Jalan-jalan di hari minggu

2.7K 316 85
                                    

"Tak apa ke kalau kita tak bagitahu Cikgu Kang fasal ni?" tanya Seungcheol, ragu-ragu.

"Tak apa, rahsia ni biar kita je tahu." ujar Hoshi. Seungcheol mengemam bibir dan akhirnya mengangguk kecil. Menyetujui kesepakatan yang telah dibuat.

"Awak bincang fasal apa?" soal Woozi, matanya terlihat kuyu kerana baru terbangun dari tidur.

"Uji ni kan, masa kita tengah berbincang awak tidur dengan Hannie. Kan dah kena jelaskan balik." rungut Dino. Jeonghan yang juga baru terbangun itu hanya terkebil-kebil tatkala Seventeen sedang melihat dirinya.

"Kenapa pandang kita?" tanya Jeonghan.

"Awak berdua tak dengar ke apa yang kita bincangkan tadi?" soal Vernon. Jeonghan dan Woozi menggelengkan kepala, membuat kawan-kawannya menghela nafas. Mahu tidak mahu terpaksalah mereka memberitahu rancangan itu semula.

"Macam ni, tadi Ucheol rancang nak buat Cikgu Kang jaー"

"Cikgu Kang! Cikgu Kang!" teriak Seokmin, heboh. Seventeen kalut berlari ke tempat duduk masing-masing. Tak lama selepas itu, guru mereka memasuki kelas.

"SELAMAT PAGI, MURID HANATKU HOHOHO! MERRY CHRISTMAS HOHOHO!"

"Cikgu ni okey ke tak okey?" tanya Wonwoo. Risau pula dia dengan keadaan Cikgu Kang. Masuk-masuk je dah merapu.

"Cikgu okey je. Masih sihat dan cantik!"

"Cantik? Bluek!" Seventeen berpura-pura muntah. Cikgu Kang bercekak pinggang. Biaaaaashe Seventeen ni!

"Hei, kurang asam!"

Minghao mengangkat tangan.

"Ya, Minghao. Nak apa? Nak berak?" tanya Cikgu Kang. Muka Minghao jadi datar.

"Cikgu, cikgu okey ke tak?" tanya Minghao, mengulang soalan Wonwoo tadi.

"Ish, kamu ni. Cikgu nak happy sikit pun dah tanya okey ke tak." ujar Cikgu Kang, sedikit memuncungkan bibir. Minghao memutarkan bola matanya.

"Apa-apa jelah. Kita nak tanya cikgu, nanti hujung minggu ni cikgu sibuk tak?" soal Minghao.

"Hujung minggu ni? Hm, macam cikgu free."

Yes!, jerit Seventeen di dalam hati. Rancangan mereka berjalan lancar setakat ini.

"Kenapa Hao tanya?"

"Tadi kita semua cadang nak keluar dengan Cikgu Kang hujung minggu ni. Cikgu kasi tak?" Kening kanan Cikgu Kang terjungkit. Tiba-tiba sahaja Seventeen mahu keluar bersamanya.

"Kamu semua ada niat tersembunyi ke?" tanya Cikgu Kang lagi.

"Tak adalah, kita semua dah lama teringin nak keluar sama-sama Cikgu Kang yang comel ni." bodek Junhui membuat Cikgu Kang malu-malu kucing. Pantang betul bila ada yang memujinya.

"Hehe, Junnie ni. Janganlah macam ni. Malu titew."

...

Seventeen dan Cikgu Kang berada di dalam sebuah restoran. Mingyu dan Seungkwan mengadu lapar padahal waktu itu baru menunjukkan jam sepuluh pagi.

"Gyu, Kwannie. Kamu berdua ni bela saka ke? Badan kecil tapi selera besar betul." tanya Cikgu Kang. Melihat porsi hidangan yang dipesan Mingyu dan Seungkwan membuatnya agak terkejut. 

"Mungkin kot, cikgu. Kita pun cuma makan garlic bread je." sokong Vernon.

"Makanan kat sini sedap! Rugi kalau tak makan!" jawab Mingyu dengan pipinya comot terkena sos. Dia mengunyah burgernya dengan penuh selera.

"Betul tu, cikgu. Cikgu nak rasa kentang ni?" tawar Seungkwan.

"Takpe takpe, cikgu kenyang lagi." Cikgu Kang menolak halus pemberian Seungkwan. Lihat mereka makan sahaja sudah buatnya kenyang.

Klek!

Pintu restoran itu terbuka. Seorang lelaki berkaca mata tebal itu masuk sambil matanya melilau mencari seseorang.

"Eh, Siyeon?"

"Jiho?"

Cikgu Kang mengerutkan dahi. Kemunculan Cikgu Seo di sini membuatnya pelik.

"Kau buat apa kat sini?" soal Cikgu Kang. Cikgu Seo menyerahkan telefonnya ke wanita itu.

"Tadi ada orang mesej aku suruh datang sini."

Unknown

Unknown share a location
09:37

Datang sini
09:37

"Siapa yang bagi mesej tu?"

"Entah, kau sendiri nampak aku tak save nombor tu." Cikgu Kang menelefon nombor itu.

Tut

"Helloー"

"Baki anda tidak mencukupi. Sila tambah nilai untuk membuat panggilー"

"Kau tak ada kredit ke?" tanya Cikgu Kang. Cikgu Seo tersengih, sudah hampir seminggu dia tak isi kredit telefonnya.

"Haih, kau ni pun satu. Kenapa kau ikut je orang tu suruh. Kalau orang tu jahat macam mana? Kau nak kena culik pastu kena jadi gigolo kat Thailand?"

Cikgu Seo menggelengkan kepala. Dia tidak mahu jadi gigolo! Lagi-lagi di Thailand!

"Tak nak! Huhu, nasib baik aku jumpa kau. Kalau aku jumpa orang yang mesej aku tu entah-entah aku dah kena angkut pergi Thailand! Huhu! Aku masih suci!" Keluhan berat dilepaskan oleh Cikgu Kang. Kawannya ini harap je tua tapi bodohnya masih tebal.

"Hm, memandangkan Cikgu Seo ada kat sini. Apa kata Cikgu Seo join kita jalan-jalan?" cadang Jeonghan. Dahi Cikgu Seo berkerut.

"Kau? Ajak aku? Jalan-jalan dengan korang?"

"Kenapa macam tak percaya je?"

"Mestilah! Kau paling hanat sia dalam grup kau! Aku yakin mesti kau dengan si ikan Josh ni ada plan buruk-buruk nak kenakan aku ni!" tuduh Cikgu Seo.

"Hei, kita ni cheonsa tahu!" marah Jeonghan.

"Kau iblis bertopengkan cheonsa!"

"Kau nak join ke tak?" soal Cikgu Kang, menghentikan pertengkaran yang baru hendak bermula itu. Cikgu Seo berfikir sebentar.

"Hm, bolehlah. Lagipun dah lama juga aku tak jalan-jalan."

"YEAH!" Seventeen bersorak gembira sementara Cikgu Seo rasa tidak sedap hati.

Mereka tidak ada merancang sesuatu yang jahat, kan?


Cheonsa
- Angel

Tadika Mesra SebongsWhere stories live. Discover now