Berkelah

2.2K 305 472
                                    

"Jinnie, kita nak aiskrim tu sikit."

"Tak boleh, ni Jinnie punya!" Jun mengembungkan pipi kerana Seokjin enggan berkongsi. Kedekut! Bukannya Jun nak semua pun!

"Ihh, dasar gendut kedekut!" marah Jun. Terjegil mata Seokjin apabila dirinya dipanggil sebegitu.

"Yah! Sini awak! Suka hati awak je panggil kita macam tu!" teriak Seokjin, dia mengejar Jun yang sudah jauh berada di hadapan. Dua orang kanak-kanak itu saling berkejaran di persisiran pantai. 

"Junnie. Jinnie. Jangan main lari-lari, kalau jatuh nanti cikgu tolong gelak je tahu." pesan Cikgu Kang sambil membentang tikar. Wonwoo dan Jungkook datang membawa bakul yang berisi makanan dan minuman. Bakul itu diletakkan di atas tikar tersebut.

"Terima kasih, Wonu. Terima kasih, Kookie." ucap Cikgu Kang.

"Sama-sama, cikgu." balas Jungkook, sebuah senyuman manis diberikan kepada gurunya.

"Cikgu Kang, cikgu bawa makanan kan?" tanya Mingyu.

"Bawa, ada dalam bakul tu."

"Yeay! Tak sabar nak makan!" sorak Mingyu sambil melompat-lompat gembira. Wonwoo memutarkan matanya.

"Awak tahunya makan je. Bukan reti nak tolong orang pun." perli Wonwoo.

"Betul tu. Dahlah pemalas, tahunya makan je." sokong Jungkook. Mingyu mencebik, dia berlari memeluk Cikgu Kang.

"Cikgu... Tengok diorang tu..." Wonwoo dan Jungkook merengus. Mingyu sikit-sikit nak mengadu kat Cikgu Kang. Tak jantan langsung jadi lelaki.

Woozi duduk di atas sebuah batu besar, suasana pantai itu ditatap dengan matanya yang mulai kuyu. Angin yang bersepoi-sepoi bahasa itu membuat dirinya terasa hendak memejamkan mata. Kalaulah ada bantal, sudah lama Woozi tidur di situ.

"Mengantuknya... Eh?" Kanak-kanak itu tak jadi hendak melelapkan mata selepas melihat Suga mencangkung sambil melukis sesuatu di pasir menggunakan ranting.

"Suga, awak buat apa?" tanya Woozi. Dihampirinya Suga yang masih belum berganjak dari situ. Dia melihat Suga sedang melakar seorang kanak-kanak lelaki.

"Kita lukis Mark." jawab Suga, pendek.

"Siapa Mark?"

"Kawan kita. Tu dia." Ranting yang dipegang dihalakan ke satu arah. Kening Woozi terangkat. Tiada siapa di situ.

"Mana Mark? Kita tak jumpa dia pun."

"Awak tak boleh nampak dia. Kita je yang boleh." Suga terdiam, dia memandang Woozi.

"Mark kata hai."

"Suga! Woozi! Sini! Korang duduk jauh-jauh tu dah kenapa? Nak kena tangkap dengan jin laut ke?" laung Cikgu Seo. Woozi segera berlari mendekati Cikgu Seo, seram pula jika berdua-duaan dengan Suga.

"Chimchim, tengok ni! Ada puppy!" ujar Seungcheol. Seekor anak anjing putih jenis husky menjilat seluruh muka Seungcheol. Ekornya bergerak-gerak laju.

"Huwaa, comelnya!" jerit Jimin, dia mencangkung dan membelai anak anjing itu.

"Woof! Woof!" 

Tadika Mesra SebongsWhere stories live. Discover now