul, dah dipesan berkali-kali tetapi tetap tak nak dengar kata.

"Alah, cikgu guna je lah pisang lain. Kita dah termakan pisang ni." ujar Mingyu, santai.

"Ewah ewah, sedap mulut kau cakap macam tu. Nak Cikgu Kang ganti pakai pisang kau?" sampuk Samuel, dia menjeling adiknya dengan tajam. Pantang betul Mingyu kalau nampak makanan.

"Jangan guna pisang Gyugyu! No, tak bolehhh!!!" jerit Mingyu sebelum melarikan diri, Samuel mengeluh kecil. Wajah guru kelas Mingyu dipandang.

"Maaf, cikgu. Budak tu memang tak boleh nampak makanan. Habis semua nak dimakan."

"It's okay, mana kawan-kawan kamu yang lain? Belum sampai lagi?" soal Cikgu Kang, menanyakan keberadaan tiga orang sahabat Samuel. Kehadiran mereka pada hari ini sangat penting.

"Katanya tengah on the way, tapi saya rasa diorang tengah tunggu Dongjin bersiap kat rumah dia. Maklumlah mak nyah tu kalau bersiap mengalahkan perempuan. Nak tepek itu ini kat muka dulu."

"Oh, kamuー"

"Pengumuman kepada semua peserta, sila bersedia di tempat masing-masing kerana pertandingan akan dimulakan sebentar lagi. Dan ehem, kau yang keding macam papan tu jangan cuba nak dekat-dekat dengan Siyeon. Dia aku punya!"

Samuel berdecit melihat renungan tajam Cikgu Seo dari atas pentas. Itu pun nak cemburu.

"Aku bual sekejap je kot dengan dia. Tu pun nak cemburu. Dasar orang tua kuno." rungut Samuel membuat Cikgu Kang ketawa kecil.

"Dia tu memang pantang kalau tengok aku bual dengan orang hensem." bisik Cikgu Kang. Kening Samuel terjungkit, seulas senyuman senget terukir di wajah.

"Hensem? Saya hensem ke?"

"Haah."

"Peringatan terakhir, kau jangan dekat-dekat dengan awek aku! KANG SIYEON, JAUHKAN DIRI DARI SI KEDING TU! KALAU TAK AKU MERAJUK!"

...

"Cikgu, menu apa kita nak buat hari ni?" Dino menanyakan soalan, bahan-bahan masakan yang tersedia di meja ditatap dengan minat. Dino tidak sabar hendak mula memasak.

Tadika Mesra SebongsΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα