LXIII 🌙

823 109 3
                                    

osaka, jepun

mereka kemudian pergi ke suatu tempat. tempat seperti tempat perkuburan. okay, jaeni sudah mula takut. mengapa mereka di sana. mereka semua keluar dari kereta bersama. jaeni memegang tangan sungwoon sepanjang mereka ke sana.

kelihatan seperti daehwi membawa mereka ke satu perkuburan. jaeni bertanya kepada sungwoon mengapa mereka di sana dan dia menjawab mereka hendak melawat tanah kubur bapa daehwi. jaeni membulat mulutnya dan matanya.

apabila mereka telah sampai ke sana, daehwi sudah menitis air matanya. dia keluarkan bunga yang dibalut dengan kertas itu dan letak bunga itu pada batu nisan tersebut.

daehwi mengatakan sepatah dua kata dan ia sangat sedih mendengar daehwi sedang melalui perkara itu tanpa bapanya bersama. selepas itu, minhyun, sungwoon dan jaeni berdoa dan mereka semua berlalu pergi selepas itu.

mereka beri tisu pada daehwi dan ceriakan dia bahawa dia tidak perlu bersedih kerana mereka semua akan sentiasa bersama dengan dia tidak kira susah atau senang.

" dah, jangan sedih dah. sekarang bukan masa untuk bersedih. " kata sungwoon dan jaeni setuju. daehwi merasa sedikit ceria dengan kata-kata hyung dia dan jaeni.

pelbagai tempat telah mereka berempat singgah. di tengah-tengah bandar, mereka makan makanan jepun yang sedap, bersiar-siar di sekitar bandar osaka dan turut bertangkap gambar bersama.

mereka semua singgah di sebuah kedai serbaneka yang ada banyak barang jual, ia seperti supermarket tapi ia tidak sebesar supermarket. masing-masing ambil bakul setiap seorang dan mula beli barang. mereka membayar barang mereka individu kali ini. jaeni mahu membelikan semua abang-abangnya barang kepada mereka, turut juga kepada mereka yang datang sekali dengannya ke jepun.

pertama sekali, daniel. dia belikan daniel satu raket elektrik kerana dia tidak suka serangga jadi dengan raket tu, dia boleh bunuh serangga dengan senang.

jihoon, cermin mata palsu. jihoon kadang-kadang suka berlagak jadi dengan ada cermin mata tu, lagi dia berlagak kat universiti dia nanti. (a/n; jihoon x berlagak tau.)

daehwi, pembesar suara bluetooth. ia senang untuk daehwi mahu memasang lagu kegemaran dia melalui telefonnya sahaja.

jaehwan, pewangi untuk bilik dia. jaehwan selalu merungut yang bilik dia selalu ada suatu bau yang tidak wangi jadi dengan alat tu, boleh jaehwan hilangkan bau itu.

seongwoo, satu patung anjing laut berwarna putih kerana apabila jaeni nampak patung itu, teringatkan dia seongwoo.

woojin, pencuci kasut. dengan ada pencuci kasut, boleh woojin cuci kasut dia dengan bersih.

guanlin pulak satu pakej yang penuhi dengan pen. ini kerana guanlin selalu hilangkan pen dan lupakannya dengan cepat. dengan ada yang baru, tak perlu guanlin asyik bertanya pada jaeni untuk meminjam pen dia lagi.

jisung, satu keychain naga. tidak tahu mengapa tapi jaeni berikan dia keychain tersebut untuk dia mengingatkan dia boleh bertahan seperti naga jika dia gantungkan keychain itu pada kunci kereta yang dia bakal dapat.

minhyun pulak satu pakej yang penuhi peralatan membersih. minhyun jenis yang suka bersih jadi dengan alat-alat itu semua, boleh dia bersih dan ia sangat mudah kerana ia boleh disimpan dalam begnya sahaja.

jinyoung pulak, satu topi. sebenarnya dia tidak tahu untuk pilih apa untuk jinyoung jadi topi itulah dapat dia ambil.

akhir sekali, sungwoon dengan moisturiser yang mudah disimpan dalam begnya. sungwoon jaga sangat kulit dia jadi dengan moisturiser itu, dia boleh jaga kulitnya dengan senang.

mereka semua bertemu di kaunter bayaran apabila semua telah habis membeli. mereka turut juga membeli banyak barang seperti jaeni. masing-masing membayar barang mereka dengan guna duit mereka sendiri. demi untuk keluarganya, jaeni sanggup guna banyak-banyak untuk mereka.

" banyaknya. jaeni nya paling mahal. nak kami tolong bayarkan? " soal minhyun yang sedar bahawa harga barang jaeni sangat mahal. jaeni menolak tawaran mereka dan terus membayar dengan duitnya.

mereka semua pulang ke hotel mereka setelah bersiar-siar lagi di bandar osaka. mereka semua beredar ke sauna yang terdapat di hotel mereka setelah mereka sampai ke hotel mereka. air panas sauna membuat mereka berehat dengan tenang.

xxx

yeah, dpat gak aq update! sepatutnya aq cuti hrinie but aq sekolah T.T well, enjoy update nie ^_^

VOTE & COMMENT

30.4.2018 > 9.06AM

Brothers ↻ Wanna One √Where stories live. Discover now