九十一 🍒

438 63 5
                                    

mereka semua sedang beria-ia bermain dengan kucing semua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

mereka semua sedang beria-ia bermain dengan kucing semua. kecuali jiwoo kerana dia sangat takut pada kucing kerana insiden yang buruk berlaku kepadanya yang terlibat dengan kucing. 

sedang seronok mereka semua bermain, ada dua orang datang masuk ke cat cafe tersebut.

" joy noona! nasib noona sampai cepat. nana nya shift nak habis dah. " kata jaemin yang bekerja di depan kaunter pertanyaan.

" aish, noona datang lambat lima minit ja, nak mengada. " kata joy kepada jaemin yang memuncung bibirnya.

" dah, pi tukar. noona nya turn lak keja. " kata joy dan jaemin beredar dari kaunter tersebut. joy mengambil alih bekerja di depan kaunter pulak.

jaeni bermain dengan kucing itu sehingga tidak sedar yang sudah hampir pukul lima. jiwoo dan suyeon perasan.

" wei, dah pukul lima. jom balik. mak aku maki aku kalau balik lambat. " kata suyeon dan terpaksa jaeni mengatakan selamat tinggal kepada kucing-kucing semua.

sebaik jaeni hendak beredar, dia sedar akan kewujudan joy di kaunter lalu menyapa dia.

" joy unnie? " joy mengangkat kepalanya dan senyum riang apabila nampak jaeni di depannya.

" hi! tak tau lak jaeni datang ke sini. "

" and jaeni tak tau lak yang unnie keja sini. " mereka berdua berborak rancak hingga jaeni hampir terlupakan kawan-kawannya yang hendak pulang ke rumah sehingga jiwoo terpaksa menarik jaeni keluar dari kedai itu.

" jumpa esok unnie! "

" bye! " mereka akhirnya pulang ke rumah masing-masing selepas itu. kawan-kawan jaeni merungut bahawa jaeni telah membuang masa mereka berdiri seperti tongkol ketika jaeni rancak bersembang.

▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂▂

semakin hari, semakin dekat tarikh hari jadi jaeni dan wanna one semua sedang cuba sedaya upaya untuk tidak memusnahkan kejutan parti kepada jaeni nanti.

mereka telah siapkan semua barang keperluan untuk hari jadi dah. kek sudah dipilih, kad jemputan telah diberikan kepada semua yang terlibat, saudara mara jaeni belah bapa jaeni akan hadir juga.

ia sebuah sabtu yang biasa dan mereka semua sedang rileks pada hari tersebut, menyebabkan maknae line sudah habis dengan peperiksaan mereka, akhirnya mereka boleh berehat.

jaeni sedang menonton televisyen di ruang tamu bersama dengan beberapa wanna one di sana; sedang menonton berita tengahari.

" gais, jom main something. boring lah. " tegur jinyoung dan yang lain turut setuju, mereka sangat bosan hingga sanggup menonton berita sebagai hiburan mereka.

" hyung ada idea! " kata seongwoo dan berlalu pergi ke tempat lain. ke mana dia nak pergi? kata ada idea...

selepas beberapa minit, seongwoo datang semula ke ruang tamu dengan kotak dalam tangannya. ia mengandungi satu permainan yang dinamakan lie detector.

" benda alah nie betul kah? nampak fake ja. " kata woojin, menganalisis permainan tersebut.

" dah nama pun game. mestilah fake. " kata daniel dan ia membuat jaeni tertawa kecil.

" okay, kita mulakan dengan jaeni lah. " kata seongwoo dan jaeni memulakan permainan tersebut. jaeni mengikat tangannya pada permainan tersebut. peraturannya senang; kalau tipu, akan dikena kejutan elektrik dan cakap benar, akan menyala lampu hijau.

mereka memulakan permainan dengan bertanyakan soalan seperti siapakah abang yang paling dia sayang dalam keluarga ini.

" korang nie seriously nak tanya soalan macam tu. jaeni tak nak pilih sebab korang semua jaeni sayangkan. " kata jaeni dan menekan butang kebenaran untuk tahu jika dia menipu atau bercakap benar. lampu hijau menyala menandakan dia cakap benda.

" awww. ingatkan dia tipu tadi. "

" i'm a nice person, kay. " mereka teruskan lagi permainan mereka dan jaeni mendapat satu salah daripada tujuh soalan yang ditanya mereka.

" sakitlah kena kejutan elektrik. " kata jaeni, mengibas tangannya seperti kipas kerana rasa kesakitan itu masih dirasainya. mereka teruskan permainan dengan wanna one dan mereka turut juga bercakap tipu sehingga tangan mereka kepedihan. mereka semua gelak sakan apabila seseorang kena kejutan elektrik ataupun bercakap tipu.

" okay, niel. jaeni nak soalan penting sangat-sangat tau. "

" bring it! i can handle it. " kata daniel dengan berani.

" jaeni akan bersama dengan keluarga nie selama-lamanya kah? " soal jaeni dan daniel tergesa-gesa untuk jawab. mengingatkan semula apa akan berlaku kepada jaeni selepas hari kelahirannya nanti buatnya gementar.

" me-mestilah! jaeni akan sentiasa dengan kami. " balas daniel dan mereka tekan butang itu untuk tahu jawapannya. selepas lima saat atau lebih, benda itu tidak jawab pada soalan daniel.

" kejap, apa jadi? napa dia tak jawab? " kata seongwoo untuk periksa apa telah berlaku pada permainan itu.

" alarhh. dah rosak. benda nie dah lama ong tak main. nampak tiba masanya untuk dia nazak. " kata seongwoo dan membuat mereka sedih kerana tidak dapat bermain dengan benda itu dah.

daniel berasa lega bahawa benda itu tidak jawab soalannya itu, tidak mahu sesiapa tahu tentang pemergian jaeni nanti.

💫

new update for today! esok aku akan update lagi sempena bday woojin and tinggal lagi beberapa chap lagi sebelum story nie hbis T.T

1.11.2018 > 8.31PM

Brothers ↻ Wanna One √Where stories live. Discover now