Rancangan rahsia

2.6K 318 168
                                    

"Sekarang kita nak pergi mana?" tanya Cikgu Seo selepas Mingyu dan Seungkwan selesai makan. Seventeen saling berpandangan, mereka tidak memikirkan tentang itu.

"Tak tahu." jawab mereka.

"Kita pergi mall kejap, aku ada barang nak beli kat sana." ujar Cikgu Kang.

"YEAH, IT'S SHOPPING TIME!" jerit Vernon.

"Shopping konon, kau ada duit ke?" tanya Cikgu Seo. Vernon menunjukkan duitnya di dalam beg kecil yang disangkutkan di leher. Cikgu Seo terkesima seketika.

"Budak zaman now so rich. Menangis dompet aku kalau tengok." bisiknya.

Seventeen sudah mulai bising setibanya mereka di kompleks membeli-belah itu. Ada yang mahu ke sana, ada yang mahu ke sini. Cikgu Kang menepuk tangannya sedikit kuat untuk menarik perhatian mereka.

"Okey, kamu! Pandang cikgu!" arah Cikgu Kang.

"Kita pecah jadi dua kumpulan. Enam orang ikut cikgu, tujuh lagi ikut Cikgu Seo. Siapa yang nak ikut cikgu, angkat tangan." Seungcheol, Jeonghan, Mingyu, Minghao, Seokmin dan Seungkwan mengangkat tangan sepantas kilat. Tujuh orang kanak-kanak yang terlambat itu merungut.

"Ihh, kita nak dengan Cikgu Kang!" rungut Dino

"Siapa suduh lambat angkat tangan? Haha padan muka!" ejek Seungkwan. Mereka mula berpecah, Cikgu Kang membawa enam orang muridnya ke sebuah kedai sedangkan Cikgu Seo mengajak yang lain ke tempat bermain.

"Wonu! Wonu! Jom main game tu!" ajak Jun sambil menunjuk sebuah arcade.

"Jom!"

"Ochi." Joshua memanggil Hoshi dengan perlahan. Matanya memandang sekeliling, memastikan hanya mereka sahaja yang ada di situ.

"Awak ke yang mesej Cikgu Seo?"

"Haah, kita guna telefon mama." jawab Hoshi.

"Macam mana awak boleh ada nombor Cikgu Seo?" soal Joshua.

"Kita minta kat Kookie."

"Kau minta apa kat biskut kering tu?" Joshua dan Hoshi tersentak apabila Cikgu Seo tiba-tiba muncul di belakang mereka.

"T-Tak ada apa-apa." tipu Hoshi.

"Bohong, tadi aku dengar korang sebut nama aku."

Kanak-kanak itu menelan air liur. Masaklah mereka kali ni.

...

" Cikgu Kang, panda ni cute kan?" tanya Jeonghan sambil menunjuk sebuah patung panda yang ada di rak. Cikgu Kang mengangguk.

"Comel comel comel."

"Kalau ni, cikgu?" tanya Seokmin sambil memeluk patung beruang kutub.

"Cute!"

"Yang ni cikgu, tak cute ke?" Woozi menunjuk wajahnya yang sedang membuat muka seposen.

"Em, cikgu tak nampak apa-apa. Tetiba cikgu buta."

Tadika Mesra SebongsWhere stories live. Discover now