四十 🍁

1.4K 157 0
                                    

jaeni bangun dari tidurnya pada 10 pagi dan sedar dia gila-gila lambat ke sekolah. dia capai telefonnya dan lihat ada mesej dari maknae line group chat. terlihat mereka semua biarkan jaeni tidak ke sekolah hari ini sebab semalam punya hal.

jaeni lega kemudian. mereka turut juga memberitahu puan jung yang dia tidak ke sekolah. kemudian, dia baring semula atas katil. maknae line tak ada jadi, nak buat apa?

dia bangun dari katilnya dan terus ke bawah untuk lihat ada sesiapa tak di bawah. ternyata tiada sesiapa di bawah, cuma pembantu rumah sahaja di sana. apabila jaeni masuk ke dapur, kelibat orang di sana, berdiri depan meja. belakangnya menghadap jaeni.

jaeni jalan perlahan-lahan untuk lihat siapa dan jaeni terus turun ke lantai apabila orang tu pusing ke belakang kerana dia sedang pegang pisau. orang tu lihat bawah dan ternyata ia minhyun.

" apa jaeni buat kat bawah tu? " tanya minhyun. ia seperi deja vu ja sekarang nie. jaeni bangun dari lantai dan bersihkan dirinya.

" patutnya jaeni tanya soalan tu pada oppa. apa oppa tengah buat? " tanya jaeni balik kepada minhyun. jaeni jenguk kepalanya dan terlihat ada banyak barang dan alat masakan.

" oppa nak cuba untuk masak so, yeah. " jawab minhyun dengan ringkas dan jaeni membulat bibirnya. minhyun teruskan dengan masakan dia. jaeni lihat dia. kelihatan dia dalam masalah untuk membuatnya.

" oppa perlukan pertolongan kah? " tanya jaeni dan minhyun angguk kepalanya dengan semangat.

" yes please. oppa pening dah sekarang nie. " balas minhyun dan ia membuat jaeni tertawa. jaeni bantu minhyun. ternyata minhyun cuba untuk membuat kimchi. ohhh.

jaeni capai telefon bimbit minhyun yang minhyun guna untuk rujuk resepi membuat kimchi. banyak langkah mereka perlu lakukan.

" kenapa oppa tak suruh pembantu rumah buat ja? " tanya jaeni dan minhyun tertawa kecil.

" oppa nak cuba buat sendiri. lagipun, oppa tak nak jadi bodoh sepanjang hidup oppa. " balas minhyun dan jaeni tertawa. ya ya, minhyun oppa. buatlah apa oppa nak.

jaeni membantu minhyun sehinggalah semua bahan mereka masukkan ke dalam sebuah periuk dan biarkan masak. jaeni dan minhyun bersihkan dapur selepas mereka berdua sudah habis masak.

kemudian, mereka berdua beredar dari dapur dan duduk di sofa di ruang tamu hingga kimchi telahpun siap masak. jaeni bertanya pada minhyun di mana semua orang. rasa amat pelik jika yang lain tiada di rumah.

daniel teman seongwoo pergi interview untuk kerja manakala sungwoon dan jaehwan teman jisung ambil ujian kereta memandu dia. jaeni angguk kepada jawapan minhyun dan bertanya pulak mengapa dia tidak ikut mereka juga.

" malas lah. " dengan senang sahaja minhyun jawab. jaeni tergelak pada jawapan minhyun dan suasana mereka menjadi senyap kemudian.

" so, pasal semalam. you okay? " tanya minhyun dan jaeni melepaskan nafas dengan perlahan. mengingatkan perkara semalam mahu sahaja dia bunuh si seyong tu on the spot.

" yeah. sebenarnya seyong tu crush jaeni tapi semakin lama jaeni berkawan dengan dia, rasa crush tu dah tak ada dan mahu menjadi bff dengan dia. tapi dia sangka lain dan membuat jaeni marah pada dia. " balas jaeni. sekarang, baru minhyun faham situasinya semalam. mesti dia sakit hati sekarang dengan laki tu.
" dia jahat, macam jihoon oppa katakan. tak patut jaeni percaya pada orang macam seyong dah. nampak ja hensem tapi jahat disebaliknya. " kata jaeni. minhyun dengar sahaja penjelasan jaeni hingga habis.

tetiba, ada seseorang memanggil minhyun dari dapur. ternyata ia seorang pembantu rumah, memanggilnya kerana makanan minhyun masak telahpun siap. minhyun dan jaeni cepat-cepat bangun dari sofa dan pergi ke dapur untuk lihat bagaimana hasil masakan mereka.

minhyun beri jaeni merasa dahulu jika makanan itu sedap atau tidak. jaeni terangguk-angguk kepalanya, merasai makanan tersebut.

" bolehlah tahan rasa sedap dia. " balas jaeni dan beri dua thumbs up kepada minhyun atas kerjanya dalam menghasilkan makanan yang sedap.

💫

hey gais, new update. so aku nak promote smtg. nak promote new survival af aku iaitu THE BOYS PROJECT. dia mcm last time nya survival af but kali nie laki so yeah. yeo boleh join jadi laki gak klu ampa nk join. tinggal lagi 34 slot so sesiapa nak join, marilah! jgn lupa tag kwn² ampa, suruh depa join af aq 😂

VOTE & COMMENT

3.2.2018 > 8.33AM

Brothers ↻ Wanna One √Where stories live. Discover now