Third Person's

Jimin, ibu bapanya dan rakan rakannya sekarang sedang duduk di ruang tamu milik ibu bapa Aurelya.

Bapaknya dalam diam melihat isi rumah itu.

Yang si kawan kawan Jimin tu daripada tadi dok tersenyum senyum pandang Jimin.

"Jimin, eomma tak sabar weyh nak jumpa mak bapak Aurelya" kata Puan Haejin dengan wajah terujanya tetapi dalam masa yang sama dengan nada berbisik.

Jimin terketawa kecil melihat ibunya.

Syukur Alhamdulillah.

Dan dia pun perlahan lahan melihat bapanya.

Bapanya tersenyum melihat anaknya dan cuba menenangkan anaknya dengan wajahnya.

Tetapi itu semua palsu.

Dan kelihatan Yusuf dan Ibu Syakirinaa berjalan masuk ke ruang tamu tersebut.  Puan Haejin apa lagi dia pun bangun lah sebab exited dan diikuti dengan Encik Taeil.

Mereka pun bersalaman di situ. Tak dilupakan juga, Jungkook, Namjoon, Taehyung, Seokjin, Yoongi, Hoseok dan juga Taeyong.

Mulanya tiada perancangan pun nak ajak Taeyong, tapi bila Jimin terserampak dengan Taeyong time dekat Airport tu ha diajaknya sekali. Taeyoung pun on je lah. 

"Uii mak Aurelya lawa gila nak mateyhh bila pakai tudung" kata Puan Haejin yang masih berbisik.

"So ini lah mak bapak Aurelya?" kata Encik Taeil dengan mesra yang lain hanya tersenyum.

"Ouh ni lah jugak mak bapak Jimin?" tanya balik Yusuf.

just imagine diaorang cakap dalam bahasa english

"minggu lepas adalah jugak si Jimin ni datang rumah sini yang masa Taehyung kahwin tu" beritahu Ibu Syakirinaa. "Ouh lah ye ker? Jimin tak de pulak bagitahu kitaorang yang dia dah jumpa dengan bakal mak mertua dia" yang lain hanya ketawa mendengar kata kata Puan Haejin.

Entah apa yang kelakar, biasalah orang yang berumur.

"Kita mempercepatkan urusan ini lah ya, jadi apa urusan anda semua datang?" kata Yusuf dengan wajah ceria. Dia dah tahu dah kenapa, tapi biarlah dia urusan dia.

"Baiklah kami datang kesini untuk merisik dan meminangkan Aurelya Sofiaa untuk anak lelaki saya Park Jimin" jawab Encik Taeil lancar dengan sebuah senyuman.

"Kami pun tak tahu sebenarnya adat orang Malaysia dan adat orang Muslim, tetapi kami mencuba" kata Puan Haejin. Yang lain hanya mengiyakan.

"Kami memang sebelum ni  dah berbincang yang kami akan menerima Park Jimin ini menjadi menantu kami" jawab Yusuf.

"Baguslah macam tu kan?" tanya Encik Taeil kepada Puan Haejin lalu dia mengangguk.

"Tapi kami mahulah bertanya pada Jimin, adakah dia sudah memasuki agama Islam, kerana ya lah agama kita semua berbeza. Dan agama kami tidak dapat mengahwini seseorang yang berlainan agama darinya."

"ah" Puan Haejin mengangguk faham.

Puan Haejin dan Encik Taeil memandang Jimin. Mereka berdua begitu lupa dengan perkara itu. Jimin senyum lalu dia memandang kedua ibu bapa Aurelya.

"Saya sudah masuk Islam" semua lega dengan kata kata Jimin.

"Kalau macam siapa tuhan kamu?" Tanya ibu Syakirinaa dan sekali lagi tumpuan mereka semua beralih kepada Jimin.


"Allah, dan Nabi Muhammad itu persuruh Allah." jawab Jimin lancar.

Ibu syakirinaa hampir hampir sahaja menitiskan air matanya. Dirinya sungguh sebak kerana seorang lagi sudah memasuki agama islam. Yusuf dan ibu Syakirinaa cepat cepat mengucapkan tanda syukur.

Manakala Puan Haejin seperti terkesan dengan kata kata Jimin sebentar tadi.

"Kalau macam tu lagi lah senang urusan kita. Haritu Jimin dah hantar cincin dan Aurelya pun dah tengok cincin tu dah semuanya okay." kata Yusuf mesra. Yusuf pun membaca doa dan yang lain hanya menadahkan tangannya.

"So agak agaknya bila kita boleh teruskan majlis?" tanya ibu Syakirinaa. "Ouh ya haritu Jimin dan Aurelya ada lah jugak bincang dengan kami yang mereka akan bertunang di sini dalam masa terdekat dan juga akad nikah" jawab Puan Haejin.

"Ouh boleh lah tu. Tarikhnya bila?" tanya  Yusuf yang memandang Encik Taeil dan Puan Haejin lalu dia memandang Jimin.

"Erm saya dah bincang dengan Aurelya yang kami berdua pilih pada tarikh 03 October nanti untuk bertunang, esok pulak majlis akad nikah dan last sekali 05 October tu untuk majlis besar. Yang nikah dengan bertunang tu tak payah besar besaran sangat pun tak pe sebab nikah bertunang je kan." jawab Jimin lancar.

"Uii awalnya tak sabar agaknya" kata Taeil appa. Yang lain hanya ketawa manakala Jimin hanya tersengih dan mengusap belakang lehernya.

"Nampaknya diaorang memang dah prepare awal. Lagi satu Jimin mesti dah banyak belajar pasal perkahwinan ni" Puji ibu Syakirinaa. "Eih tak de lah ini pun hasil dari pertolongan Aurelya" jawab Jimin.

"Tarikhnya pun dah dekat. Diaorang pun dah setup baju semua" kata Puan Haejin. "Ha barang barang ni semua tinggal dulu kat sini sebab tarikh dah dekat so pagi hari akad nikah tu boleh keluarkan." jawab ibu Syakirinaa. "Eih tak barang hantaran ni untuk majlis bertunang yang untuk akad nikah tu ada lagi tu ha dekat rumah" jawab Encik Taeil.

"Eih tak pe tak pe ini pun dah cukup." Larang Yusuf. "Ala tak pe ni pun untuk anak anakkan?" Yusuf dan ibu Syakirinaa mengangguk apabila mendengar penjelasan Puan Haejin. "So esok saya suruh Aurelya datang Malaysia?" Tanya Jimin dengan ragu ragu.


"Ha boleh boleh inshallah."

Setelah banyak berbincang tentang perkahwinan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Banyak yang dibincangkan, antaranya ialah kad jemputan, makanan catering, barang barang yang akan diberi kepada tetamu. Rakan rakan Jimin juga membantu dalam hal hal begini.

Encik Taeil pun meminta diri untuk pergi ke toilet.

Dia menghubungi seseorang.

"Kau dah boleh laksanakan plan kau sekarang. Takkan satu plan pun tak de? Buat je lah apa apa yang akan melambatkan reception diaorang. Okay aku tunggu tindakan kau"
















































M U A L A F

[C] Mualaf   ╮ρjм  (S1)Where stories live. Discover now