Zoo

3.2K 438 163
                                    

"Mingyu! Mingyu! Tengok tu ada kucing comel!" ujar Wonwoo, gembira. Mingyu menjadi pucat. Perlahan-lahan dia menarik Wonwoo yang ingin mengusap kepala kucing besar yang sedang terbaring santai di dalam sangkar.

"Gyu, kenapa tarik kita? Kita nak main dengan kucing tu lah!" protes Wonwoo sambil mencebik.

"Wonu, t-tu harimau bukan kucing."

"Tapi harimau tu comel..."

"Tapi kalau dia ngap tangan awak dah tak comel dah, Wonu."

"HORANGHAE!" Hoshi tiba-tiba menyergah harimau itu, membuat binatang pemangsa itu menggeram dengan tatapannya yang tajam.

"OCHI, JANGAN!" Cepat-cepat Mingyu menarik Hoshi pula menjauhi sangkar harimau.

"Awak dengan Wonu sama jelah! Tak tahu takut betul! Kalau dia makan awak macam mana? Nanti menyusahkan orang lain je nak tolong awak!" marah Mingyu sambil bercekak pinggang, ala-ala mak memarahi anak yang nakal gayanya.

"Ih, janganlah marah." ujar Hoshi.

"Kenalah marah! Harimau tu bahaya tahu!"

Cikgu Kang mengemam bibir, lucu pula dia melihat Mingyu memarahi dua orang kawannya.

"Cikgu Kang, comel tatak tu." ujar Minghao, pandangan Cikgu Kang teralih ke seekor katak bersaiz agak besar yang ada di tepi longkang. Automatik dia merinding kegelian.

Hampir-hampir wanita itu ingin menjerit apabila Minghao dengan tenang mengambil katak tersebut.

"Haohao, jangan pegang katak tu lah! Geli!" marah Woozi. Cikgu Kang mengangguk laju, dia sumpah kalau katak tu melompat ke arahnya memang tak cukup tanah dia berlari nanti.

"Geli? Uji geli dengan tatak ni? Cikgu Kang pun geli?" tanya Minghao sebelum menyeringai. Cikgu Kang dan Woozi tidak sedap hati melihat Minghao tersenyum seperti itu.

"H-Hao, apaー HAO, JANGAN DEKATKAN KATAK TU KAT AKU LAH! GELI!" jerit Cikgu Kang, dia dan Woozi melarikan diri kerana Minghao mengejar mereka berdua dengan katak di tangannya. Tak sedar mereka sudah menjadi tatapan orang ramai di zoo itu.

Seokmin fokus memandang seekor monyet yang sedang bergayut di atas pokok.

"Uuk aak!" jerit Seokmin menarik perhatian monyet itu.

"Uuk aak!" Monyet itu membalas, membuat kanak-kanak itu tersenyum lebar.

"Uuk uuk aak aak!"

"Uuk uuk aak!"

"Uuk aak uuk aak!"

Jun memerhatikan Seokmin yang sedang berborak dengan monyet itu.

"Shua, tengok tu." bisik Jun.

"Biarlah dia, Junnie. Biarkan dia berborak dengan kawan lama dia." balas Joshua. Dalam masa yang sama, Jeonghan mendekati Vernon yang sedang duduk di sebuah bangku batu.

"Awak buat apa, Beunon?" soal Jeonghan.

"Tangan duduk."

"Oh, kita nak duduk sebelah awak boleh?"

"Boleh."

"Yeay!" Jeonghan duduk di sebelah Vernon, kaki mereka yang tergantung tidak mencecah tanah itu dihayunkan beberapa kali.

"Awak, nama kita Vernon bukan Beunon." ujar Vernon, sudah lima bulan mereka berkenalan tetapi Jeonghan tetap salah menyebut namanya. Jeonghan menyengetkan kepala ke kiri, wajahnya tampak kebingungan.

"Betul lah, kita memang panggil awak Beunon." kata Jeonghan.

"Salah, Vernon bukan Beunon."

"Beunon."

"Okey okey, ikut kita sebut." Vernon memegang kedua belah bahu Jeonghan dan membuat kawannya itu duduk menghadap dia.

"Ver."

"Beu."

"Ver!" ulang Vernon dengan sedikit penekanan.

"Beu!" ikut Jeonghan, bersungguh-sungguh. Vernon meramas rambutnya sendiri. Dia tertekan dengan lidah pendek Jeonghan.

"VER LAH BUKAN BEU! IHHH, AWAK NI! GERAM KITA!"

...

"Cikgu Kang, Dino nak eskelim."

"Eskelim? Eskelim cikgu tak tahu tapi kalau aiskrim ha tu cikgu tahu." usik Cikgu Kang, Dino menjelingnya.

"Haha. Ya lah ya lah, jom kita pergi makan eskelim." Cikgu Kang mengusik lagi, Dino memeluk tubuh dengan muka tidak puas hati kerana diejek oleh guru sendiri.

"Cikgu ni kannnn ishh!"

Cikgu Kang dan Seventeen mendekati seorang penjual aiskrim yang menghentikan motor aiskrimnya di dalam zoo itu.

"Kamu nak aiskrim apa?" tanya Cikgu Kang.

"Aiskrim coklat!"

"Vanila!"

"Setelowbeli!"

"Kejap! Kejap! Jangan jerit." ujar Cikgu Kang, bingit telinganya apabila ketiga belas anak muridnya mula membuat kekecohan di situ.

"Siapa yang nak aiskrim coklat angkat tangan." Seungcheol, Jun, Seokmin, Mingyu dan Vernon mengangkat tangan.

"Okey, siapa nak aiskrim strawberi angkat tangan." Jeonghan, Joshua, Woozi dan Dino pula mengangkat tangan. Cikgu Kang terangguk-angguk.

"Jadi yang lain nak aiskrim vanila?"

Hoshi, Wonwoo dan Minghao mengangguk.

"Eh, Kwannie. Kamu nak aiskrim apa?" tanya Cikgu Kang kerana hanya Seungkwan tidak membalas soalannya tadi.

"Kwannie nak My Mom is an Alien."

"Dei, ni kamu fikir ni Baskin Robbins ke? Taste bukan kemain nak tinggi tapi beli pakai duit cikgu."

"Alang-alang cikgu belanja kenalah order yang mahal-mahal." ujar Seungkwan, Cikgu Kang cuba bersabar. Tak kelakar jika tiba-tiba ada anak murid dicampak ke dalam kandang singa.

"Kwannie, please. Cikgu tak nak baling kamu masuk kandang singa. Muka cantik macam cikgu ni tak elok masuk penjara."

Tadika Mesra SebongsWhere stories live. Discover now