九十四 🍒

437 68 3
                                    

" hari ini, saya, lee daehwi dan moon jaeni akan mempersembahkan lagu kami yang telah kami buat bersama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" hari ini, saya, lee daehwi dan moon jaeni akan mempersembahkan lagu kami yang telah kami buat bersama. tajuknya ialah hourglass. "

dengan itu, daehwi dan jaeni mempersembahkan lagu mereka yang telah mereka buat untuk tugasan kelab mereka. selepas tamat persembahan mereka, penonton semua menepuk tangan kepada mereka dan turut memberi duit kepada mereka atas persembahan yang menakjubkan tadi.

" wow, banyak duit kita! " kata seongwoo apabila dia mengira semua duit mereka. mereka turut berikan duit kepada pemain drum yang telah melakukan kerja yang bagus.

" kita boleh kaya kalau lagu kita dijual. " kata daehwi dan jaeni setuju. kemudian, telefon jaeni berdering, menerima satu lagi mesej dari salah seorang wanna one. jaeni membuka mesej tersebut.

baejin ❤️

hey jaeni!
ada masa tak?
kalau ya, tolong datang
ke lotte world

" oh, jaeni kena pergi. jumpa korang lagi! " kata jaeni kepada seongwoo dan daehwi dan berlalu pergi ke lotte world, taman hiburan yang mereka pergi waktu permulaan jaeni kenal mereka semua.

sebaik jaeni sampai ke sana, ternampak guanlin dan jinyoung bersama, di depan kaunter tiket. jaeni pergi ke mereka dan ucapkan hai.

" sampai juga, jaeni. kalau lambat, berkemungkinan tak dapat beli tiket sebab dah ramai dah beratur beli. " kata guanlin dan jaeni keliru dengan apa yang dia kata. kalau dah tau baris dah panjang, kenapa tak pergi beratur beli?

" jihoon hyung yang pergi beli tiket. " kata jinyoung, seperti jinyoung boleh membaca minda jaeni. sebaik dia kata tu, jihoon datang dengan empat tiket bersamanya. jaeni gembira dapat berjumpa dengan jihoon lalu memeluk dia dengan ketat.

" okay, jaeni. jihoon hyung akan mati kalau kau peluk dia macam tu. " kata guanlin dan melepas jihoon supaya jihoon boleh bernafas. mereka berempat masuk ke lotte world dan menikmati masa mereka di lotte world dengan menaiki pelbagai permainan dan bermain game yang ada di sana hingga mendapat hadiah.

banyak sangat hadiah dan patung yang jaeni dapat  hingga dia sendiri tidak dapat pegang banyak-banyak. yang lain tolong jaeni pegang hadiah-hadiah dia. mereka akhirnya jumpa tempat untuk duduk dan beli makan.

sementara mereka menunggu jinyoung pergi beli makanan dan minuman, jaeni mendapatkan lagi mesej dari seseorang. ia dari jaehwan.

jaejae ❤️

jaeni!
pls mai ke cat cafe!
ada kucing baru masuk!

nampak saja perkataan kucing, jaeni cepat-cepat minta diri untuk pergi kerana hendak ke cat cafe. jihoon dan guanlin akan tolong jaeni angkat semua hadiah dan patung yang dia dapat dan jaeni berlalu pergi ke cat cafe.

sebaik jaeni pergi, jinyoung datang dengan makanan dan minuman dalam tangannya. dia bertanya mana jaeni pergi.

" dia blah dah. " balas jihoon dan jinyoung melepaskan keluhan kerana makanan yang dia beli itu adalah untuk jaeni.

" tak pa, bagi jihoon hyung makan. dia kan suka makan. " kata guanlin dan jihoon tersengih sambil mengambil makanan yang jinyoung beli.

jaeni sampai ke cat cafe tepat pada masanya. jaeni diucap selamat datang oleh jeno. sebaik jaeni masuk, daniel, jaehwan dan woojin berada di sana sambil bermain dengan kucing-kucing baru.

" jaeni sampai- " tidak sempat woojin habis ayatnya, jaeni terus pergi bermain dengan kucing tanpa berkata apa-apa kepada mereka bertiga. jaeni memberi sepenuh perhatiannya kepada kucing sahaja dan tidak kepada mereka bertiga.

pekerja-pekerja di sana pun rasa kesian kepada mereka tiga kerana tidak dilayan jaeni. masa berjalan hinggalah pukul 7 malam dan mereka berempat pulang ke rumah.

" kalau macam tu lah perangai jaeni, tak mau kawan dengan jaeni. " kata woojin selepas apa yang berlaku di cat cafe tadi. jaeni senyum gementar dan ingin cuba pujuk woojin. dua hyung cuma melihat mereka sahaja.

" dah dah, cukup merajuk. dah nak mula dah. " kata daniel apabila dia memegang tombol pintu rumah. jaeni keliru apa yang akan bermula. benda apa akan bermula?

apabila daniel buka pintu rumah, jeritan 'happy birthday' didengari kuat oleh jaeni. jaeni senyum gembira apabila nampak apa yang sedang berlaku. mereka telah buatkan surprise party untuk jaeni! ingatkan mereka sudah lupa hari jadi jaeni.

💫

new update! sori sbb bnyak merepek. aku nak hbis cepat sngat story nie smpai x tau apa storyline aku buat ;-; anyways, enjoy~

VOTE & COMMENT

5.11.2018 > 9.10PM

Brothers ↻ Wanna One √Where stories live. Discover now