Kantoi

2.3K 322 200
                                    

Cikgu Seo melangkah masuk ke dalam kelas Army. Dari tadi dia tidak  berhenti-henti berdoa dalam hati, semoga anak muridnya hari ini tidak membuat masalah. Penat Cikgu Seo mahu menghadap masalah yang dibuat mereka setiap hari.

"Selamat pagi, Cikgu Seo." ucap Namjoon selaku ketua kelas. Kawannya yang lain ikut memberi ucapan selamat pagi kepada Cikgu Seo.

"Selamat pagi. Korang boleh duduk."

"Terima kasih, cikー"

BLAM!

"MANA HOMEWORK AKU BAGI SEMALAM?!" tanya Cikgu Seo selepas menghempaskan tangan di meja secara mengejut.

"Ihh, kenapa cikgu tiba-tiba hempas meja?! Terperanjat kita!" marah Seokjin. Cikgu Seo tersengih.

"Alah, aku saja je nak bagi suspen sikit. Cepat, mana kerja rumah aku bagi semalam? Jangan cakap, "Cikgu, titew tertinggal buku lah.", "Cikgu Seo, buku titew kucing curilah." Aku muak, okey. Aku dah lali dengan alasan korang tu. "

"Nah." Namjoon menyerahkan buku latihan Bahasa Inggeris kepada Cikgu Seo.

"Bagus, Namjoon. Yang lain?"

"Err tu err..."

Enam orang muridnya menggaru kepala.

"Apa err err? Mana?" tanya Cikgu Seo.

"Kitaorang bawa, cikgu. Cuma tulah err cuma tulah alah cuma tu lah..." ujar Jungkook tidak jelas. Mata Cikgu Seo menyipit.

"Korang tak siap?"

Bangtan mengangguk.

"Sebab tak tahu macam mana nak jawab?"

Angguk lagi.

"Lepas tu setan bisik suruh tengok kartun sampai malam?"

Sampai ke soalan ketiga pun, Bangtan menganggukkan kepala. Cikgu Seo meraup muka. Baru saja tadi dia berdoa supaya Bangtan tidak buat masalah. Nampaknya Tuhan memang suka menguji kesabaran Cikgu Seo.

"Kenapalah aku dapat murid hanat macam korang ni? Apa salah insan sebaik aku sampai kena ujian seberat ni?"

"Eleh, murid kelas kau tu cuma ada tujuh je. Nak acah-acah tersakiti pula. Aku ni hah, terpaksa hadap tiga belas ketul tu setiap hari. Okey je." sampuk Cikgu Kang yang sedang bersandar di dinding kelas. Cikgu Seo berdecit.

"Anak murid kau tak hanat bolehlah cerita."

Cikgu Kang memutarkan bola mata. Tak hanat dia kata? Seventeen tu luar je nampak baik tapi dalam penuh dengan kehanatan yang tiada tandingan. Terlebih lagi trio BooSeokSoon yang membuat Cikgu Kang sakit kepala setiap hari kerana kelakuan mereka yang hyperactive dan loud itu.

"Hai, Cikgu Kang." sapa Jungkook. Baru pertama kali Cikgu Kang berada di kelas mereka. Selalunya guru mereka yang akan ke kelas Carat. Hari ini terbalik pula.

"Hai, Jungkookie. Best tak belajar dengan Cikgu Seo?" tanya Cikgu Kang. Jungkook menggeleng.

"Tak, Cikgu Seo tak best. Dia kuno."

Tadika Mesra SebongsWhere stories live. Discover now