Exam

2.3K 308 302
                                    

Tertanya-tanya bagaimana keadaan Seventeen ketika menjalani peperiksaan?

"Cikgu, kenapa mesti kena ada periksa? Kita baru enam tahun." soal Seokmin ketika Cikgu Kang meletakkan sehelai kertas ujian Bahasa Inggeris di atas mejanya.

"Omin, periksa ni ada sebab cikgu nak tahu kamu faham ke tak apa yang cikgu ajar kamu selama ni. Jangan risau, tak susah pun soalan tu." jawab Cikgu Kang. Seokmin merungut perlahan namun ia tidak bertanya apa-apa lagi.

Peperiksaan bermula.

Mata Mingyu terkebil-kebil melihat sebuah gambar rajah itu. Arahannya adalah menuliskan jawapan yang betul untuk gambar yang diberi. Pilihan jawapan tersedia di situ. Hanya tinggal pilih dan tulis di ruang jawapan.

"Ni apa eh?" gumam Mingyu. Dia mengerling Hoshi yang turut tampak kebingungan seperti dirinya.

"Pstt, Ochi!" bisik Mingyu. Hoshi menoleh ke kanan.

"Ya?"

"Ni apa?"

"Tu gambar kacang."

"Tu kita tahulah, apa jawapannya?" tanya Mingyu. Kalau jawapannya ditulis dalam bahasa Korea, Mingyu tidak akan meminta jawapan daripada orang lain.

"Tak tahu. Kita tulis ball." ujar Hoshi.

"Oh, okey okey. Kita pun nak tulis ball lah." Mingyu mencapai pensel lalu menulis jawapan sama dengan jawapan Hoshi. Cikgu Kang tersenyum kelat. Tak sedarkah mereka yang meja mereka betul-betul berada di hadapan Cikgu Kang?

Dahlah bisik serupa bercakap, haih anak... anak..., ujar Cikgu Kang di dalam hati.

"Cikgu, apa maksud linocos?" tanya Minghao, Cikgu Kang meraup muka. Mereka lupa ke yang ini adalah peperiksaan?

"Linocos?" ulang Vernon dengan dahi berkerut.

"Haah, linocos" sahut Minghao. Dia mengangkat kertas periksanya dan menunjuk perkataan itu kepada Vernon.

"Oh... Rhinoceros lah, Haohao. Bukan linocos. Rhinoceros tu badak sumbu." ujar Vernon tanpa sedar sudah memberi jawapan yang betul.

"Kamu semua, jangan bercakap. Ni periksa bukan pasar malam." arah Cikgu Kang, Seventeen cuma mengangguk. Suasana menjadi sepi.

Wonwoo melihat soalan yang memiliki empat pilihan jawapan.

Who is the most handsome guy in this school?

A) Cikgu Seo
B) Seo Jiho
C) Cikgu Jiho
D) Sir Jiho

"E. Jeon Wonwoo." Wonwoo menulis jawapan di bawah jawapan D. Cikgu Kang yang kebetulan berada di belakang Wonwoo mengetap gigi, hatinya memanas. Dia tidak sangka Cikgu Seo akan membuat soalan yang mengarut.

Dasar bahenol punya Jiho!, marahnya di dalam hati.

...

Selesai menjawab kertas periksa Bahasa Inggeris, mereka lanjut menjawab kertas periksa matematik pula. Seungcheol menghampiri Cikgu Kang sebaik sahaja guru itu duduk di kerusinya.

Tadika Mesra SebongsWhere stories live. Discover now