cuarenta y ocho 🌠

1.1K 132 2
                                    

jaeni bertembung dengan sebuah bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

jaeni bertembung dengan sebuah bilik. ia makmal sains. di pintu bilik itu, ada tanda mengata 'experiment is on-going'. sepatutnya dia dilarang masuk jika ada tanda itu tetapi itu adalah dunia yang pelik jadi dia masuk sahaja tanpa rasa tergesa-gesa.

sebaik saja dia memasuki makmal itu, ada burung hampir terlanggar dia tetapi tidak dan terbang naik ke atas. di dalam makmal itu, ada banyak binatang dan dia keliru mengapa ada banyak jenis binatang di dalam sana.

turut juga ada dua manusia di dalam sana, berpakaian kot panjang seperti saintis. seorang sedang memakai gogal keselamatan manakala seorang lagi memegang test tube yang ada chemical substance dalamnya.

" tunggu sampai orang tu- oh! tu dia! panjang umur kau. " kata yang memakai gogal keselamatan itu dan pergi ke jaeni secepat mungkin dan menariknya ke meja experiment mereka.

" so kau jaeni kan? " soal yang memegang test tube itu dan jaeni mengangguk kepalanya. jaeni keliru apa sedang berlaku. siapa mereka dua ini? dia baru ja sampai sepuluh saat dan mereka sudah tahu namanya.

dua laki itu amat dia kenali tetapi dia tidak mahu berkata apa-apa lagi sebelum dia kenal mereka dua. laki yang pegang test tube itu mahu menuang chemical substance itu pada jaeni tanpa meminta kebenaran jaeni tetapi jaeni hentikan dia.

" wait wait! korang nak buat apa pada aku? aku baru ja sampai sini dan ada orang nak tuang benda alah nie pada aku. i don't even know you guys. " tegas jaeni.

" kami berdua adalah ongniel! " sebut mereka berdua.

" aku ong dan dia niel. " kata yang pegang test tube itu dan bernama ong.

" dan selamat datang ke dunia kami yang dinamakan... " kata laki yang memakai gogal keselamatan.

" ONGNIEL IS SCIENCE! " kata mereka berdua dengan gembira sekali dengan bergaya yang membuatkan jaeni tertawa terbahak-bahak.

" really? wah! sains yeah..patut ada banyak alat sains di sini. " kata jaeni dan melihat merata tempat sana.

" tapi mengapa ada banyak binatang? " soal jaeni dan ada ular dibawah menaiki atas kakinya yang membuatnya terlompat dan niel menangkapnya daripada terjatuh.

" kami sedang membuat eksperimen. " jawab ong dan tunjukkan jaeni ada banyak lagi test tube tersusun di atas rak yang tersedia.

" sebenarnya, binatang nie semua adalah makhluk yang berbeza. dikirakan makhluk yang bukan binatang sebelum mereka tertukar menjadi binatang. " kata niel.

" dan dalam banyak-banyak test tube nie, ada satu kimia yang boleh membuat subjek eksperimen itu bertukar menjadi apa-apa dia nak. " tambah ong dan niel angguk kepalanya.

" setakat nie, kami tak jumpa lagi. tu sebabnya ada banyak binatang dalam nie. " kata niel dan jaeni sudah faham dengan situasi mereka.

" dan kau adalah subjek eksperimen kami yang ke-56. " kata ong dan sebelum jaeni lakukan apa-apa, niel mengangkatnya dan ikat dia pada sebuah katil besi supaya dia tidak larikan diri.

" apa nie? sampai nak ikat kat katil juga... " rengek jaeni dan cuba mengeliat dari ikatan tersebut tetapi ia kelihatan tidak berguna.

" ya, kena ikat. kalau tak, kau akan larikan diri. " kata niel dan mengarahkan ong menuangkan kimia tersebut pada jaeni. selepas ong berbuat sedemikian, tiada perubahan berlaku kepada jaeni.

" tak jadi apa-apa pun. " kata ong dan niel terangguk-angguk, mengambil buku nota dia. selepas membaca sedikit nota, dia berkata...

" semua subjek eksperimen kita mesti ada reaksi lepas dituang kimia tapi kali nie, jaeni tiada reaksi. jaeni ada rasa apa-apa? " soal niel pada jaeni dan jaeni menggeleng kepalanya. jaeni rasa biasa sahaja.

" mungkin nie kah kimia yang kita cari... " kata ong. kemudian, dia terpandang jaeni dan terkejut melihatnya. niel turut perasan perubahan jaeni.

" kau nampak...lain. " kata niel dan jaeni keliru dengan tidak tahu apa yang berlaku pada mereka berdua sehingga mereka terkejut. niel menyuruh ong ambilkan cermin dan berikan kepada jaeni.

jaeni terkejut melihat refleksi dia pada cermin itu. dia berubah menjadi separuh manusia, separuh unikorn. dia ada rambut warna-warni, ada tanduk yang berwarna-warni, badannya menjadi warna putih sedikit dan turut juga ada ekor unikorn.

" woah! i'm a unicorn! " kata jaeni dengan riang. suka sungguh dia bertukar menjadi makhluk lain.

" kau boleh tukar menjadi makhluk lain tak? " soal ong dan jaeni fikirkan makhluk yang dia mahu bertukar dan dengan sekelip mata, dia bertukar menjadi seekor tupai, haiwan yang dia mahu bertukar menjadi.

" aku rasa kau fikirkan apa yang kau nak, dia akan bertukar. " kata niel dan ong setuju dengan penyataan niel. jaeni yang kini menjadi tupai itu terlompat merata-rata dengan riang. ongniel melihatnya lompat sana-sini.

lama juga jaeni dalam makmal sains itu. pelbagai makhluk dia bertukar. naga, singa, alien, dan banyak lagi. dia nikmati masanya di sana dengan penuh kegembiraan. berbanding dengan dunia lain, ini yang paling seronok.

💫

nie pon salah satu bab merepek 😂 lagi dua bab merepek lagi sebelum mimpi jaeni habis. srsly aq sendiri x tau napa aq taip pasal nie 😂 pnya bnyak idea aq ada tapi idea mimpi nie juga lah aq ambil. anyways enjoy reading~

VOTE & COMMENT

12.3.2018 > 4.18PM

Brothers ↻ Wanna One √Where stories live. Discover now