Surprise!

1.8K 280 178
                                    

Warn! 3300+ words- maaf kalau jalan cerita ni lari sikit dari kau punya requestー

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Warn! 3300+ words
- maaf kalau jalan cerita ni lari sikit dari kau punya request

"Tengok tu, Cikgu Seo dah sampai." bisik Jeonghan apabila melihat skuter kuning Cikgu Seo sudah memasuki area tadika. Dia dan Joshua menyorok di sebalik kereta Cikgu Ahn untuk memerhatikan gerak-geri lelaki dewasa itu. Sekali-sekala dia akan melirik kawan-kawannya yang berada di dalam kelas Army.

"Cikgu Seo pergi terus kat kelas dia!" bisik Joshua, teruja. Rancangan mereka berjalan lancar tatkala Cikgu Seo menuju ke kelas Army.

Di sisi lain, Cikgu Seo melepaskan keluhan kasar. Langkahnya diatur tanpa semangat. Hari ini terasa lebih berat berbanding hari-hari sebelumnya.

Tanpa ada rasa syak wasangka, pintu kelas Army ditolak.

Buk!

"YAEY, HAHAHA!!!"

Tubuh Cikgu Seo membeku, satu badannya dikotori tepung yang berasal dari baldi yang sengaja diletakkan di atas pintu masuk. Seventeen dan Bts mentertawakan Cikgu Seo.

"Jiho, kauー woah!" Cikgu Kang yang mahu menanyakan tentang keberadaan anak muridnya dikejutkan dengan keadaan Cikgu Seo.

"Cikgu Kang, tengok tu! Cikgu Seo dah macam hantu!" ujar Jimin sambil ketawa.

"Hahaha, Cikgu Seo macam hantu!" ejek Mingyu dan beberapa orang kawannya yang lain. Cikgu Kang tidak ketawa, dia melihat Cikgu Seo yang masih diam membisu di situ.

"Seventeen, masuk kelas sekarang." arah Cikgu Kang membuat Seventeen merungut dan memberi protes. Mereka belum puas mengenakan Cikgu Seo, banyak prank lain yang sudah diaturkan oleh Jeonghan dan Joshua hari ini.

"Seventeen." Suara Cikgu Kang menjadi tegas, mahu tidak mahu Seventeen harus akur. Sebaik sahaja Seventeen pergi, Cikgu Kang memandang Bts pula.

"Bangtan, duduk tempat masing-masing." arah Cikgu Kang.

"Ihh, kenapa?" protes Taehyung. Suga cepat-cepat menarik Taehyung ke tempat duduknya.

"Suga, kita tak nak duduk!" jerit Taehyung.

"Shh, awak diam je lah!" Suga menyuruhnya diam. Taehyung merengus kesal sebelum memeluk tubuh. Cikgu Kang ingin menghampiri Cikgu Seo namun lelaki itu malah keluar dari kelas tanpa sepatah kata.

"Siapa punya idea buat Cikgu Seo macam tu?" tanya Cikgu Kang. Ketujuh-tujuh kanak-kanak itu menunduk. Mengelakkan diri daripada terpandang mata Cikgu Kang.

Tadika Mesra SebongsWhere stories live. Discover now