서른 🌼

1.7K 189 4
                                    

keesokan harinya tiba dan hari ini adalah hari terakhir mereka sebelum mereka akan balik ke korea. esok pagi mereka akan bertolak ke lapangan terbang dan balik ke korea.

mereka semua mengadakan hari yang seronok dan gembira sebelum mereka pulang ke korea. pelbagai barang dan cenderahati mereka beli untuk rakan-rakan mereka. jaeni belikan empat patung arnab, made in thailand untuk diberikan kepada tiga rakan baiknya. satu lagi untuk dia.

mereka semua singgah ke kandang kuda untuk mereka menaiki kuda. jaeni tiada pengalaman menaiki atau menunggang kuda sebelum ini jadi, ia akan menjadi pengalaman yang menyeronokkan untuk dia.

semua orang berpasangan, termasuk juga puan jung dan nichkhun. satu pasang, ambil satu so, mereka akan bergilir-gilir untuk menaiki kuda. jaeni berpasangan dengan jisung.

" woo~ maknae with oldest hyung. " kata minhyun apabila ternampak mereka berdua berpaut lengan bersama. ya, ternyata mereka adalah pasangan maknae dan oldest hyung.

mereka berdua mengambil kuda mereka yang pertama kerana mereka pasangan pertama. jisung sebagai budiman, memberi jaeni menaiki kuda itu dahulu walaupun jaeni kata dia tidak mahu menaiki dahulu tetapi gagal di akhir kerana jisung tak nak jaeni pegang kuda ini yang saiznya lebih besar dari badannya.

jaeni tiada pilihan dan menaiki kuda itu. kuda itu agak terkejut apabila jaeni naik atasnya tetapi lama-kelamaan, kuda itu menyukai jaeni. kuda itu berjalan dengan perlahan-lahan dengan jisung di tepinya, memegang tali kuda itu supaya ia tidak lari.

selepas 30 minit menunggang kuda itu, akhirnya jaeni turun dari kuda dan giliran jisung pulak untuk naik. pada mulanya, kuda itu kelihatan seperti dia tidak suka jisung atas kerana ia tak beri respon pun walaupun jisung menepuk ia atau ia berjalan amat perlahan berbanding jisung lihat jaeni menunggangnya.

jisung tidak tahan dah dan jerit pada telinga kuda itu, membuat kuda itu terkejut dan berlari di sekitar kandang itu. yang lain terkejut melihat jisung menaiki kudanya dengan laju. ada yang ketawa dan ada yang kelihatan risau.

kemudian, datang yang mengurus kandang kuda itu dan memberhentikan kuda itu daripada berlari. apabila ia berhenti, jisung turun dari kuda itu dengan perasaan yang memeningkan, lebih kurang kepala dia sudah berputar banyak-banyak kali.

jaeni pulak tolong jisung daripada jatuh. jaeni agak risau dan tertawa sikit kerana jisung betul-betul jerit pada kuda itu untuk kuda itu mula bergerak dan lega yang jisung selamat daripada hurricane tadi.

" hyung, okay tak? "

" jisung hyung~ you're not dead right? "

" hyung, tadi cool gila kot. thumbs up "

" ikr. kuda tu lari laju gila kot. " dan banyak lagi mereka katakan kepada jisung. selepas beberapa minit mengipas jisung, akhirnya dia okay dah. tiba-tiba, jisung terus berlari masuk ke tandas dan terus muntah. yikes, that was a crazy ride for him.

" saya rasa itu sahaja seronok untuk kamu semua. semua pergi masuk ke dalam van kita. " kata puan jung. mereka dengan segera mengikut arahan puan jung manakala jaeni dan daniel tunggu jisung hingga dia keluar dari tandas.

kemudian, jisung keluar tandas dengan perasaan yang tidak selesa, lebih kurang macam tidak sihat. daniel dan jaeni mengiring jisung dari kiri dan kanan jisung.

" note to self ; don't scream at the horse's ear. " kata jisung dan mereka dua tertawa. sekarang, dia dah trauma naik kuda daripada ambil lesen memandu.

selepas itu, mereka semua telah sampai ke hotel mereka dan telah adakan hari yang menyeronokkan. mereka semua menikmati hari yang seronok itu dengan gembira. jaeni tidak sabar untuk beritahu pelbagai benda dia buat di thailand kepada rakan-rakannya.

" anak-anak sekalian, esok pagi kita nak bertolak ke lapangan terbang. jadi, siap semua beg kamu yeah. pukul 9 kita akan bertolak. " kata puan jung dan semua memahami arahannya.

masing-masing masuk ke bilik mereka dan kemas barang mereka untuk bertolak esok pagi sebelum mereka semua masuk tidur. jaeni tidak lupa untuk menyimpan juga gitarnya sebelum dia lupa.

💫

hey gais. akhirnya dapat gak aku update. aku betul² tak dak masa untuk buat benda lain selain fikir psal sekolah aku skrng 😭 knapalah depa lantik aku jadi ketua 😭

9.1.18 > 5.40PM

Brothers ↻ Wanna One √Where stories live. Discover now