sembilan belas 🐾

1.9K 232 21
                                    

selepas lima jam berlalu, akhirnya mereka mendarat di thailand dengan selamat. jaeni terjaga apabila jaehwan menggerakkannya. dia tidur seperti orang mati kerana susah nak gerak, jaehwan kata.

mereka semua turun dari kapal terbang dan membau udara segar thailand. jaeni tidak sabar untuk menerokai thailand bersama mereka semua. mereka semua tunggu beg mereka sampai sebelum berlalu pergi ke hotel mereka.

sewaktu menunggu, mereka mengambil masa itu untuk tidur di kerusi yang telah disediakan di sana tapi bukan jaeni. apabila jaeni terjaga, dia tidak akan tidur semula. ada antara mereka tidak tidur juga dan melibatkan puan jung juga. dia kelihatan sibuk dengan telefonnya.

jaeni duduk di sana dengan mukanya sandar pada bekas gitarnya dan matanya kelip-kelip sahaja melihat semua orang. ia akan menjadi trip yang menyeronokkan untuk dia di thailand.

" omg. nasib lah awak dah sampai. ingatkan kami dah lambat. " kata puan jung kepada seorang lelaki yang bersalaman dengan puan jung.

" maafkan saya sebab lambat. saya pun baru teringat. nasib sanghyuk remind saya. " kata lelaki itu. jaeni melihat mereka berdua bersembang hinggalah puan jung menyuruh mereka semua bangun.

" baiklah semua. ini adalah nichkhun dan dia akan jadi tour guide dan translator kita sewaktu percutian kita di thailand. " kata puan jung dan mereka semua menyapa laki nama nichkhun itu.

" baiklah, semua naik dalam van tu dan kita akan ke hotel kita. " kata puan jung. seorang demi seorang menaiki van tersebut seperti puan jung katakan. ada orang upahan telah mengangkat beg mereka sekali.

jaeni teramatlah aktif sewaktu ini walaupun dia penat juga tetapi terasa teruja itu telah menakluki badannya sekarang. dia 'woah' kepada setiap bangunan dia telah nampak sewaktu perjalanan ke hotel mereka.

minhyun yang duduk sebelah dia cuma angguk sahaja kepalanya apabila jaeni tunjuk sesuatu walaupun dia penat dan mengantuk. selepas itu, mereka telah sampai ke hotel mereka. ia hotel lima bintang. woah, fancy.

mereka semua memasuki lobi hotel itu dan duduk di sofa yang terdapat di sana. ada yang tertidur atas sofa kerana sofa itu amatlah lembut. jaeni jakun akan semua benda dia nampak di sana. ada air pancut di tengah lobi sana dan ia amat cantik.

jaeni tidak melepaskan peluang itu untuk tangkap gambar di sana. dia menyuruh woojin yang sedang membaca info brosur tentang thailand tangkap gambarnya. macam photoshoot dah woojin ambil gambar jaeni. woojin telah mengambil gambar jaeni dengan cantik sekali, no wonder dia suruh buat banyak-banyak pose.

" perhatian semua. " kata puan jung. kedua-dua woojin dan jaeni cepat-cepat pergi ke puan jung untuk dengan pengumuman puan jung.

" saya telah tempah enam bilik untuk kamu semua, dua orang satu bilik. semua pilih partner masing-masing. " kata puan jung. masing-masing memilih pasangan mereka dan tinggal jaeni dan seorang lagi, iaitu jinyoung. well, roommate.

" jap. puan jung pulak? puan jung duduk bilik seorang ka? " tanya minhyun yang risau akan puan jung yang tiada bilik itu.

" oh, saya akan sebilik dengan nichkhun since dia duduk seorang ja. " jawab puan jung dan mereka angguk kepala mereka.

" semua bilik kamu di tingkat tiga manakala bilik saya akan ada di tingkat empat. sesiapa perlukan saya, call ehh. " kata puan jung dan mereka menjawab serentak ya. puan jung beri mereka kunci bilik iaitu sekeping kad. masing-masing ambil dan terus berjalan naik lif untuk ke bilik mereka.

" jaeni sebilik dengan siapa? " tanya puan jung apabila memberi kad itu kepada jaeni.

" jinyoung. rasanya dia dah naik atas kot. " jawab jaeni.

" well, saya harap kamu berdua get along well. jinyoung bukan senang nak berkawan. " kata puan jung. jaeni menggigit bibir bawahnya, memikirkan bagaimana hendak rapat dengan jinyoung.

" its okay. saya akan cuba sedaya upaya saya untuk rapat dengan jinyoung. " kata jaeni. puan jung katakan fighting untuk jaeni, semoga dia berjaya rapat dengan jinyoung.

----

hai semua. update baru. mulai bab nie, kita akan lalui jaejin moment ( jaeni x jinyoung ) . sapa peminat baejin tu, ha nie special untuk ampa semua 😉

VOTE & COMMENT

Brothers ↻ Wanna One √Where stories live. Discover now