tujuh belas 🐾

1.8K 233 7
                                    

hari rabu ialah hari mereka akan ke thailand untuk hadiri majlis perkahwinan ayah jaeni dengan puan kang. dan sudah menjelang hari rabu. malam tersebut mereka hendak bergerak ke lapangan terbang.

semua orang telahpun siap dengan barang mereka. mereka akan berada di thailand selama lima hari dan maknae line terpaksa tidak hadir ke sekolah.

jaeni telah siap semua barangnya dan sedang menunggu mereka yang sedang bersiap. jaeni periksa semua barangnya untuk kali terakhir supaya dia tidak tertinggal apa-apa. dia juga membawa gitarnya bersama. mungkin kalau dia bosan dalam hotel nanti.

kemudian, turun pulak jihoon dalam hoodie pink itu. ia amat comel kerana warna merah jambu amat sesuai dengan dia. jaeni tidak lupa untuk mengambil gambar jihoon kerana saat ini cuma datang sekali dalam seribu tahun. fyi, dia ambil tanpa pengetahuan jihoon.

" jaeni, nie semua barang kamu? " tanya puan jung dan ada dua orang lelaki di belakangnya. jaeni angguk kepalanya dan dua lelaki itu mengambil barang jaeni dan meletaknya ke dalam van mereka.

" semua barang jaeni dah ada? " tanya daniel yang baru turun dari biliknya. jaeni angguk kepalanya. lalu daniel duduk sebelah jaeni, tunggu yang lain siap.

" jaeni, pasal hari ahad tu. sorry sebab buat jaeni nangis sebab ingatkan balik tentang silam jaeni. " memaaf daniel.

" you don't need to be sorry. oppa patut tau. mungkin satu hari nanti, oppa terjumpa oppa jaeni. mana tau. " kata jaeni dan daniel senyum saja.

lama menunggu, kesemua sebelas mereka sudahpun turun ke bawah dan orang terakhir turun adalah sungwoon kerana dia membawa banyak barang bersama. dude, kita akan ke sana selama lima hari ja. bukan sebulan.

" okay, semua dah siap? " tanya puan jung dan mereka semua menjerit ya, tandanya semua sudah siap. mereka tidak lupa untuk menutup suis-suis sebelum mereka pergi.

mereka semua menaiki van mereka dan jaeni duduk diantara sungwoon dan jisung. well, kedua-dua mereka jaeni tidak rapat lagi dan ini masanya untuk dia merapatkan hubungan mereka.

" semua dah ada? " tanya puan jung dan mereka semua menjerit ya. kemudian, van berlalu ke lapangan terbang. perjalanan ke lapangan terbang agak jauh jadi, mereka ada masa untuk mengenali sesama sendiri.

masa berjalan dan jaeni tidak tahu hendak buat apa atau berbual apa. kedua-dua sungwoon dan jisung teramatlah senyap sekarang. dengar kata, mereka berdua lah yang selalu bising selalu tapi tidak tahu mengapa mereka senyap.

jaeni tidak mahu buang masa dengan tidak melakukan apa-apa lalu dia keluarkan fon telinganya dan pasang ia pada telefonnya untuk mendengar lagu.

malam korea amatlah cantik. terutamanya pada bahagian bandar. ia dipenuhi dengan pelbagai warna lampu yang cantik dan sesuai untuk keluarga bersiar-siar.

jaeni asyik memandang luar tingkap sambil mendengar lagu. ini adalah saat-saat yang dia sukai, mendengar lagu sambil memandang pemandangan luar tidak kira siang atau malam. walaubagaimanapun, ia membuat jaeni terasa tenang dan tidak mahu saat itu berlalu dengan cepat.

tiba-tiba, jaeni membulat matanya kerana suasana di luar sana amatlah cantik dan dia tidak buang masa untuk menangkap gambar tempat itu. ia sedang menghala ke arah kiri jaeni yang ada sungwoon disitu. sewaktu itu sungwoon sudah terlelap tidur dan dia tidak mahu gerak sungwoon sebab nak tangkap gambar ja. jaeni tangkap saja gambar dengan ada sungwoon dalam itu.

walaupun gambar itu mahu memerhatikan pemandangan luar tapi muka sungwoon yang sedang tidur itu membuat gambar itu lagi menarik perhatian kerana mukanya yang cerah itu. jaeni agak cemburu dengan muka sungwoon kerana ia lagi cerah dari mukanya walaupun dia tidak memakai apa-apa pada mukanya.

jaeni meng-edit sedikit gambar itu sebelum ia dihantar ke Instagramnya. fyi, kesemua 11 mereka telah mengikut jaeni di Instagram jadi, apa dia hantar, mereka akan tahu.

" woah, jaeni. nanti sungwoon tau nie, tak tau apa dia buat. " kata jisung yang baru sahaja memeriksa Instagramnya.

jaeni mengharap sungwoon tidak marahnya apabila dia tahu yang dia telah hantar gambarnya tanpa pengetahuan sungwoon.

---

hai semua. update baru and sori sbb late update. aku sedng memikirkan masa depan aku skrng dan ia amat menyakitkan kepala aku. part yg last tu aku betul² tak tau nak ckp pasal apa ttng sungwoon and sori kalau ia mengarut. aku betul² nak bagi setiap seorng member ada bahagian depa bersama dgn jaeni tapi sungwoon nya agak merepek so please bare with me.

VOTE & COMMENT

Brothers ↻ Wanna One √Where stories live. Discover now