Cikgu Kang nak pindah?!

3.1K 455 198
                                    

Jun melihat Seungcheol masuk ke dalam kelas dengan langkah yang tidak bermaya. Wajah kanak-kanak itu juga muram.

"Ucheol, awak okey?" tanya Jun. Seungcheol memandang Jun sesaat sebelum mengeluh berat.

"Tak okey, sebab Cikgu Kang nak pindah."

"HAH?!" Dua belas kanak-kanak itu terperanjat, mereka segera berkumpul mengelilingi Seungcheol. Mata Jun berkaca-kaca.

"A-Awak tipu, kan?"

"Kita tak tipu, kita sendiri dengar Cikgu Kang cakap kat cikgu-cikgu lain dia nak pindah." ujar Seungcheol, dia mencuri perbualan antara guru-guru itu ketika dia sedang mencari Cikgu Kang. Gurunya lambat masuk ke kelas hari ini.

"Huwaa awak tipu! Hiks Cikgu Kang tak pindah!" Seokmin yang pertama menangis dan diikuti oleh kanak-kanak lain. Joshua menatap mereka dengan tatapan bingung.

"Kenapa awak semua menangis?"

"Hiks Cikgu Kang nak pindah." jawab Seokmin.

"Pindah tu apa?" tanya Joshua lagi.

"Shua, senang cerita Cikgu Kang nak tinggalkan kita. Nanti kita kena jadi anak murid Cikgu Seo." jelas Jeonghan. Barulah Joshua pun ikut menangis.

"HUWAA TAK NAK! TAK NAK CIKGU SEO!" 

"Cikgu Seo hiks tak best hiks dia kuno." sokong Hoshi. Seungcheol berdiri di atas kerusi, hingus yang mengalir dilap dengan kasar.

"Jom kita halang Cikgu Kang daripada pindah! Kita kena buat dia stay kat sini sampai bila-bila!"

"Ayuh!"

...

Cikgu Kang berjalan menuju ke kelas sambil bernyanyi perlahan.

"Cikgu Kang!" Woozi dan Mingyu muncul di hadapannya membuat langkah guru muda itu terhenti.

"Ya?"

"Gyugyu dengan Uji nak tolong bawakan buku-buku tu." ujar Mingyu. Dahi Cikgu Kang berkerut. Dia memang sedikit kesusahan membawa buku-buku dan barangannya yang lain tetapi hatinya merasakan sesuatu yang tidak kena.

"O... kay?" Cikgu Kang menyerahkan buku itu kepada mereka. Sesampai di kelas, Cikgu Kang dikejutkan lagi dengan keadaan kelas yang senyap dan terkawal. Seventeen duduk manis di tempat masing-masing.

Mungkin kedengaran agak berlebihan tetapi Cikgu Kang ingin menangis kerana semua berperilaku baik hari ini. Dia sulit hendak percaya Hoshi, Seokmin dan Seungkwan tidak terjerit-jerit seperti sebelum ini.

"Cikgu Kang!" Jeonghan mendekati Cikgu Kang dengan senyuman ceria.

"Y-Ya?"

"Nah, ni kerja rumah minggu lepas." ujarnya, buku latihan Matematik itu diserahkan kepada Cikgu Kang.

Cikgu Kang meletakkan telapak tangan ke dahi Jeonghan.

"Tak panas." Suhu badan Mingyu dan Woozi pun diperiksa juga namun mereka tidak demam. Ragu-ragu dia mengambil buku latihan kepunyaan Jeonghan. Dia menyelak buku tersebut.

Tadika Mesra SebongsWhere stories live. Discover now