Minghao si pemalu

4.9K 659 298
                                    

"Cikgu, berudu beranak ke bertelur?" Fokus Cikgu Kang yang sedang menulis di papan putih teralih pada Mingyu yang sedang mendongak memandangnya.

"Mingyu, berudu tu anak kepada katak. Katak bertelur pastu jadilah berudu." jawab Cikgu Kang sambil mengusap kepala Mingyu.

"Oh... katak bertelur..." Cikgu Kang mengangguk, lega rasanya bila Mingyu cepat memahami jawapannya.

"Jadi... berudu beranak ke bertelur, cikgu?"

Cikgu Kang tersenyum.

Namun hatinya menangis apabila mengenangkan kepintaran anak muridnya ini sangat terhad. Ingatkan faham rupanya hampeh.

"Uji, dua tambah tiga berapa?" soal Seungkwan.

"23." jawab Woozi, singkat.

"Oh..."

Hoshi mencubit pipi tembam Woozi.

"Uji ni, tak baik tahuuu menipuuuu!"

"Ochi, sakit lah!" Woozi mengusap pipinya yang sakit akibat dicubit dengan kuat.

"Ha? Uji tipu kita?" soal Seungkwan dan Hoshi mengiakannya.

"Kalau macam tu apa jawapannya Ochi?" soal Seungkwan. Hoshi mengeluarkan kalkulator milik kakaknya yang dia curi pagi tadi.

Kalau diingat-ingat semula, hari ini kakaknya ada kuiz matematik.

"Jap, kita nak kira." Hoshi menekan-nekan kalkulator itu dengan wajah yang serius.

"Jawapannya tolak satu."

"Tolak satu?" Seungkwan memiringkan kepala ke kanan tanda binggung.

"Haah, Kwannie buat macam ni." Hoshi menulis '-1' di ruang jawapan. Jeonghan menggelengkan kepala melihat Hoshi menyebarkan ajaran sesat kepada Seungkwan.

"Dua tambah tiga, bukannya dua tolak tiga. Haihhh..." gumamnya perlahan sebelum pergi tanpa membetulkan ajaran sesat Hoshi terlebih dahulu.

"Hai, Haohao!" Seokmin menyapa Minghao.

"H-Hai..."

"Kenapa Haohao malu-malu? Kita kan dah kenal laaaama! Dah berapa bulan eh? Satu... Dua..." Seokmin mengira menggunakan jarinya yang pendek.

"Tiga! Dah tiga bulan kita kenal Haohao!"

Minghao hanya menunduk segan.

"Haohao memang macam ni. Kalau kat rumah, dia yang paaaaling banyak cakap tahu!" ujar Jun. Minghao menggeleng berkali-kali.

"Taklah!" bantah Minghao.

"Awak malu dengan kita lagi eh?" teka Vernon dan dibalas dengan anggukan kecil. Hanya dengan Jun sahaja, Minghao akan jadi peramah.

Seokmin memeluk bahu Minghao.

"Janganlah malu-malu. Kita kan kawan."

"Nak buat macam mana. Haohao memang macam ni bila jumpa orang baru." ujar Jun.

"Oh, Haohao malu-malu macam Uji eh?" soal Seokmin.

"Uji tu memang tak nak bercakap, semalam kita tegur dia. Dia jeling kita, sakitnya tuh di sini di dalam hatiku." ujar Jun, sempat dia menyanyi lagu dangdut kegemarannya.

"Masalahnya awak tegur kita masa kita tengah kencing, siapa je yang tak marah kalau ada orang buka buat macam tu." balas Woozi. Terganggu ketenangan Woozi apabila Jun tiba-tiba muncul di dalam tandas semasa dia sedang melepaskan hasrat.

Jun tersengih.

"Haohao, jom main puzzle." ajak Vernon, Minghao menggeleng membuat Vernon memuncungkan bibir.

"Alah..."

"AWAK, TENGOK NI! MINGYU KANーMphhtt!" Semua kanak-kanak itu memandang Mingyu yang sedang menutup Seungcheol dengan kedua-dua tangan lalu pandangan mereka teralih ke sebuah beg berbentuk katak yang sudah basah.

"Tu beg Haohao, kan?" soal Dino. Jun menelan air liurnya, dia mengerling Minghao yang ternganga lebar. Beg kesayangannya...

"H-Hao... Gyu tak sengajaー"

"MINGYU, KENAPA BEG KITA AWAK BUAT MACAM TU!" Buat pertama kali, Minghao berteriak di dalam kelas. Muka Mingyu berubah pucat lesi lalu dia berlari menyelamatkan diri daripada amukan Minghao.

"HAOHAO, MAAF! GYU TAK SENGAJA!"

"TIADA MAAF UNTUK AWAK!"

Semua tercenggang melihat perubahan Minghao yang begitu drastik. Oh, kecuali Jun yang sudah berkawan dengan Minghao sejak zaman pampers.

"Awak semua jangan ternganga macam tu sekali. Perangai Haohao memang macam tu sebenarnya. Selama ni dia berlakon baik je."

Tadika Mesra SebongsWhere stories live. Discover now