Bila Seventeen masuk rumah hantu

2.2K 321 133
                                    

"CIKGU, TAK NAK MASUK!"

"CIKGU, TAKUT!"

"CIKGU! KITA TAK NAK LAH!"

"CIKー"

"DEI TAMBI! Tadi sebelum masuk sini, kamu semua bukan kemain nak ajak cikgu masuk rumah hantu! Sekarang kenapa semua tak nak masuk pula ni?" bebel Cikgu Kang sambil bercekak pinggang. Seventeen memuncungkan bibir.

"Takut..." ujar Seventeen.

"Hek eleh, harap je ada bebird tapi nak masuk rumah hantu pun kecut." Cikgu Seo memutarkan bola matanya. Disebabkan Seventeen yang cemburu melihat guru kesayangan mereka lebih sering menghabiskan masa dengannya sekarang, mereka tekad ingin ikut dia dan kekasihnya berdating di funfair.

Secara tak sedar, acara dating itu berubah menjadi lawatan sambil belajar.

"Eleh, Cikgu Seo tak sedar diri. Tengoklah nanti bila dah masuk, cikgu orang pertama yang pengsan." ujar Woozi, geram. Cikgu Seo berdecit. Berlagak berani pula budak kecil ni.

"Jom kita bet, siapa kencing dalam seluar kena belanja KFC!" cabar Cikgu Seo.

"Okey, kita bet!" sahut Woozi, tak ingin kalah. Cikgu Kang hanya mampu menggelengkan kepala. Sudah malas dia hendak menegah, bukannya mereka dengar pun.

"C-Cikgu, Omin tak nak masuk..." rengek Seokmin, walaupun waktu baru menunjukkan pukul empat petang namun Seokmin tidak berani menjejakkan kaki ke dalam rumah hantu.

"Gediklah awak ni, Omin. Dalam tu bukan hantu betul pun." perli Dino, Seokmin mencebik. Nak buat macam mana? Memang dari dulu Seokmin takutkan hantu. Bukan macam Dino yang terlalu obses dengan hantu.

"Seokmin jalan dengan cikgu je, okey? Kalau takut peluk je cikgu." ujar Cikgu Kang, Seokmin mengangguk lalu dia memeluk paha cikgunya dengan erat.

"H-Hannie, nanti awak jalan dengan kita tahu." bisik Seungcheol. Jeonghan memandang Seungcheol yang tampak ketakutan itu.

"Awak takut ke?" tanya Jeonghan. Seungcheol mengangguk kecil. Tiba-tiba Joshua menggenggam tangan kanan Seungcheol.

"Jangan risau, nanti Shua dengan Hannie jalan sama-sama dengan Ucheol." ujar Joshua.

"Haah, betul tu." Jeonghan bersetuju, membuat Seungcheol tersenyum kerana terharu.

"Terima kasih, awak."

"Kwannie, nanti jangan kencing dalam seluar. Nanti Kwannie busuk." pesan Vernon. Seungkwan mendengus kesal.

"Awak pun sama juga. Entah-entah nanti awak terberak terus sebab takut!" balasnya.

"Kita tak penakut macam awak."

"Jangan nak menipu!"

...

"EOMMA!" Jeritan Seokmin sudah kedengaran padahal mereka baru berapa langkah memasuki rumah hantu. Suasana di situ gelap, banyak patung menyeramkan diletakkan di setiap penjuru. Bunyi wanita mengilai kadangkala akan kedengaran.

"Shh, Omin tak ada apa-apalah. Semua hantu dalam ni semua tak real. Diorang manusia dengan patung je." bisik Cikgu Kang, berusaha menenangkan Seokmin.

Tadika Mesra SebongsWhere stories live. Discover now