Hari sukaneka

3.4K 439 104
                                    

"Peserta acara lari dalam guni diminta untuk bersedia." Suara pengacara itu mendominasi padang tadika. Para peserta yang terlibat langsung pergi ke garisan permulaan sementara yang lain duduk di bawah khemah yang tersedia.

Cikgu Seo mendekati Cikgu Kang.

"Siyeon." panggilnya.

"Hm?"

"Pinjam duit, dompet aku tertinggal kat rumah." pinta Cikgu Seo. Dia menadah tangan dan tak lupa membuat wajah comel untuk mencairkan hati Cikgu Kang.

"Gelilah, sengal. Muka kuno macam kau tak layak buat aegyo." Wajah lelaki itu ditolak, lama-lama boleh termuntah Cikgu Kang melihat wajah kawannya itu.

"Bolehlah, Yeon... Nak pinjam duit..."

"Kau nak beli apa?" soal Cikgu Kang, Cikgu Seo menunjuk sebuah gerai makanan tak jauh dari mereka.

"Tadi aku nampak Suga beli susu pisang. Aku minta sikit tapi dia suruh beli sendiri. Tak guna, kecil-kecil dah kedekut." adu Cikgu Seo.

Cikgu Kang mengeluh, beberapa lembar wang diberikan dengan terpaksa.

"Nah."

"Makacehhh, Yeonnie! Yeonnie baikkk sangat!"

"Kau nak aku tendang bontot kau ke, setan?" Cikgu Kang mengangkat kakinya namun Cikgu Seo sudah melarikan diri.

"Junnie, apa beza awak dengan kucing?" Jun menatap Sana dengan riak bosan, dari tadi dia diganggu oleh kanak-kanak perempuan itu.

"Entah." jawab Jun, malas. Matanya melihat rakan-rakannya yang sedang bermain dengan gembira. Sedangkan dia dipaksa duduk di khemah oleh Sana. Nak bermain dengan Seventeen pun tak boleh.

Ni lah nasib kalau terlalu tampan huhu, ujar Jun di dalam hati.

"Tak ada beza, dua-dua comel!" ujar Sana sambil membuat mini love. Jun memutarkan bola matanya. Membosankan.

"Erm, apa beza awak dengan dugong? Tak ada beza, muka dah serupa adik-beradik kita tengok. HAHAHA!" Jun berlari ke arah Seventeen selepas mematahkan hati Sana.

"Kenapa, Sana?" tanya Momo ketika melihat Sana seperti ingin menangis.

"Junnie kata kita macam dugong."

"Oh, betul lah tu apa Junnie cakap. Muka awak memang macam dugong pun."

"Ihh, Momo!"

...

"Yeay, kita betul!" teriak Joshua apabila Lisa dari kelas Blink memenangi acara lari dalam guni. Seungcheol dan Jeonghan mengeluh kecewa.

"Ish, dari tadi asyik awak je betul! Awak main tipu eh?" tuduh Jeonghan. Tak puas hati kerana dia selalu kalah dengan Joshua.

"Hannie, kita tak main tipu. Naluri kita sentiasa benar bukan macam awak dengan Ucheol. Asyik salah je." balas Joshua.

"Bosan lah asyik salah. Jom main game lain." cadang Seungcheol.

"Nak main apa?"

"Jambatan sudah roboh?"

"Tu kena ramai orang... Kita cuma ada tiga orang je."

"Korang, sini jap!" Tiga orang kanak-kanak itu serentak menoleh ke kanan. Cikgu Seo memanggil mereka, di tangannya ada beberapa kotak berisi kain perca.

"Tu mesti nak suruh kita tolong dia tu." bisik Jeonghan.

"Malaslah nak tolong." bisik Joshua. Dua sahabat itu memang sekepala, jika diminta untuk tolong pasti ada seribu satu alasan yang akan diberi.

"Awak, Cikgu Seo panggil. Jomlah." ajak Seungcheol. Dia masih polos, dirinya belum dicemari dengan sifat negatif Jeonghan dan Joshua.

"Ucheol, jangan pergi. Nanti dia suruh awak tolong dia macam-macam." bisik Joshua. Cikgu Seo sudah bercekak pinggang, main bisik-bisik pula budak-budak tu.

"Oi, sinilah!" panggilnya lagi.

"Tapi bukan ke kita memang kena tolong cikgu kita?" tanya Seungcheol. Jeonghan dan Joshua saling berpandangan, mereka harus menjadikan Seungcheol jadi seperti mereka.

"Cikgu Seo bukan cikgu kita, cikgu kita Cikgu Kang." ujar Jeonghan.

"Tapi...."

"No tapi tapi, jom lari!" Joshua menarik tangan Seungcheol untuk pergi ke arah bertentangan dengan Cikgu Seo. Jeonghan memandang cikgu lelaki itu sebentar, dia menjelirkan lidah sebelum lari mengikuti Joshua dan Seungcheol.

Hidung Cikgu Seo kembang kempis menahan marah.

"Bertuah punya budak!"

Tadika Mesra SebongsWhere stories live. Discover now