Melawat Cikgu Kang

4.2K 545 132
                                    

Cikgu Seo dan tiga belas orang kanak-kanak kini jalan beriringan menuju ke rumah Cikgu Kang yang tidak terlalu jauh dari tadika mereka.

Oh, tertanya-tanya tentang latihan yang Cikgu Kang beri?

Semua tak siap, tetapi Cikgu Seo tetap bawa mereka pergi melawat Cikgu Kang. Takut kalau tidak dibawa masing-masing akan merajuk.

"Cuu cuuu!" Jun memegang bahu Mingyu dan berbunyi seperti kereta api.

"Cuuuu cuuuuu!" Mingyu pun ikut berbunyi.

"Cikgu Seo, lama lagi ke?" tanya Seungkwan, dia sudah penat kerana rasanya dari tadi mereka berjalan tanpa henti. Walhal hakikatnya baru 30 langkah.

"Dah nak sampai lah ni." jawab Cikgu Seo. Melihat semua anak murid kawannya itu seperti tiada semangat hidup, muncul satu idea di fikirannya.

Dia menyeringai, yakin bahawa idea itu akan berjaya.

"Kenapa Cikgu Seo cenyum macam tu?" bisik Seungcheol pada Jeonghan.

"Tak tahu, tapi muka Cikgu Seo macam badut yang kita tengok kat tv semalam. Seram." ujar Jeonghan. Cikgu Seo yang mendengar bisikan tersebut langsung memasamkan muka.

Muka aku sama macam Pennywise ke? Tak tak, aku hensem, monolog Cikgu Seo di dalam hati.

"Cikgu Seo, mana rumaー"

"KORANG ADA MOMOK KEJAR!! LARI IKUT CIKGU CEPAT!! KANG KENA MAKAN AKU TAK TAHU! LAGI-LAGI KAU YANG GEMUK TU!" Belum sempat Joshua mahu mengajukan soalan Cikgu Seo sudah berlari meninggalkan mereka di jalan sepi itu.

"HUWAA, CIKGU JANGAN TINGGALKAN KAMI!"

"Kwannie tak gemoklah! Kwannie comel!" marah Seungkwan sambil mengejar Cikgu Seo yang berada jauh di hadapan. Tak cukup tanah mereka mengejar lelaki itu. Tinggal lah dua orang kanak-kanak yang tetap berjalan dengan tenang.

"Haohao, momok ada ke waktu tengahari macam ni?" soal Wonwoo, Minghao mengangkat bahu.

"Momok tu apa?" soal Minghao pula.

"Hantu kot."

"Tapi kan hantu ada waktu malam je. Tengahari hantu tidur."

Tok tok tok!

"CIKGU KANG, BUKAAA!"

Klek

"Kenapa ni?" Cikgu Kang muncul dengan wajah khuatir, seorang muridnya terus berlari memeluk betisnya dengan erat.

"Cikgu Kang, Cikgu Seo hiks kata ada m-momok hiks..." adu Woozi, dialah yang memeluk betis Cikgu Kang sambil menangis. Cikgu Seo tersengih-sengih, berlagak seperti tidak bersalah.

"Dah dah, tak mahu nangis. Cikgu Seo tipu je tadi, tak ada momok kat sini. Kan Cikgu Seo, kan?" soal Cikgu Kang memandang Cikgu Seo dengan tajam. Meremang bulu roma lelaki itu sebentar.

"H-Haah, aku tipu je tadi. Sebab korang lah jalan lambat sangat." ujar Cikgu Seo.

"Ihh, cikgu jahat!" marah Jeonghan.

"Ya ya, sorry lah."

"Hai, Cikgu Kang!" Wonwoo dan Minghao baru tiba di rumah Cikgu Kang.

"Memang tak nak jemput masuk ke? Panas betul kat luar ni." tanya Cikgu Seo tanpa malu. Cikgu Kang memutarkan kedua-dua biji matanya.

"Jom masuk."

...

"Cikgu dah okay?" soal Seungcheol, prihatin.

"Dah okey, esok cikgu dah masuk kelas balik dah." jawab Cikgu Kang.

"Cikgu nak tahu tak, tadi kan ada orang kata cikgu dah nak meninggal." ujar Seokmin. Cikgu Kang tersedak air liur, siapa pula yang memandai cakap macam tu?

"Cikgu bukan nak meninggal lah, cikgu demam sikit je. Dah sihat dah pun. Siapa yang cakap macam tu tadi memang hahahanat."

"Oh, kalau cikgu dah sihat, jom kita main kejar-kejar!" ajak Seokmin.

"Eh, janganー"

"Jom!" Cikgu Kang hanya mampu bersabar melihat semua anak muridnya mula berlari berkejaran di dalam rumahnya. Cikgu Seo menepuk bahunya beberapa kali.

"Yeon, tabahlah dapat anak murid perangai macam ni. Aku baru ganti kau sehari je dah sakit kepala." Wanita itu mengemam bibir, geram dan sedih menjadi satu.

"Tak apa, sis tahu sis kuat. Hiks..."

Tadika Mesra SebongsWhere stories live. Discover now